Friday, September 18, 2015

September 18, 2015

Langsir Eyelet kat Tingkap Tangga

Hokey... langsir ni sekali dengan langsir sliding
Total harga beli dan upah untuk kedua-dua langsir ni RM400.

Langsir yang ni tak payah alter, tapi terlabuh pulak.
Tunggu ada kerajinan, nak duduk jahit pakai tangan jer hahaa.
Labuh sangat tak lawa, serabut pulak tengok.




Bila bandingkan langsir ni dengan langsir sliding jubah hitam tu (hahaha)
Nampak cantik lagi berjubah hitam tu.
Sebab kaler hitam tu naikkan seri langsir, yang macam ni... nampak biasa sajer.



Ni masa proses nizam nak pasang railing kayu dan besi.
Suka bukan main dia dah pandai guna 'timbang air'.
Itu pun abah ajar hahahaha.
Laki i tak reti bertukang uols, padahal abah tukang rumah.





Day curtain takder lagi. 
Ingat nak alter jer langsir putih lama-lama.
Dah 3x pergi Nilai 3 selepas alter langsir eyelet sliding tu.
Tapi, malas pulak nak turun singgah kedai langsir hari tu beli dan buat baru.
Kalau buat baru pun, tak banyak pakai duit sebab pendek jer tingkap ni.
Ingat nak beli kain yang sama macam day curtain sliding tu.
Sebab kainnya cantik dan lembut.

Tengoklah dulu. 

Tapi, kalau dapat pasang roman blind, lagi cun.
Panggggg, sedarkan diri...
Macamlah duit berkepuk-kepuk kannn.
Kene lepuk ngan nizam tu ada kemungkinan besar hahhaa.

September 18, 2015

Pasang Langsir Eyelet & Day Curtain SIAP!

Last entry pasal langsir akhirnya tiba!
Maaf la yer jika ada yang rasa menyampah.
Bila ada banyak gambar dalam folder, dan rasa nak delete.
Kenalah masukkan dalam blog cepat-cepat.
Cepat ke... dari bulan 8 lagi semua ni berlaku!


Ulangtayang dulu gambar langsir sebelum pasang day curtain.





Sedia untuk habukkan rumah! 




Sementara nizam buat kerja men-drill, saya pun gigih la jugak cucuk langsir ni.
Jenuh wehhh sebab lebar langsirnya.





Day curtain done!



It's completed! 







Agak messy jadiknya bila dah letak wallpaper corak macam ni.
Huhuuu, jujurnya tak minat.
Tapi redha jer la. Nizam cakap nanti dah boring kita tukar.
Amboiiii, ini rumah sewa jer beb... takyah over sangat.
Nak pindah nanti aku cabut semua... hahahha matik ler busuk ati!

Okey, sekian cerita langsir eyelet kat sliding door yang penuh drama.





IKLAN SEBABAK!


Sehelai: RM35 + RM7 postage
4 helai: RM100 + RM10 postage

Next Bacth: 
InsyaAllah selepas Aidiladha nanti.

September 18, 2015

Langsir Eyelet Versi Jubah Heh!

Bersiri-siri cerita pasang langsir eyelet idaman kalbu ni.
Alang-alang tunggu 3 tahun nak pasang kan.
Kita kasik balas dendam buat bersiri-siri entry.
Dah la kena keluar duit lagi... huuuuuuhu.


Balik jer dari Nilai 3, terus semangat nak pasang.
Ye lah, kalu tak pasang... takkan la malam ni sliding tu nak togel jer.
Seksi melampaui batas tuuuuuu!

Bahagia rasanya guna langsir eyelet ni rupanya.
Tak payah ngadap cucuk-cucuk besi sampai sakit jari.



Inilah dia... bertaubat sudah langsirku.
No more skirt seksi-seksi yaaaa, berjubah kini!


Masa tak pasang lagi, memang la diri sendiri pun rasa seram jer bila sambungan kain tu warna hitam-legam.
Bila dah pasang, fuh! syukur sedap mataku memandang.
Nizam pun cakap cantik.
Cantik yer bang, duit bini jugak melayang lagi... penangan nak railing sampai siling.
Nyesal tak paksa dia turun sama masa ambik langsir ni bila dah siap.
Kalau tak, dia yang wajib bayar hehehee.


Pandangan keseluruhan langsir jubah eyelet




Dah alang-alang nampak gambar dinding ada wallpaper ni.
Bagi tau dulu sikit kat sini terus.
Kat Nilai masa tu, itorang juga beli wallpaper, 
Sebab nizam la galok sangat nak pasang wallpaper.
Ayu tak minat la wallpaper, suka lagi cat.
Serabut la sebab langsir dab bercorak sarat.
Ini tambah wallpaper lagi.
Ikutkan nak cat semula jer kaler putih macam ni.
Sebab dah nampak dinding kotor sebab situ dulu letak sofa LShape.





Ini version bila dah pasang wallpaper.
Tak minat design ni, tapi ini jer murah sebab ada offer.
Nanti entry lain pasal wallpaper.
Huh! Semak mata wehhh... tapi redha jer la.
Kang housemate merajuk taknak deko rumah, padan muka i jugak!
Ok, kasi chance kat dia meluahkan kreativiti dia yang tak seberapa tu.
Wow! Keji laa kutuk laki sendiri kat belog hahaha
Gurau-gurau tak berapa manja gituuu.


Langsir ni tak selesai lagi sebenarnya.
Sebab day curtain tak pasang lagi, sebab railing besi tak pasang lagi.
Dah satu kerja berhabuk lagi sekali akan berlaku, huh!
Kalau sekali harung kan senang... takyah penat banyak-banyak kali... huuuuhuu
Tapi, memang tak lawa la kan takder day curtain, macam tak lengkap jer hiasan deko.



Since railing akan dipasang bawah sikit daripada railing kayu eyelet, 
kenalah tempah day curtain lain juga!

Jika ikut ketinggian ayu nak, 
Dah boleh pakai day curtain putih sediada masa dari rumah Shah Alam. 
Ini kena beli baru. Duit lagiiiii :(

Ayu beli kain dan jahit terus kat kedai yang alter langsir ni.


Cantik kain ni, jatuh elok jer alunan dia.
Harga RM38/m. Budak pompuan melayu tu bagi rega RM35/m.

Tapi, total 2 keping ni RM200 jugak!
Sebab saiz lebar dan ketinggian tu banyak pakai kain dan ayu nak kedut banyak.
Bidang kain ni 110'.

Rasanya, kalau uols nak beli langsir, better pergi beli kat Nagoya.
Lagi murah laa bila tengok based on kain dan desgin.

Kalau kat Nagoya kain macam ni, ayu rasa boleh dapat dalam range RM20++ jer.
Amboi mandai aku hahaha, nampak sangat kaki tawaf Nagoya.

Tapi masa dok Shah Alam, memang boleh jadi duta Nagoya Plaza Alam Sentral pun.
Dah berlalu dah zaman kegemilanganku itu...sobbb sobbbb.

Next entry, kita tengok proses pasang railing dan gantung langsir ni sampai siap.
Hahhahaha giler lah poyo entry langsir bersiri-siri.
Macamlah langsir ko tu khelasss sangat kan ayu?

Thursday, September 17, 2015

September 17, 2015

Pergi Nilai 3 Alter Langsir Eyelet

Ini sambungan entry sebelumnya...

Sehari dua lepas pasang langsir eyelet skirt seksi tu,
Kami 3 beranak gigih ke Nilai 3.
Dania tak ikut, sebab pergi hari dia sekolah.
Lagi pun, dia tak suka tempat panas macam ni.


Wefie dalam kereta.
Ini saya pakai Shawl 2 muka chiffon  (klik link for further info)kaler pink-purple.
Kaler macam ni, memang 'in' pakai dengan baju kaler apa sekalipun.
Ni pakai baju biru, kaler block ngko!


Budak isi perut dalam kereta. Macam manalah kereta tak bersepah kan?




Misi pencarian langsir bermula.
Mula-mula tu, kami ke kedai langsir yang kami tempah langsir eyelet ni dulu.
Tapi, layanan daripada promoter tu macam hmmmmm.

Masa beli duluuuuuu, promoter lelaki cina.
Ni lelaki melayu, macam kerek jer.
Menyampah pulak rasaya, elok-elok nak alter situ,
Terus tak jadi, baik carik kedai cina... lagi mesra layanan.


Ini bukan racist, tapi memang selalu macam tu la.
Sebagai pelanggan, mahal sikit takper, asal ko layan elok.


Then, ayu carik kedai lain...
Main redah jer sebab kitorang jenis tak suka masuk banyak-banyak kedai.
Dengan panasnya, memang tak la nak berlama-lama kat sini.


Then, kitorang masuk kedai ni.
Promoter ke, tauke ke tatau la... cina.
Promoter melayu pompuan ok, tak kerek macam mamat kedai tadi.
Terus closed the deals.



Pilih kaler kain untuk sambung kat bahagian bawah langsir tu.
Kata nak tukar skirt jadik jubah kan?
Harga kain + alter = RM120
Agagagagagga... dulu tempah 4 helai termasuk 2 helai untuk tingkap RM400
Ni tambah lagi RM120... aiyooo rabak poketku.


Sementara tunggu langsir siap, cuci-cuci mata dulu dalam kedai.
Tak snap gambar sangat, malas!


Cantik langsir biru ni.
Range harga langsir kat sini (eyelet) antara RM400++ ke atas.
Perghhhh! Dan-dan rasa nak belajar menjahit langsir hahhaaa



 Budak ni, pantang jumpa kain dalam gulungan macam ni.
Memang feveret dia laaa.
Mujur takder dania, kalu dia ada geng... lagi dasyat dorang punya 'kerjasama' buatkan mama pening kepala dok lama-lama dalam kedai kain.





Cina tu potong sikit kain langsir bahagian bawah supaya bila dah sambung kain plain di bahagian bawah, kain akan jadi seimbang dan cantik.





Ayu pilih kaler hitam untuk sambung bawah.
Kaler lain tak berapa sesuai.
Grey ada, tapi soft sangat, macam tak naik warnyanya.
Purple pulak, macam tak sesuai konsep ayu dan nizam nak.
Belasah jer la ambik hitam, sebab tu jer yang sedap mata memandang.

Nizam tak masuk langsung dalam kedai langsir ni sebab hariz tidur.
Risau jugak takut dia tak suka padanan warna hitam ni.

Mula-mula tu, dia macam pelik.
Ehhh hitam, cantik ke..

Dah... jangan banyak songeh... kang bini nak beli langsir baru kangggggg kanggg.



Ini dia langsir skirt yang dah tobat jadi langsir jubah hehe.

Kita tengok version dah pasang, jadi macam mana... 

Pelik ke cantik?

Tungguuuuuuuuu next entry!

September 17, 2015

Pasang Langsir Eyelet - Part 1

Assalamualaikum semua.

Setelah lebih kurang 3 tahun langsir eyelet kelabu ni diperam.
Akhirnyaaaaaa, pada 8.8.2015 lepas barulah ia terpasang.
Fuh! Rasa nak buat sujud syukur tang tanggg tu jugak :)





On that weekend, mak abah nizam datang Semenyih.
Abah bawak drill nak tolong anak-menantu hantu pasang dril.

Kenalah pergi hardware beli railing kayu baru. Railing sediada kat rumah tak sama ukuran dengan saiz sliding rumah ni. Lagi pun, aksesori railing sediada dah tak cukup, hahah ke mana-mana daku campak pun tatau.


Tapi aksesori cangkuk tu ada dijual RM12/set. Tapi nizam beli yang baru terus, senang cina hardware terus ukur saiz kepanjangan kayu railing tu dan potong. Syukur muat sumbat dalam kereta.

Petang Sabtu tu, bermulalah upacara menghabukkan rumah.

Berdarah mata tengok habuk sana-sini.
Takper, langsir punya pasal, sanggup hadap hahaha.






Masa nak pasang railing pun drama jugak hahaha.
Nizam nak gantung rapat ke siling.
Ayu nak gantung bawah sikit pada siling, ikut saiz panjang langsir.
Abah pulak nak gantung betul-betul atas paras pintu sliding tu.

Ohoii, memang tak sesuaiii la gantung macam abah nak tu.
Biasalah, taste orang tua kan... hehehe.
Ini langsir eyelet, dan i nak ala-ala deko bersama eric gituuu.

Penyudahnya, ikut kehendak nizam.
Tapi ayu cakap, kena alter semula langsir ni, sebab akan senteng gila-gila punya.

Dia kata okey, i lagi suka sebab memang tau lagi lawa gantung sampai siling.





Sekali dah pasang, macam ni lah jadiknya hahahha.
Pintu sliding rumahku pakai skirt seksi nyah!

Ko hadooo langsir macam nie? takder kan?
Berdarah mata mak tengok langsir camni... patah hatiku.
3 tahun tunggu nak pasang, sekali dah pasang macam ni jadiknya hahaha.





Takper, tabahlah wahai hati. Wahai mata, pandang yang indah saja haha.
Bertahanlah jugak beberapa hari dengan langsir skirt ni.
Sebab, kami ke Nilai 3 untuk alter langsir ni.


Tunggu next entry, tengok apa jadik ngan langsir skirt ni.
Pakai jubah terus hahha.

Ok daaaaaa.

Monday, September 14, 2015

September 14, 2015

DIY Gubahan Bunga| Hydrangea

Sabtu kelmarin kami sekeluarga pergi Nilai 3.
Tujuan utama nak beli basikal untuk Dania.
9.9. lepas besday dania k2-9 tahun.
Dia request nak basikal.

Bila dah ke Nilai 3, wajiblah beli bunga.
Beli bunga orkid dan hydrangea.

Beli 3 kuntum jer. Sekuntum RM14.
Lawa-lawa kaler bunga jenis ni. Ada beberapa jenis ikut harga dan saiz.
Ayu beli kat kedai yang biasa ayu pergi tu, lupa nama hehhee.

Pasu biru tu, pasu ayu beli zaman beli kawen lagi, kat Midvalley.
Beli 3 bijik, tinggal sebijik jer.
Letak kat rumah mak, tapi amik semula hahaha.
Dah asik pecah ajer kan, ada yang kena langgar kucing. ada yang anak sedara main bola kena pasu pecah.
Iskk sadis betul, cantik pasu ni, ada 3 saiz. Ni jer tinggal.
Sebelum pecah lagi yang last ni, baik aku ambik balik.
Buruk siku sungguh!


Mulakan menggubah.
Macam biasa, takyah span-span. Bengkokkan tangkai ikut ketinggian kita nak.

Bunga pertama


Bunga kedua.

Letak 2 kuntum macam ni pun dah cantik.
Hydrangea cantik kalau digubah tak 'sarat'.
Make it less but more.



Tapi dah ada 3 kuntum tu, letak jer la semua. 

Bunga ketiga
Dah siap pun!




Letak dimana?




Ikut hati, nak letak kat rak tv kat ruang tamu.
Tapi, takut la pecah. So letak kat bilik ketiga jer. 
Nanti rasa nak ubah tempat, alihkan ajer. 

View dari pintu masuk bilik

Gitu jer DIY Gubahan  bunga hydrangea yang saya buat kali ni.
Simple jer, sappp sapppp suiiiii... siap!

Nanti saya share DIY Gubahan Bunga Orkid baru pulak.
Kaler purple uols.
Sebab tu jer kaler yang menarik dan bunga orkid lawa dalam kedai tu.
Nak beli kaler putih macam orkid sebelum ni dah abes. 


Okey, tunggu next entry. Assalamualaikum. 

Wednesday, September 9, 2015

September 09, 2015

Set Bilik Tidur Fella Design

Kita sambung lagi entry kami pergi HQ Fella Design kat Kg Bukit Subang (eh betul ke kat situ nama tempatnya, lupa dah!)


Kali ni, nak share pulak gambar set bilik tidur fella design kat showroom tersebut.



Cantik tak uols set bilik tidur fella design ni?


Opss! Iols laki bini tak mampu la nak beli set bilik tidur semahal ni.
Fuh! tengok harga pun dah lap peluh.
Haishhh kalau aku kayaaaaaa, memang aku beli.
Kang ada jugak tiap-tiap tahun beranak kalu bilik tidur cantik camni hahaha.

Eh, ke sayang nak guna, pastu tidur bentang toto kat lantai.
Wah! Itu stok ko dah kenapa, beli mahal-mahal sayang nak guna.

Dah, tak payah berangan ayu,
Tak mampunya nak beli. Jadik, snap gambar & tatap cukuplah.



