Tuesday, September 8, 2015

Deko Bilik Ketiga Ogos 2015

Tajuk, klakar rasa... sebab tatau nak letak tajuk apa.
Abaikan!

Since dah tukar-tukar bilik, bila dania nak bilik lagi besar.
Ayu gigih alihkan katil bujang ke bilik kedua (dah share entry lepas).
Elok-elok bilik ni kaler pink putih punya konsep,
Dah bertukar dengan bilik kedua.

Sepatutnya, bilik kedua kaler grey, bilik ketiga ni pink putih.
Dah tukar-tukar tu, bertukarlah tema kaler.
Temalah sangat, takat langsir jer pun ubahnya.

Ini langsir dah beli 2 tahun lepas. Beli kat Nagoya Tesco Kajang kot, RM8/m.
Nagoya sini tak heaven macam nagoya Plaza Alam Sentral. Pilihan kain alahai, very limited.
Tak berkenan sangat pun, belilah jugak. Kain keras kejung, tak lawa bila pasang.
 

Sila perhatikan kekejungan itu, Tapi corak dan kombinasi warna i suka.


Bilik ni takder kipas siling. Kenalah letak sebijik table fan. Jangan zoom in, nanti pecah rahsia kipas penuh HABUK, ahaks!



Ini sarung throw cushion beli kat JJ Mid Valley hari tu.
Plan asal nak letak atas sofa bila sofa ditempah siap. Tapi, sofanya cancel tak disiapkan.
Bila dah beli sofa lain, bercorak bunga-bunga sakan pulak. Dah tak match dengan sarung bantal ni.
Jadi, letak sajalah dibilik.


Gambar budak pegi Kidzania bersama rombongan sekolah tahun lepas sebagai penyeri.


Legend... bunga pegang masa kawen 10 tahun lepas. Uols ada lagi bunga pegang? ececeeeee.
Siap basuh tau buang-buang habuk, sayang punya pasal.


Ok, nanti ayu share gambar bilik ni dan bilik kedua yang ayu dah tukar langsir. Ada ubah lagi sikit, sebab rasa tak berkenan mata ayu dengan langsir ni. Langsir ni, nak bawak balik Besut jer la pasang kat sana. Malas nak simpan, daripada simpan baik pasang kat rumah mak. 



3 comments:

cik hani said...

kemasnya..
suka..sukaa

Rizziela said...

Kemas ajer... sy bilik bawah belum siap kemas...tengah nak cari katil queen..blh jadikan bilik tetamu

ziana eunos said...

rajin deko .. cantik ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...