Wednesday, October 21, 2015

October 21, 2015

De'Xandra Perfume Agent

Assalamualaikum.

Malam tadi, secara resminya Ayu dah jadi Agent De'xandra Perfume yang tengah fenomena kat Malaysia ni. Haaaa, korang tau tak pasal De'Xandra Perfume ni?




Sejarah Kewujudan De'Xandra:


MARCH 2015, Pengasas De'Xandra PUAN ERNAYANEE NUR BINTI JULAIMI mewujudkan produk De'Xandra selepas 5 tahun beliau berniaga PERFUMES dari pelbagai jenis perfumes iaitu dari Pati Perfumes sehingga ORIGINAL PERFUME. 


Beliau banyak membantu pelajar & surirumah berniaga secara online menggunakan program DROPSHIP BELIAU sehinggakan 1 hari beliau merasakan ramai lagi tidak terbantu disebabkan PERMINTAAN perfumes yang beliau terima melebihi dari PENGELUARAN yang dapat di hasilkan. ( DEMAND > SUPPLY )



Disebabkan kesukaran mendapat stock & stock adalah terhad beliau merancang hampir setahun untuk mengeluarkan PERFUMES sendiri & Kajian beliau selama 5 tahun mendapati terdapat 3 ciri-ciri permintaan yang paling utama ramai penggemar perfumes cari.




Oleh kerana Ayu dan Nizam adalah penggila perfume, tapi bajet tak berapa nak hado untuk buat koleksi perfume hahaha, maka produk Inspired macam De'xandra Perfume adalah alternatif untuk berwangi-wangian dengan harga mampu milik.

Korang pulak macam mana? Kalau dah kualiti dah sipi-sipiiiii sama dengan yang original, boleh la kita memborong buat koleksi. Lepas tu, nak sembur pun bulehlah sembur tanpa rasa bersalah. Ini kalau yang original, sembur pun sayang hahahah. Konon takut cepat habis, dah kata mahal kannnn. Wajiblah berjimat cermat.



Ni Ayu bagi satu gambar contoh De'Xandra perfume.

Sebotol (35ml)
Harga: RM65 (postage: RM7)


Tester (3ml)
Harga: RM12  (postage: RM7)



Nak order boleh hubungi Ayu.
Whatsapp: 013 - 255 0727


Jumpa lagi. Wassalam.

Tuesday, October 20, 2015

October 20, 2015

Sofa Dah Jumpa Tempat Sesuai?


Siap bertanda soal bagai tuh!
Nampak sangat masih tak puas hati.



Puas hati ke tidak, ini jer la yang mampu dibuat.
Tak pakar macam ni la kan.
Kalau dapat kat korang yang expert dan kreatif.
Mesti korang dapat buat lawa-lawa kan?



Kertas-kertas tampal yang hariz belajar tu pun tak bukak.
Punyalah malas.
By the time buat entry ni, ayu dah bukak.
Bukak tu pun masa nizam gantung frame lukisan 3 serangkai bulan 9 lepas.
Semata bukak jer la kertas-kertas tu.
Double sided yang melekat kat dinding pun tak kikis buang.

Nak tunggu cat atau pasang wallpaper baru nak bersihkan.
Itu tatau la tahun bila akan terjadik.
Now laki-bini dah abes mood deko-deko dah.
Cukuplah apa yang ada :)
Tunggu mood rajin datang lagi, errkk maybe tahun depan!



Alhamdulillah, Wishlist dah tercapai.
Dengan izin Allah, cepat atau lambat bila sampai waktunya pasti dapat.
Itulah mengikut kata Coach Liya Nurli

Tapi, jika ada rezeki.
Ayu memang nak tempah sarung kusyen baru.
Nak tempah yang plain jer. Sebab ayu suka simple dan moden look.
InsyaAllah, kumpul dana dulu yang asyiklah terkikis heh.

InsyaAllah, pasti dapat dengan izin Allah. Kan?
Caiyokkkkk!
Masa untuk gandakan usaha dan gandakan lagi kebergantungan dengan Pemberi Rezeki.


