Friday, September 18, 2015

Langsir Eyelet Versi Jubah Heh!

Bersiri-siri cerita pasang langsir eyelet idaman kalbu ni.
Alang-alang tunggu 3 tahun nak pasang kan.
Kita kasik balas dendam buat bersiri-siri entry.
Dah la kena keluar duit lagi... huuuuuuhu.


Balik jer dari Nilai 3, terus semangat nak pasang.
Ye lah, kalu tak pasang... takkan la malam ni sliding tu nak togel jer.
Seksi melampaui batas tuuuuuu!

Bahagia rasanya guna langsir eyelet ni rupanya.
Tak payah ngadap cucuk-cucuk besi sampai sakit jari.



Inilah dia... bertaubat sudah langsirku.
No more skirt seksi-seksi yaaaa, berjubah kini!


Masa tak pasang lagi, memang la diri sendiri pun rasa seram jer bila sambungan kain tu warna hitam-legam.
Bila dah pasang, fuh! syukur sedap mataku memandang.
Nizam pun cakap cantik.
Cantik yer bang, duit bini jugak melayang lagi... penangan nak railing sampai siling.
Nyesal tak paksa dia turun sama masa ambik langsir ni bila dah siap.
Kalau tak, dia yang wajib bayar hehehee.


Pandangan keseluruhan langsir jubah eyelet




Dah alang-alang nampak gambar dinding ada wallpaper ni.
Bagi tau dulu sikit kat sini terus.
Kat Nilai masa tu, itorang juga beli wallpaper, 
Sebab nizam la galok sangat nak pasang wallpaper.
Ayu tak minat la wallpaper, suka lagi cat.
Serabut la sebab langsir dab bercorak sarat.
Ini tambah wallpaper lagi.
Ikutkan nak cat semula jer kaler putih macam ni.
Sebab dah nampak dinding kotor sebab situ dulu letak sofa LShape.





Ini version bila dah pasang wallpaper.
Tak minat design ni, tapi ini jer murah sebab ada offer.
Nanti entry lain pasal wallpaper.
Huh! Semak mata wehhh... tapi redha jer la.
Kang housemate merajuk taknak deko rumah, padan muka i jugak!
Ok, kasi chance kat dia meluahkan kreativiti dia yang tak seberapa tu.
Wow! Keji laa kutuk laki sendiri kat belog hahaha
Gurau-gurau tak berapa manja gituuu.


Langsir ni tak selesai lagi sebenarnya.
Sebab day curtain tak pasang lagi, sebab railing besi tak pasang lagi.
Dah satu kerja berhabuk lagi sekali akan berlaku, huh!
Kalau sekali harung kan senang... takyah penat banyak-banyak kali... huuuuhuu
Tapi, memang tak lawa la kan takder day curtain, macam tak lengkap jer hiasan deko.



Since railing akan dipasang bawah sikit daripada railing kayu eyelet, 
kenalah tempah day curtain lain juga!

Jika ikut ketinggian ayu nak, 
Dah boleh pakai day curtain putih sediada masa dari rumah Shah Alam. 
Ini kena beli baru. Duit lagiiiii :(

Ayu beli kain dan jahit terus kat kedai yang alter langsir ni.


Cantik kain ni, jatuh elok jer alunan dia.
Harga RM38/m. Budak pompuan melayu tu bagi rega RM35/m.

Tapi, total 2 keping ni RM200 jugak!
Sebab saiz lebar dan ketinggian tu banyak pakai kain dan ayu nak kedut banyak.
Bidang kain ni 110'.

Rasanya, kalau uols nak beli langsir, better pergi beli kat Nagoya.
Lagi murah laa bila tengok based on kain dan desgin.

Kalau kat Nagoya kain macam ni, ayu rasa boleh dapat dalam range RM20++ jer.
Amboi mandai aku hahaha, nampak sangat kaki tawaf Nagoya.

Tapi masa dok Shah Alam, memang boleh jadi duta Nagoya Plaza Alam Sentral pun.
Dah berlalu dah zaman kegemilanganku itu...sobbb sobbbb.

Next entry, kita tengok proses pasang railing dan gantung langsir ni sampai siap.
Hahhahaha giler lah poyo entry langsir bersiri-siri.
Macamlah langsir ko tu khelasss sangat kan ayu?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...