Tuesday, August 25, 2015

Rendang Ayam Pencen Berdaun Kunyit dari Ladangku

Amboi, ladang katanyaaaa... padahal laman sekangkang hariz jer.
Pastu, cam ni lah rupa pokok kunyitnya:

Sepokok jer pun. Itu pun daun dah tua. Ada 3 helai
Pokok ni mak ayu yang tanam masa datang pertengahan tahun lepas.
Ada beli kunyit ketul tu, pastu mak ayu tanam dalam pasu pokok bunga keladi.

Ni masa baru balik dari raya puasa.
Tinggalkan rumah dekat 2 minggu, balik ada pokok yang kering-kontang.
Pokok keladi merah tinggal pucuk baru tumbuh beberapa helai. 



Tapi, syukur... ada juga rezeki merasa daun kunyit ni
Buat pertama kali, merendang ayam pencen dengan daun kunyit tanam sendiri.
Daun tua pun, boleh laaa. Yang jual kat kedai pun lebih kurang jer tuanya.

Petik 2 helai, tinggallah sehelai. Boleh la buat stok proses fotosintesis haha.
Amik semua 3 helai, kejam sangat pulok hehehe.

Laman semak-samun!
Segala jenis rumput ado. Pokok semalu pun ada uols.
Pokok paku pakis pun semangat tumbuh dari bahagian laman jiran.

Tapi dah kemas dan cantik dah. Mak nizam datang 3 minggu lepas.
Dia tolong bersihkan dan cantas pokok bunga kertas jiran sebelah.
Ke main meriah masuk laman rumahku.
Semak-samun jadiknya bercampur dengan pokok & rumput dari lamanku.
Kesian mak mertua dapat menantu pemalas. Heh!


Haaa, ni dah ready untuk dimasak.
Daun limau purut petik dari laman jiran rumah belah kanan.
Kami tidak berkongsi laman, tapi dah mintak izin nak amik bila-bila masa nak daun limau ni.
See, dasar tak malu. 
Dulu ada jugak tuan rumah tanam kat laman, tapi nizam tebang.
Pokoknya dah besar, asik senget jer nak terbalik.
Sudahnya nizam tebang. Takper, pokok jiran kan ada hahhaa.



Bila masak rendang, saya buat resepi sempoi jer.
Daun kunyit saya potong macam ni jer.
Saya masukkan 2 kali.
1. sebelum letak santan.
2.  rendang sedang nak kering dah kuahnya.
Kadang-kadang saya carik-carikkan ajer daun kunyit tu. Senang!






Ni first time masak ayam pencen.
Keras rupanya wehhhh hahahhaa. Tapi sedap!
Lain kali, kena rebus dulu ayam ni lama-lama macam rebus ayam kampung.

 Masak sehingga kuah pekat, sebab nak makan buat lauk nasik, kenalah berkuah.
Dania suka sangat makan rendang ayam & daging. 

Terliur la pulak!


No comments: