Monday, August 10, 2015

Sofa L-Shape Cavenzi Berjaya di Let It Gooo

Kita throwback la dulu memori bersama sofa L-Shape Cavenzi gemuk ni.
Beli sekitar tahun 2009 (lupa dah) kat Cavenzi Kelana Jaya.
Masa tu kerja, gigih kumpul dia sebab nak beli cash.

Sofa ni adalah sofa kedua saya beli
Mula-mula kawen beli sofa L-Shape juga yang beli kat Perabot Bahagia.
Dulu Perabot Bahagia barang-barangnya agak murah.
Tapi sekarang...wehuuu mahal giler dah. 


Ni sofa LShape Cavenzi tu dah start pecah-pecah. Asyiklah berterabur habuk dan serpihan kulit.
Letak lagi kat tepi tingkap yang mengadap cahaya petang.
Span dan rangka elok giler lagi sebab kitorang jaranggggg duduk atas ni.
Best lagi melepak dan bergolek-golek atas tilam.



Masa nak pindah ke Semenyih, Nizam taknak bawak dah sofa ni.
Dia kata tinggal jer, beli baru.
Amboiiiii! Chooiii sangat mulut tu kannn, mentang-mentang bukan duit dia beli.
Sentimental value hokeyyyy sofa ni. Sayang nak buang elok lagi ni.

Jadi, Mr. Right pun harus lerrr mengalah dengan Mrs. Alwayz Right hahaha.
Maka, masih panjang jodoh sofa ni dengan kami.

Dalam sebulan lebih jugakla sofa ni berada kat beranda rumah jer.
Taknak bawak masuk dalam rumah, sebab habuk serpihan kulit tu akan bersepah sana sini.
Hariz pulak sedap jer main kuis-kuis kasik kulit tu lagi banyak terkopak.
Sabor jer lah, yang membersihkan ni yang jadik stress.


Jadi, since dah sayang sangat dengan sofa ni, dan ada bajet sikit.
Maka saya pun kuarkan bajet RM700 untuk re-upholstery.

Inilah hasilnya!
Dah nampak baru semula kan?
Cuma tersilap pilih jenis fabrik ala-ala baldu gitew.
Bila reflections kain tu, jadi nampak macam kusam dan comot.. huwarrghhhh.
Tabahlah sebab RM700 tuuuuuuuuuuuu.



Since last year, dok ber-wishlist nak beli sofa baru.
Nizam pun tak kesah, sebab saya kata bayar separuh-separuh.
Untuk cerita sofa idaman yang hancur berderai, boleh baca entry sebelumnya yer.


Plan asal, saya nak letak jer sofa L-Shape ni kat bilik kedua.
Nak jadikan sebagai Family Room.
Sebab sofa L-Shape gemuk gebu ni sesuai untuk lepak-lepak.
Letak bantal banyak-banyak... perghh! heaven baring atau duduk melunjur kaki.

Tapi, nizam kata sempit... jual ajer murah-murah.

Yelah, kali ni kena mengalah, kasik chance kat Mr. Right pulak buat keputusan.
Alhamdulillah, dapat let-go kat kawan kerja nizam.
RM400, dan ayu kasik jugak meja kopi yang dah rosak sikit-sikit.

Eh! Bila dorang suami isteri letak wallpaper kat meja tu.
Lawa semula. Itulah, nak kena kreatif dan rajin kan?
Kitorang ni, ermmm pemalas banyak.

Berangan & cakap jer nak buat, tapi tak buat jugak!

Hari terakhir bersama sofa L-Shape ni.
8/7/2015, dalam seminggu lebih nak raya.
Oh sedihnya... selamat bertuan baru yer, tuan baru tu rajin, mesti dijaga baik :)


Dania dan Hariz macam merajuk jugak sofa dah takder.
Hariz siap bebel-bebel cakap:
"Sofa dah takder, habis tu Alish nak duduk kat mana?"

Amboiii muluttttt. Macam mak popcorn!

Dania pulak:
"Ala, kenapa jual, dania suka sofa ni sedap duduk tengok tv".


Sabar anak-anak...bawak bertenang. Ahahhaa.


Since sofa ditempah tak siap-siap (masa tu laa).
Dijanjikan siap seminggu lepas raya,
Maka, inilah dekorasi raya kami, sehinggalah Ahad lepas kami beli sofa lain.


TADAAAAAA...

Deko Raya Ruang Tamu Ayu Rashid 2015
Cantik kannnnnn? Tsskkkk Tskkkkkkk  ^___^

3 comments:

cik hani said...

kak ayu.

sementara je tu.. nanti dapat sofa baruuuu..
hehehe

Rizziela said...

saya masih belum dapat sofa idaman

Mrs Najib said...

Rare akak sofa baru tu lagi lagend tau..hihi