Tuesday, August 11, 2015

Teaser Sofa Baru Berbunga-bunga Ngko!

Suami:
"No sofa bunga-bunga plissss"


Isteri:
"Ayu nak sofa design moden, memang taknak bunga-bunga pun".


Sekali... hamik ko!



Meriah uols dengan bunganya.


Dah 2 minggu sofa ni dalam rumah.
Rasa macam mimpi.
Bukan mimpi wishlist nak sofa baru dah jadi kenyataan.
Tapi, mimpi ke daku... sofaku berbunga sebegini meriah?


Hahahhaa.
Tapi, syukur Alhamdulillah.

Apa ada hal, sarung buleh tempah lagi.
Dah tanya kedai... tukar sarung berapa.

Full set: RM1400
Sarung kusyen saja: RM700


Perghhhhh! Merembes peluh didahi serta-merta dalam kesejukan ekon.
Nizam cakap:
"Mama kumpul duit RM700, nanti tukar sarung"


Hahhaha, dia takleh terima kenyataan lettew sofa berbunga.
Eh! Bini dia pun sama hahaha.
Tu laa orang tua cakap:
"Jangan benci sangat, nanti rindu"
Eh... boleh la kan guna perumpamaan ni.
Taknak sangat kan... tu la ko dapat hehehhe.


Berkenan sofa lain, design Urban Culture.
Tapi... harga diluar kemampuan dengan bajet yang ado.
Dah tu, itu jer mampu beli sesuai bajet kan.
Sebab takmau la hutang-hutang credit card ni.

Jadi, ambiklah juga. Bunga pun bungalah.
Sungguh pun ayu suka bunga, tapi sofa dan langsir tak suka bunga.
Suka plain atau stripes jer.




Nanti next entry, ayu share sikit gambar yang ayu sempat snap dalam kedai ni. 
Curik-curik snap hahahaha. Gambar pun asal boleh jer la.


Ok, nak masak... heheheh.

2 comments:

cik hani said...

wahhh..berbunga bunga di taman gitu haa kak ayu..
takpe bunga pun, janji karpet dan curtain plain..mesti ok

nadiah hanum said...

Waaaa sofa fella design tuuu...sukeeenya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...