 Ini kalau kawen, jadikan bilik pengantin... perghhh!
Mesti lawa meletop-letop bilik pengantin uols.


Banyak lagi set bilik tidur kat Fella Design ni.
Saya cuma snap yang ni jer, sebab ni yang woww cantiknya.
Sebab kaler putih dan suwit-suwit gitu.
Yang lain, saya tak snap, sebab jalan laju-laju nak pilih sofa.
Dengan nak menjeling hariz lagi, hahaha.
Asyik nak berlari dan memanjat ajer, seram mak.


Ok, dah... lap semula ailio tu semua. 
Pegi masak, lagi berpekdah. 

Nanti i share lagi gambar sofa kat fella ni. 
Kene selesaikan semua gambar yang ada dalam labtop, nak delete jer.
Jimatkan storage labtop hehehe.

Tuesday, September 8, 2015

September 08, 2015

Susun Atur Pinggan & Cawan

Susun atur di dapur ayu memang bajet rendah punya.
Takder kabinet lawa-lawa,
Jauh sekali pinggan mangkuk cawan lawa-lawa.

Mana guna, itu ajerlah yang ada.
Belum berminat lagi nak cantikkan dapur.
Asalkan boleh guna dah cukup.
Takmau beli, pastu simpan buat hiasan jer.


Ringkas tapi padat gituuu.



Rak pinggan kayu ni beli kat Tunas Manja Muadzam. Murah jer belas-belas ringgit.
Tempat sangkut cawan kayu tu, dari zaman baru kawen.
Sebelum ni simpan jer, ni dah ada partner bulehlah guna.



See, mana ada cawan pinggan cantik. Inilah apa yang ado.



4 bijik cawan mak mertua kasik tahun lepas.
Sayu dan hiba agaknya hati mak tengok anak menantu dan cucu cawannya sendu sangat. hahahaha.






Bahagian buat susu hariz dan air masak.

Sekian "Dari Dapur Ayu Rashid' yang seadonya. Jumpa lagi!

September 08, 2015

Deko Bilik Ketiga Ogos 2015

Tajuk, klakar rasa... sebab tatau nak letak tajuk apa.
Abaikan!

Since dah tukar-tukar bilik, bila dania nak bilik lagi besar.
Ayu gigih alihkan katil bujang ke bilik kedua (dah share entry lepas).
Elok-elok bilik ni kaler pink putih punya konsep,
Dah bertukar dengan bilik kedua.

Sepatutnya, bilik kedua kaler grey, bilik ketiga ni pink putih.
Dah tukar-tukar tu, bertukarlah tema kaler.
Temalah sangat, takat langsir jer pun ubahnya.

Ini langsir dah beli 2 tahun lepas. Beli kat Nagoya Tesco Kajang kot, RM8/m.
Nagoya sini tak heaven macam nagoya Plaza Alam Sentral. Pilihan kain alahai, very limited.
Tak berkenan sangat pun, belilah jugak. Kain keras kejung, tak lawa bila pasang.
 

Sila perhatikan kekejungan itu, Tapi corak dan kombinasi warna i suka.


Bilik ni takder kipas siling. Kenalah letak sebijik table fan. Jangan zoom in, nanti pecah rahsia kipas penuh HABUK, ahaks!



Ini sarung throw cushion beli kat JJ Mid Valley hari tu.
Plan asal nak letak atas sofa bila sofa ditempah siap. Tapi, sofanya cancel tak disiapkan.
Bila dah beli sofa lain, bercorak bunga-bunga sakan pulak. Dah tak match dengan sarung bantal ni.
Jadi, letak sajalah dibilik.


Gambar budak pegi Kidzania bersama rombongan sekolah tahun lepas sebagai penyeri.


Legend... bunga pegang masa kawen 10 tahun lepas. Uols ada lagi bunga pegang? ececeeeee.
Siap basuh tau buang-buang habuk, sayang punya pasal.


Ok, nanti ayu share gambar bilik ni dan bilik kedua yang ayu dah tukar langsir. Ada ubah lagi sikit, sebab rasa tak berkenan mata ayu dengan langsir ni. Langsir ni, nak bawak balik Besut jer la pasang kat sana. Malas nak simpan, daripada simpan baik pasang kat rumah mak.