Thursday, September 17, 2015

Pasang Langsir Eyelet - Part 1

Assalamualaikum semua.

Setelah lebih kurang 3 tahun langsir eyelet kelabu ni diperam.
Akhirnyaaaaaa, pada 8.8.2015 lepas barulah ia terpasang.
Fuh! Rasa nak buat sujud syukur tang tanggg tu jugak :)





On that weekend, mak abah nizam datang Semenyih.
Abah bawak drill nak tolong anak-menantu hantu pasang dril.

Kenalah pergi hardware beli railing kayu baru. Railing sediada kat rumah tak sama ukuran dengan saiz sliding rumah ni. Lagi pun, aksesori railing sediada dah tak cukup, hahah ke mana-mana daku campak pun tatau.


Tapi aksesori cangkuk tu ada dijual RM12/set. Tapi nizam beli yang baru terus, senang cina hardware terus ukur saiz kepanjangan kayu railing tu dan potong. Syukur muat sumbat dalam kereta.

Petang Sabtu tu, bermulalah upacara menghabukkan rumah.

Berdarah mata tengok habuk sana-sini.
Takper, langsir punya pasal, sanggup hadap hahaha.






Masa nak pasang railing pun drama jugak hahaha.
Nizam nak gantung rapat ke siling.
Ayu nak gantung bawah sikit pada siling, ikut saiz panjang langsir.
Abah pulak nak gantung betul-betul atas paras pintu sliding tu.

Ohoii, memang tak sesuaiii la gantung macam abah nak tu.
Biasalah, taste orang tua kan... hehehe.
Ini langsir eyelet, dan i nak ala-ala deko bersama eric gituuu.

Penyudahnya, ikut kehendak nizam.
Tapi ayu cakap, kena alter semula langsir ni, sebab akan senteng gila-gila punya.

Dia kata okey, i lagi suka sebab memang tau lagi lawa gantung sampai siling.





Sekali dah pasang, macam ni lah jadiknya hahahha.
Pintu sliding rumahku pakai skirt seksi nyah!

Ko hadooo langsir macam nie? takder kan?
Berdarah mata mak tengok langsir camni... patah hatiku.
3 tahun tunggu nak pasang, sekali dah pasang macam ni jadiknya hahaha.





Takper, tabahlah wahai hati. Wahai mata, pandang yang indah saja haha.
Bertahanlah jugak beberapa hari dengan langsir skirt ni.
Sebab, kami ke Nilai 3 untuk alter langsir ni.


Tunggu next entry, tengok apa jadik ngan langsir skirt ni.
Pakai jubah terus hahha.

Ok daaaaaa.

3 comments:

cik hani said...

sakit mata kalau Nampak, sakit hati kalau teringat.saya pun pernah macam ni... takpe, nanti g nilai blh alter kan..

payya said...

salam,,,
saya cadangkam railing tu turunkan siki bg langsir ke bwh sikit,,,

Atas railing boleh deco2 letak frame kufi ke,,,


:)

Mama Cahaya Mataku said...

kenapa saya baca sambil gelak guling2 ye... hahaha.. lucu la ayat ayu.. 'skirt seksi'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...