Monday, October 19, 2015

October 19, 2015

Matching-kan Sofa & Langsir

Esok tu, belum alihkan lagi sofa, tapi tukar langsir dulu.
Senang jer pun tukar langsir ni.
Just tukar day curtain sheer kaler biru kepada kaler coklat.
Sebab night curtain memang dah sediada pasang tu kaler coklat.
Jenis kain blackout punya, i like sebab rumah sejuk dan gelap gelita.
Pakej terbaik untuk nap heh!


Masa ni, railing langsir masih railing rendah lagi.
Panjat stool ni dah buleh dah. 



Dah siap! Nampaklah semenggah sikit kan.
Lagi pun, Ayu dan nizam suka kaler coklat sebab gelap.


Lepas tu, cuba pulak letak meja cap Tesco RM19.90 ni.
Letak kat hujung, tak letak tengah-tengah.
Sebab ayu suka solat atas karpet ni, best sebab tebal dan bawah kipas + ekon.
Well, pemalas nak naik tingkat atas, macam ni la.
Semua nak buat kat bawah.

Letaklah pokok tipu ni atas meja tu.




Eh! Semak pulak rasanya.
Risau hariz jatuh ke apa ke terkena bucu meja tu.
Bahaya okey bila bela otromen dalam rumah ni hahaha.
Keselamatan harus diutamakan, deko dikemudiankan.

Lagi pun nak ke sana-sini kuar-masuk rasa macam semak weh ada meja ni.
Walaupun meja tu tak besar mana pun. 
Dasar OCD sangat huhuuuu.



Sudahnya, alihkan semula meja tu, letak kat dapur.
Jadik ler meja tambahan dania nak letak buku dan nizam letak beg baju dia.


Aman mata memandang.
Letak bantal jer kat situ untuk buat golek-golek.



Hariz suka sangat main ngan riben sofa ni.
Asal mama dia ikat... dia pergi bukak balik.
Ikat - bukak, ikat - bukak... eiiii geram btol.


Ok, next entry baru cerita alih sofa.
Fuh! Berpeluh makcik mengalih. Tunggu nizam balik lagi beberapa hari.
Makcik tazabar nak alihkan, sebab rasa semak la kedudukan sofa camni.

Sunday, October 18, 2015

October 18, 2015

Sofa Dah Sampai, Pening Pulak Nak Letak Camner

Kami pegi beli sofa tu pada 2/8/2015.
Esok petang tu dah sampai. Good job Fella.


Mau tak good job, delivery ajer dah RM170. 



 Mudah kerja brader berdua ni, sebab tak payah daki tangga.
Teringat masa beli perabot masa dok Istana Kayangan dulu.
Kesian nengok dorang, yelah tingkat 4 ngko.
Dengan tangga sempit lagi tu, memang kesian sangat.

Both of them are Indian.
Sorang tu mintak isikan air masak dalam botol air mineral dia bawak.
Kesian pulak, haus kan musim panas.
Nak kasik biskut raya, biskut raya nan ado, air ajolah yer bang.



Inilah dia rupa paras sofa besar-gedabak-gemuk ni.

Kalau beli 3 seater macam ni sangat sesuai letak kat dinding sini.
Rumah pun tak jadik sempit huhuuu.




Tapi... dah 3 + 2 seater, memang sempit terus rumah!
Pening daku nak deko macam mana.
Nizam pulak dah pergi outstation malam tadi tu, susah nak diskus camner nak letak.
Eceee diskus, sudahnya aku memang gak hahahha

Mula-mula mintak brader tu letak macam ni.
Nampak Hariz tu, tak menyabo.
Tapi mulut tetaplah menanya bila sofa blue dia tu nak sampai.
Hahaha, itulah orang kata, jangan janji ngan budak yer, dia akan ingat!
Terpaksa bohong sunat uols.
Apa dia pikir mama dia tukar daun jadi duit ke nak beli sampai 2 set sofa.



Signature Fella Design: Reben!



Pastu, ayu cuba alihkan macam ni.
Just nak trial & error untuk dapatkan deko yang tak menyempitkan.
Gigih alih (tarik) sorang-sorang, berat boleh tahan.

