Monday, September 14, 2015

DIY Gubahan Bunga| Hydrangea

Sabtu kelmarin kami sekeluarga pergi Nilai 3.
Tujuan utama nak beli basikal untuk Dania.
9.9. lepas besday dania k2-9 tahun.
Dia request nak basikal.

Bila dah ke Nilai 3, wajiblah beli bunga.
Beli bunga orkid dan hydrangea.

Beli 3 kuntum jer. Sekuntum RM14.
Lawa-lawa kaler bunga jenis ni. Ada beberapa jenis ikut harga dan saiz.
Ayu beli kat kedai yang biasa ayu pergi tu, lupa nama hehhee.

Pasu biru tu, pasu ayu beli zaman beli kawen lagi, kat Midvalley.
Beli 3 bijik, tinggal sebijik jer.
Letak kat rumah mak, tapi amik semula hahaha.
Dah asik pecah ajer kan, ada yang kena langgar kucing. ada yang anak sedara main bola kena pasu pecah.
Iskk sadis betul, cantik pasu ni, ada 3 saiz. Ni jer tinggal.
Sebelum pecah lagi yang last ni, baik aku ambik balik.
Buruk siku sungguh!


Mulakan menggubah.
Macam biasa, takyah span-span. Bengkokkan tangkai ikut ketinggian kita nak.

Bunga pertama


Bunga kedua.

Letak 2 kuntum macam ni pun dah cantik.
Hydrangea cantik kalau digubah tak 'sarat'.
Make it less but more.



Tapi dah ada 3 kuntum tu, letak jer la semua. 

Bunga ketiga
Dah siap pun!




Letak dimana?




Ikut hati, nak letak kat rak tv kat ruang tamu.
Tapi, takut la pecah. So letak kat bilik ketiga jer. 
Nanti rasa nak ubah tempat, alihkan ajer. 

View dari pintu masuk bilik

Gitu jer DIY Gubahan  bunga hydrangea yang saya buat kali ni.
Simple jer, sappp sapppp suiiiii... siap!

Nanti saya share DIY Gubahan Bunga Orkid baru pulak.
Kaler purple uols.
Sebab tu jer kaler yang menarik dan bunga orkid lawa dalam kedai tu.
Nak beli kaler putih macam orkid sebelum ni dah abes. 


Okey, tunggu next entry. Assalamualaikum. 

2 comments:

cik hani said...

kak ayu memang suka betul bunga.

kami semalam duk belek2 jugak bunga macam ni kat kedai.
kepala teringat kat kak ayu.

Ayu Rashid said...

ha'ah. nak bahagiakan akak mudah jer.
- buku
- bunga

alalaaaa... terharu akak. lagi terharu kalu hani beli then pos kat akak sebagai hadiah...hahaha.