Monday, September 7, 2015

Deko Bilik Tidur Utama Ogos 2015

Assalamualaikum.

Awal bulan Ogos lepas, barulah selesai pasang railing langsir kat sliding door, bilik-bilik, gantung lukisan dan jam dinding. 3 tahun ngkooo gigih menanti suami pasang semua tu. Dah habis segala zikir membebel dan rajukan berlaku. Drama sangat bab deko rumah ni hahha. 


Kalu pompuan lain, biasa buat sendiri jer tebuk-tebuk dinding, ayu ni manalah reti buat semua tu. Kalau takat ketuk paku guna lesung batu, itu memang expert! Nasiblah dinding batu, kalu dinding kayu macam rumah ayu kat kampung, memang selamatlah daku kerjakan.


Bila nizam & abah dia dah pasang railing kayu kat sliding door, ayu suh nizam pasang railing besi dari sliding door tu kat master bedroom (bilik yang kaler pink purple tu). So, dah pasang railing besi 2 lapis tu, dapatlah lawakan sikit deko kat tingkap. Adalah sikit perubahan berbanding biasa.



Area tingkap
Ini jer pun hehhe.
Saja taknak pasang railing sampi ke siling, nanti renyah nak tukar langsir.
Ini pun ayu kena panjat guna tangga nak pasang. Gigil-gigil iols tau. Alhamdulillah selamat hehehe.


Night curtain pink tu ikutkan lagi cantik kalu labuh sampai lantai.
Ikutkan ada jer langsir labuh sampai lantai, tapi taknaklah pasang sini.
Nanti berat dan susah nak basuh, malas pulak bila nak menukarnya.
Pendek macam ni ringan, barulah rajin nak bukak basuh. 



Area meja solek









Area katil












Area hujung kaki katil (atas karpet)


Ok itu ajer, nanti bila ada kesempatan ayu share gambar bilik lain pulak. Bye!


3 comments:

cik hani said...

alahai..kemasnya..

Rizziela said...

cantik..simple tp menarik

Nur Arifa said...

Sweetnye bilik tidur....