Letak macam ni lagi ler haru!
Nak lalu kuar-masuk tak boleh terus.



Caner nak lalu ni? Huhuuuu. Hariz pun tak lepas hahaha.
Mama papa dia lagi ler, buleh hulur betis jer sebelah heh.




Lepas tu, alihkan macam ni pulak.

Menarik jugak.
Tapi, halang pandangan nak tengok tv pulok!
Boleh tengok tv kalau duduk kat sofa 3 seater tu, cuma rasa semak pulak.

Whatsapp gambar kat nizam. Dia taknak macam ni.
Ayu cakap, nantilah alih semula, dah tak larat.
Sebab nak alih ke tempat rak tv putih dan tv, kena alih rak tu dulu.


Esok-esok jer laaaa.
Buat masa ni, bertabahlah dengan deko macam ni.
Erkkk, dan jugak langsir biru tu.
Dah tak match dah dengan kaler sofa ni.


Nanti sambung ayu alihkan sofa dan tukar langsir.


P/S: Ini cerita masa bulan 8 tau. Tu dinding dan langsir masih yang lama.


Friday, October 16, 2015

October 16, 2015

Pasang Wallpaper - Akhirnya Menjadik!

Pasang punya pasang... berpeluh-peluh housemate i.
Buat sekeping dia stop.
Buat sekeping dia stop.
Amboiii... kemain pasang wallpaper sambil layan COC.
Sakit jer mata aku nengok, sebab bersepah kan.


Kepingan pertama, semangat lagi dia heheh



Kepingan kedua dan ketiga... susah nak sambung corak walaupun dah potong sama.



Akhirnya siap jugak!
Takder pulak gambar full dinding dari depan. Boleh la yang ni pun.



Bunga wajib ado!
Sajer jer nizam cakap:
"Adoiii, cacat deko letak bunga"

Choii sangat kan hahahaha. 

Ok, sekian cerita wallpaper.
Since that day sampailah skang ni, takder buat apa dah.

Kat area sofa tatau lagi nak cat ke wallpaper.
Macam biasa, nizam nak wallpaper.
Ayu nak cat.

Oh tidakkkk.
Daku nak cat jugak area ni. Sofa tu bunga besar gedabak hokey
Unless wallpaper plain atau ayu tempah sarung sofa baru plain.
Wah! Byk duit ngkooooo. Ok berangan tak perlu bayar.

Ok, nanti saya share area sofa pulak yer.



Thursday, October 15, 2015

October 15, 2015

Pasang Wallpaper - Yang Tak Menjadik!

Assalamualaikum.

Sambung lagi cerita deko ruang tamu.
Pasang wallpaper, yang nizam nak sangat pasang.
Ayu nak cat jer, sebab sofa dah berbunga besar.
Langsir dah bercorak... kalau pasang wallpaper aduh!
Nak survey kedai-kedai wallpaper malas.
Tengok yang online, tak berkenan pulak.



Sudahnya, wallpaper cap Nilai 3 jugak!
Beli masa sekali pergi alter langsir eyelet jubah tu :-)
Masuk satu kedai, terus beli.
Beli yang ada less jer. Harga asal RM400++
Ada less, dapat la rega RM129 (10 meter, roll bidang lebar)



Memang tak berkenan la corak ni huuu. Tapi ni jer kaler grey putih yang ado.


Nak pasang kat belakang ni haaaa.
Ikutkan ayu, suka cat putih jer, cat lagi selapis sebab dah kotor dinding ni.
Dah tu, housemate nak sangat ber-wallpaper. Redha jer la tsskk tskkk.




Kitorang ni manalah ada pengalaman pasang wallpaper kan.
Nizam sampai call kawan dia tanya camner nak bancuh gam.
Ni cobaan pertama... erkkk yang tak menjadik!

Ayu yang nengok rasa letih. Tu laa, nak sangat wallpaper... cat kan senang dan lagi cantik.
Erkkk, tak puas hati lagi tu eehhehehe.



Sudahnya...
Ini yang jadik hahahaha.


