Friday, September 18, 2015

Langsir Eyelet kat Tingkap Tangga

Hokey... langsir ni sekali dengan langsir sliding
Total harga beli dan upah untuk kedua-dua langsir ni RM400.

Langsir yang ni tak payah alter, tapi terlabuh pulak.
Tunggu ada kerajinan, nak duduk jahit pakai tangan jer hahaa.
Labuh sangat tak lawa, serabut pulak tengok.




Bila bandingkan langsir ni dengan langsir sliding jubah hitam tu (hahaha)
Nampak cantik lagi berjubah hitam tu.
Sebab kaler hitam tu naikkan seri langsir, yang macam ni... nampak biasa sajer.



Ni masa proses nizam nak pasang railing kayu dan besi.
Suka bukan main dia dah pandai guna 'timbang air'.
Itu pun abah ajar hahahaha.
Laki i tak reti bertukang uols, padahal abah tukang rumah.





Day curtain takder lagi. 
Ingat nak alter jer langsir putih lama-lama.
Dah 3x pergi Nilai 3 selepas alter langsir eyelet sliding tu.
Tapi, malas pulak nak turun singgah kedai langsir hari tu beli dan buat baru.
Kalau buat baru pun, tak banyak pakai duit sebab pendek jer tingkap ni.
Ingat nak beli kain yang sama macam day curtain sliding tu.
Sebab kainnya cantik dan lembut.

Tengoklah dulu. 

Tapi, kalau dapat pasang roman blind, lagi cun.
Panggggg, sedarkan diri...
Macamlah duit berkepuk-kepuk kannn.
Kene lepuk ngan nizam tu ada kemungkinan besar hahhaa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...