Thursday, August 6, 2015

Sofa & Wing Chair Idaman yang Hancur Berderai!

Ayu tak pernah share kat blog yang ayu tempah sofa.
Antara Wishlist 2015 ialah nak beli sofa dan sebijik wing chair.
Pastu demand, nak yang tempah... taknak ready made.
Sebabnya ialah saya nak jimat space dalam rumah.
Kami berdua suka ruang rumah yang lapang.

Sofa L-Shape sediada tu gemuk, banyak makan space.
Dah la kitorang ni semua kalu buleh nak longgok kat bawah.


Jadi, since ada kenal jiran yang buat bisnes sofa.
Saya pun tempahlah dengan dia.

Design saya nak sebijik macam ni:

Just nak 2.5 & 2 seater.
Saiz sederhana jer dan sangat comel.
Seriusly saya berkenan gila dengan design macam ni.
Nak kata moden tak jugak, nak kata English style pun tak jugak.
Jadi, senang nak tukar-tukar citarasa deko.

Saya pilih design yang sarung buleh bukak.
Jadi, buleh cuci dan tempah sarung lain.

Harga: RM2500


Wing Chair design moden macam ni.
Saya tak minat yang terlalu kelihatan classic.
Wing chair saya tempah khas untuk 'King of the Home'.
Saya nak selamatkan sofa, jadi bagi dia wing chair sebijik.
Duduk la main coc atas wing chair, jangan lenyekkan sofaku!

Harga: RM1000



Harga adalah selepas negotiation. Jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Saya bayar deposit RM2000. 
Atas dasar percaya, tanpa resit pun. Berani matik hahaha.

Saya bayar pada bulan Januari 2015.
Hasil duit bisnes dan duit nizam kasik jugak.



Untuk fabrik, saya request nak fabrik plain.
Dia suruh pegi kat Jakel KL untuk pilih kain.
Sebab dia tengah ada projek kat sana.
Tapi, takdernya nizam nak ke SOGO sana. 
Jadi, saya just mintak dia bawak sampel kain. 
Tak banyak pilihan, ikutkan tak berkenan sangat, tapi not bad la.

Saya pilih kaler seperti kat atas.

TAPI...
Tunggu punya tunggu punya tungguuuuuuuu.
Dari bulan Januari 2015... bertangguh-tangguh siapnya!
Ok fine... bagi masa... bagi masa... bagi masa.
Since kenal, maka sabar tu kena tahap maha dewa la kan?
Sampai nizam pulak remind.
"Hai... sofa tak siap lagi ke... cuba tanya, tak tanya senyap pulak dia"


Bila saya contact, macam tu la... malas nak ulas dah.
Sampailah dah masuk bulan Ramadhan.
Sebab saya tak plan pun untuk pakai raya 
Nak cepat siaplah kan. Ye lah, tempah dari awal tahun.
Takkan nak tunggu sampai Krismas kot.

Saya bagi masa lagi kira untuk pakai raya.
Katanya, minggu pertama @ kedua puasa SIAP.

Takper, sabar... sabar.
Eh! Sekali dah minggu kedua senyap!
Saya WA laaa tanya.
Katanya tak sempat siap sofa, wing chair dah siap.
Dia nak refund duit kalau saya nak.


Saya bagi kata dua.
Saya bagi masa siapkan seminggu lebih selepas raya.
Kalau tak siap, refund duit termasuk duit wing chair.
Wing chair tu pun saya taknak.
Alang-alang tak siapkan semua, tak payah amik semua.


Dia kata, ok INSYAALLAH seminggu lepas raya cuba siapkan.
27hb @ 28hb, ohoiiiii itu dah bukan seminggu lepas raya.
Takper, since kenal... bagi masa lagi.


Sekali, bila balik sini... senyap lagi.
Tak tanya, takder update. Tu geram sangat tu.


Lastly, 31/7 lepas dia WA, bagitahu tak dapat siap.
Nak refund duit.
Bagi tau apa masalah dia hadapi.
Actually, bila bisnes customer taknak tau pun masalah peniaga tu
Once dah janji, dah amik deposit, kenalah deliver.


Esoknya dia refund duit 2k tu.
Itu pun dah syukur alhamdullillah, jangan memain, 2k tuuuuu.
Syukurlah, dia masih kategori jujur dan admit kelemahan bisnes dia.


Macam mana ek.
Tu nizam cakap, macam ni la bisnes orang melayu.
Bukan taknak tolong sesama agama dan bangsa.
Tapi, see.... 


Nizam suruh bahasakan jugak.
Tapi, saya tak tergamak, sebab dia kenal kakak.
Kami setaman, pusing-pusing kat kedai selalu jumpa.
Memang betul saya cakap pun.
Malam Ahad tu nizam jumpa dia kat kedai runcit. hahahha


Well, nak kata benda kecik pun tak jugak.
Sebab ni harapan, ni wishlist sobb sooobbbbb,
Bayangkan, 7 bulan tunggu, kalau 2 - 3 bulan okey lagi.
Tapi, apa guna nak marah atau gaduh-gaduh.
Dia pun bukan sengaja nak buat macam tu, kesian dia jugak.
Kenalah tolak-ansur. Dia pulang duit dah okey sangat dah.
Bayar 2k tanpa resit, bukti takder, tak ke haru tu>


Berbaliklah juga pada takdir kan?
Dah takdir Allah, saya tak merasa pakai sofa idaman ni.
Sobbb... sobbbbbbbbbb.


Since masa hari Sabtu Ahad nizam kerja
Ahad dia dapat pelepasan balik, jadi dia WA macam ni:

"Ahad kita pergi beli ready made, senang, duit ada 3.5k kan?"


Hipppp hippppp hoooreyyyyy.... BERSAMBUNG CERITA SOFA SETERUSNYA!

2 comments:

saye niza said...

syukur dpt balik duittt. risaunyeee huhu.

cik hani said...

kak ayu..macam ni la kak, kalau tempeh. ada je masalah kan..nak bahasakan memang tak sampai hati.pendam je la..

bagus kalau akak beli yang ready made, memang la tak dapat macam yang kite idam kan, at least takde penipuan.

cepatttt..
nak tengok hasilnya nanti..

saya minat wing chair..tapi takkan beli sebab rumah dah byk barang.kalau beli, gamaknya suami mogok nak duduk kat luar, xnak masuk rumah yang sempit.hahahaha