Nizam pegi bukak semula yang dia dah tampal sekeping tu.
Panjang jugak wehhh... mentang-mentang banyak dan murah.
Kemahen dia membazir kan!
Pada ayu dah elok dah dia tampal, tapi dia tak puas hati.
Eh! Cermat dan cerewet jugak mamat ni...heh!


Ok... pasni kita tengok version dah jadik.
Rupa tak semenggah mana pun, sebab susah la nak sambung corak.
Nak sangat wallpaper kan... rasakan :)
--> ayat tak puas hati lagi tu, sebab nak cat jugakkkkk hahaha.

Wednesday, October 14, 2015

October 14, 2015

Review Miyami Two Way Foundation & Loose Powder

All time feveret!
Miyami Two Way Foundation
Best giler!
Rasanya ramai yang pakai bedak ni kan?
Dan ramai ayu tengok retis pakai. Wah! Nak jugak tu feeling hebak haha.

Nak pakai kering buleh.
Nak lagi cun dan terlebih rajin, pakai lembab pun boleh.
Basahkan span, dah tepek la dengan gigih.
Ayu malas... pakai kering sudah.
Nak jelita, tapi malas... caner tuh?
Tak jelita pun takperlah... banyak lagi kerja lain nak buat heh!



Biasa ayu pakai kaler Medium.
Tapi dah abes yang sediada ni, rasa nak try yang lebih gelap.
Kot dapat kaver jeragat yang makin meriah. huhuuu.
Dah kertu, tapi tak cukup kuat terima kenyataan, gini ler heh!


Ayu pakai foundation Miyami ni sejak kerja unisel.
Al-maklum ler, kawan-kawan unisel ada jer jadik dealer
Biasa beli time offer, harga baru dalam RM16 tak silap.
Bila ada jer offer, kawan akan tanya, nak beli tak.
Harus la beli time murah kan... alah, tak offer pun baru RM30+ kan
Tapi selagi buleh jimat, wajib jimat. kan berjimat tu amalan murni eceh!


Pakai foundation miyami ni best.
In fact lagi best daripada bedak Revlon.
Murah tapi wowww puas hati.
Bila berpeluh pun tak bercapuk. 
Nak feeling floles, tepek tetebal haaaaha.

Tapi, ayu ada jeragat yang horror.
Jadi, tak dapat la kaver sepenuhnya jeragat tu
Memang nak cuba kaler lebih gelap, kot buleh jelita hahaha.


Masa nak raya hari tu, saja cuba beli Miyami Face Powder.
First time dalam idop nih nak cuba face powder.
Kot la lebih jelita masa satu hari dihari raya kannnn.
Kater pakai loose powder kurang berminyak atau berpeluh muka
Kata raya, mesti la kejelitaan harus luar biasa...kononnn.

Jadi, terpedaya la lagi dengan review di internet pasal Miyami Loose Powder ni.
Atau ditulis kat situ sebagai Miyami Face Powder.
Haku yang memandai tulis Loose Powder hahhaa.
Belilah dengan jayanya beberapa hari sebelum raya tu.


Ini dia, alahai ciput jerk isinya. 
Nak pakai pun rasa sayang jerk takut habis hahhaa.
Pakai jimat-jimat, giler la kedekut tapi nak jelita.
Ni baru Miyami, beli MAC lagi. 
Kalu MAC, mau aku tatap jer bedak tu, pastu simpan.
Sampai expired tak abes, puas hati beli dan erkkk simpan hahaha.


Pada review saya pasal bedak miyami dan loose powder miyami ni.
Memang terbaik untuk yang jimat biasa-biasa macam saya ni.
Ye lah, selagi buleh berjimat, walaupun feeling nak jelita tu membara,
Kenalah berjimat kan. 

Memang best pakai kedua-duanya.
Pakai dulu bedak, pastu pakai pulak loose powder.
Lepas tu, tenyeh la sikit blusher kot nak lebih perasan jelita hahaha.
Ayu memang biasa pakai bedak, blusher dan lipstik jer.
Tak suka mekap mata, rimas.

