Thursday, September 17, 2015

Pergi Nilai 3 Alter Langsir Eyelet

Ini sambungan entry sebelumnya...

Sehari dua lepas pasang langsir eyelet skirt seksi tu,
Kami 3 beranak gigih ke Nilai 3.
Dania tak ikut, sebab pergi hari dia sekolah.
Lagi pun, dia tak suka tempat panas macam ni.


Wefie dalam kereta.
Ini saya pakai Shawl 2 muka chiffon  (klik link for further info)kaler pink-purple.
Kaler macam ni, memang 'in' pakai dengan baju kaler apa sekalipun.
Ni pakai baju biru, kaler block ngko!


Budak isi perut dalam kereta. Macam manalah kereta tak bersepah kan?




Misi pencarian langsir bermula.
Mula-mula tu, kami ke kedai langsir yang kami tempah langsir eyelet ni dulu.
Tapi, layanan daripada promoter tu macam hmmmmm.

Masa beli duluuuuuu, promoter lelaki cina.
Ni lelaki melayu, macam kerek jer.
Menyampah pulak rasaya, elok-elok nak alter situ,
Terus tak jadi, baik carik kedai cina... lagi mesra layanan.


Ini bukan racist, tapi memang selalu macam tu la.
Sebagai pelanggan, mahal sikit takper, asal ko layan elok.


Then, ayu carik kedai lain...
Main redah jer sebab kitorang jenis tak suka masuk banyak-banyak kedai.
Dengan panasnya, memang tak la nak berlama-lama kat sini.


Then, kitorang masuk kedai ni.
Promoter ke, tauke ke tatau la... cina.
Promoter melayu pompuan ok, tak kerek macam mamat kedai tadi.
Terus closed the deals.



Pilih kaler kain untuk sambung kat bahagian bawah langsir tu.
Kata nak tukar skirt jadik jubah kan?
Harga kain + alter = RM120
Agagagagagga... dulu tempah 4 helai termasuk 2 helai untuk tingkap RM400
Ni tambah lagi RM120... aiyooo rabak poketku.


Sementara tunggu langsir siap, cuci-cuci mata dulu dalam kedai.
Tak snap gambar sangat, malas!


Cantik langsir biru ni.
Range harga langsir kat sini (eyelet) antara RM400++ ke atas.
Perghhhh! Dan-dan rasa nak belajar menjahit langsir hahhaaa



 Budak ni, pantang jumpa kain dalam gulungan macam ni.
Memang feveret dia laaa.
Mujur takder dania, kalu dia ada geng... lagi dasyat dorang punya 'kerjasama' buatkan mama pening kepala dok lama-lama dalam kedai kain.





Cina tu potong sikit kain langsir bahagian bawah supaya bila dah sambung kain plain di bahagian bawah, kain akan jadi seimbang dan cantik.





Ayu pilih kaler hitam untuk sambung bawah.
Kaler lain tak berapa sesuai.
Grey ada, tapi soft sangat, macam tak naik warnyanya.
Purple pulak, macam tak sesuai konsep ayu dan nizam nak.
Belasah jer la ambik hitam, sebab tu jer yang sedap mata memandang.

Nizam tak masuk langsung dalam kedai langsir ni sebab hariz tidur.
Risau jugak takut dia tak suka padanan warna hitam ni.

Mula-mula tu, dia macam pelik.
Ehhh hitam, cantik ke..

Dah... jangan banyak songeh... kang bini nak beli langsir baru kangggggg kanggg.



Ini dia langsir skirt yang dah tobat jadi langsir jubah hehe.

Kita tengok version dah pasang, jadi macam mana... 

Pelik ke cantik?

Tungguuuuuuuuu next entry!

3 comments:

cik hani said...

Alaaa...bila nak gantung.. nak tengok...

yana Jasni said...

alaaaaaa.... cepat la update ..
hehe.. yana pun beli langsir kat kedai nih jugak..
budak perempuan tu tak la karek pun.. ok la layanan dia..

Mama Cahaya Mataku said...

harap2 lepas ni dah tak seksi lagi ye ayu...