Beli maskara pun sampai expired dan keras isiknya.
Well, pakai maskara pun bukan nampak bulu mataku hahhaaa.
Nasib ler bulu mata kemetot jer.
Kalau masa kerja dulu, selalu opismate cerca iols tau.

Baru feeling cun show-off pakai maskara.
Sekali opismate cakap:

"laaa ye ke kak ayu ko pakai maskara, tak nampak pun bulu mata lentikkkk"

Choii sangat kat. Hhahahhaa. Lawak ingat balik.

Ok, sekian review untuk kedua-dua produk dari Cosway ni.
Berbaloi beli dengan harga yang murah dan ia memang best!

Thursday, October 8, 2015

October 08, 2015

Sambung Lagi Kisah Sofa Hunting di Fella Design

Assalamualaikum. 
Kita sambung lagi kisah yang bertajuk seperti di atas.
Bukan main lama peram gambar-gambar ni, lepas ni terus delete!
Nak jimat memory storage kat labtop ni haaaa.


Ulang lagi sekali, kami ke Fella Design HQ bulan syawal lepas.



 Bila tengok harga sofa-sofa dan perabot kat sini, memang telan ailio laaa.
Memang dari duluuuuu lagi ayu berangan nak beli sofa Fella Design, tapi citarasa lebih kepada moden minimalist, tapi itu laaa...bila sofa ditempah tak siap dan tak dibuat pun!
Jadi, pilihan yang ada cuma carik kat kedai.



Mulanya nizam nak pergi kedai perabot biasa, sekali dia melencong terus ke Fella Design.
Masa tu pergi beraya dulu rumah cikgu sekolah dia kat Senawang.

Nizam bawak ke Fella Design dengan bajet nak beli sofa cuma 3K++ jer?
Apa agaknya spesis sofa yang boleh dapat kan? Huhuuuuu.




Nizam bersama anak-anaknya. 
Bini dia dah selamat dah naik sampai atas hehehe. Ni snap gambar dari tingkat atas le ni.
Gambar pun blur!



Nizam cakap yang ni corak lawa. Tapi kitorang ni mana pernah sependapat kan?
Ayu tak berkenan design berlekuk bagai tu.

Lagi pun jenis 'melekat' takleh tanggal cuci, memang taknak laaaa.




Mula-mula, ayu cuma nampak yang range mahal ajer, dan of course berkenan tapi tak padan ngan bajet!
Masa tu dah cakap kat nizam dah... carik kat kedai biasa-biasa jer lah.

Sebab yang within bajet yang ayu berkenan (yang ayu share dalam posting sebelum ni), semua nizam taknak. Ayu nak yang seketul panjang jer, taknak berset-set ni.


Sekali, nizam pulak jumpa area sofa set 2 + 3 seater ni.
Eh! Caner haku boleh tak jumpa ni? hehhee nampak sangat mata dok merambang pada yang mahal ajer.
Taste tinggi, bajet cipuuuutttt...phuiiii la ko ayu hahaha.



Ini dia area 'mampu milik', bukannya mampu tengok hiihiiii.

Cantik bila dah letak combine macam ni. Tapi sebijik meja dan arm chair tu memang berdarah la mata tengok harga!



Ini cantik, tapi taknak jenis kusyen macam tu, nanti bersepah bila duduk.
Banyak songeh kan?

Wing chairs yang dipadankan dengan sofa kat atas tadi. Cantik!

Nizam berkenan yang ni!
Tapi ayu taknak sebab kaler hijau lumut, nampak gelap dan kusam jer.

Ayu nak yang ni, nizam pulak taknak. Haiyooooo.
Patut aku datang sorang jer laaaa macam shopping perabot zaman dok Shah Alam dulu.
Dia balik rumah tengok bendanya dah ada dalam rumah. Bahagia rasa takya berbeza kehendak ni.
 Banyak lagi sofa-sofa lain yang range harga ni dan design macam ni.
Ayu snap sikit ni jer, sebab melayan hariz lagi.
Boleh si hariz pun pilih nak sofa mana... grrrrrrr.
Pastu, siap sentap-sentap merengek suruh beli sofa dia nak tu.
Cantik jugak, warna biru-biru gituuuu.
Tapi mama dia tak minat design macam tu.

Pastu cakap kat dia, yang tu kena tempah.
Kita ambik yang mama pilih ni dulu, nanti dah siap hariz punya baru kita ambik.
Wah gituuuu. Terpaksa bohong sunat hahahah.
Sampai kakak promoter pun memujuk sama, ehehehee.



Akhinya... ini pilihan kami sekeluarga Ayu!

Tak termasuk meja la kan. Pitam wehhh tengok harga meja tuh.

So, total harga termasuk GST & delivery is RM3700.

Lari bajet iols, tak dapat la ber-wing chair huhuuuuuu.


Takpelah, dah ni takdirnya. 
Allah dah makbulkan impian ayu beberapa tahun lepas nak sofa fella design yang ada reben tepi.
Walaupun tak berkenan dengan corak bunga, itu kita ikhtiarkan tempah sarung lain heehe.

Dah tanya akak promoter ni.
Berapa upah dan kain untuk sarung.

Keseluruhan sarung rangka sofa + kusyen: RM1400
Kusyen saja: RM700


PITAM!


Tempah kat tailor biasa jer la hahahhaaa. 
Itu pun tatau tahun bila boleh tercapai.
Tak suka la corak bunga-bunga besar ni.
Rasa nak tempah yang plain ajer.

Ok... sekian.


P/S: Shawl 2 muka masih available yer. WA 013 - 255 0727


Wednesday, October 7, 2015

October 07, 2015

REVIEW: Restoran Ikan Patin Masak Tempoyak

Nizam tak makan ikan-ikan air tawar. Memilih dia tuuuu.
Tapi, bini nizam dan anak pompuan nizam, dia belasah jer apa pun.
See, senang nak bela 2 jelitawan dihati nizam ni heheeee.

Kitorang jumpa restoran ikan patin masak tempoyak kat area Bangi/Kajang ni.
Tak sure alamatnya, nanti bila pergi semula ayu tengok alamat.

Dah 3 kali kami makan kat sini.
Not bad, bolehlah tahan sedap, sebab asal ada rasa sudah.
Yang penting, ikan patin tu takder la rasa payau.


Banyak juga ulam kampung, tapi takleh lawan la restoran-restoran kat Shah Alam kan.
Sobbb sobbb bab makan memang rindu sangat kat Shah Alam.
Sejak dok Semenyih, nak makan sedap sikit, kenalah merantau jauh. sket.
Budu & tempoyak juga feveret dania hokey!



Harga ikan patin masak tempoyak ni pun berpatutan.
Kalau makan berdua ngan dania, kami ambil seketul jer bahagian ekor.
Meratah-ratah si dania makan. Sampai dia yang ajak makan kat sini bila weekend.



 Ini dia kedainya. 

Restoran ni bersih dan selesa. Best laaaa.

Okey, penggemar ikan patin masak tempoyak dan pelbagai lagi makanan untuk breakfast dan lunch, bolehlah berkunjung ke restoran ni. Jalan-jalan Cari Makan Bila Malas Masak Macam Ayu Rashid hahahaha!

Monday, October 5, 2015

October 05, 2015

Artikel Saya diterbitkan Dalam Mingguan Wanita

Assalamualaikum semua :)

Masa mula-mula sertai Akademi Bekerja di Rumah, Ayu dah bagitahu Puan Masayu Ahmad (Pengasas ABDR) dan juga Cikgu Zaila Mohamad (Guru Online ABDR), bahawa one fine day nanti, ayu nak artikel yang ayu tulis dapat masuk ebook dan majalah.

Wah! Kemahen gila glemer iols ni kannnn hehehe.


Alhamdulillah.
Artikel yang ayu tulis telah terpilih untuk dimasukkan dalam ebook Yeay! Mama Sudah Resign. Sedikit kisah bagaimana ayu bermula resign dan apa yang ayu lalui selepas itu ada diceritakan secara ringkas. Ada 4 lagi kisah perkongsian hebat daripada Alumni ABDR lain dalam ebook ni.


Harga eBook: RM30
Sekarang ada promosi: 5 ebook dengan harga RM100 saja
(termasuk eBook Yeay! Mama Sudah Resign)



Lepas tu, sekali lagi rasa bersyukur dan happy sangat sebab Puan Masayu Ahmad maklumkan bahawa artikel berkenaan telah terpilih untuk dimasukkan dalam Mingguan Wanita dalam Ruangan Kerja Dari Rumah.

Ini dia edisi Mingguan Wanita tersebut.



Version dalam majalah editor dah ringkaskan. Kang lebih sudu dari kuah pulak hahaha. Jika nak baca perkongsian sepenuhnya, bolehlah baca dalam ebook Yeay! Mama Sudah Resign.

Bermula dengan menulis di blog, bina impian nak dapat keluar artikel di majalah. Dan siapa tahu ada rezeki dapat tayang muka kat majalah pulak kan... amboi giler glemer hokeyy.

Well, bukan gila glemer. Tapi, itulah salah satu cara nak bina branding dan positioning diri dan bisnes.


Terima kasih Puan Masayu Ahmad dan Cikgu Zaila Mohamad atas bimbingan, friendship dan peluang yang diberikan. Sebagai WAHM, saya perlukan sokongan dan bimbingan agar dapat terus kekalkan momentum agar terus sukses...suksessss! InsyaAllah.


Jadi, saya dah capai satu lagi impian saya bersama Akademi Bekerja di Rumah. Jika saya boleh, anda juga pasti boleh kerana kita miliki peluang yang sama. Dengan pakej kelas Asas Blog dan Fanpage yang saya sertai pada April 2014 lepas, saya terussss jer melangkah. Bila penat, saya rehat sikittt... dan saya teruskan lagi. Itulah saya, saya takkan mengalah pada apa yang telah saya mulakan.


Menulis adalah passion saya. Menjual produk lain adalah sebagai kesinambungan pendapatan saya. Semoga Allah memberkati apa yang saya lakukan. Saya bangga jadi WAHM. Walaupun saya dah takder pangkat tinggi macam dulu, bergaya sakan macam dulu... tapi saya miliki kebebasan masa dan boleh buat apa saya suka *Gelak NATES sikitttttt.


Jumpa lagi... Wassalam.





Ini dia Promosi Oktober 2015 yang ada eBook Yeay! Mama Sudah Resign.





Friday, October 2, 2015

October 02, 2015

CALLING UNTUK ANDA YANG NAK KERJA DARI RUMAH

Assalamualaikum.
Ramai yang contact ayu, tanya berkenaan kerja dari rumah dan Akademi Bekerja di Rumah. Alhamdulillah, dah setahun setengah ayu bersama Akdemi Bekerja di Rumah (ABDR). 

Mungkin ada yang tak mampu lagi nak sertai kelas ABDR disebabkan yuran komitment atau belum bersedia lagi. 

Kali ni, ayu cadangkan korang beli dulu eBook ABDR. Baca dulu ebook dah memadai juga, kerana ilmu penting untuk kita kekalkan momentum, dapat idea dan tahu hala tuju kita. 

Bulan Oktober ni, ABDR berikan promosi giler kentang ni:


Kelima-lima ebook ni boleh dikategorikan sebagai PAKEJ untuk anda yang:
- Nak bisnes guna blog
- Nak kerja dari rumah (jadik WAHM)
- Nak belajar asas bisnes 
- Nak tahu idea bisnes dari rumah
- Nak baca perkongsian hebat WAHM yang berpengalaman
- Nak tips, ilmu dan idea berkaitan kerja dari rumah
- NAK JIMAT BAJET beli 5 ebooks time promosi


Percayalah, sikit pun tak rugi kita baca semua ebook ni. Apa-apa pun, kita kena bermula dengan ilmu. Macam ayu sendiri, jika tak sentiasa upgrade ilmu, motivasi dan baca perkongsian orang lain, tak tau la mana dah tercampak si ayu ni dalam dunia bisnes dan kerja dari rumah. Im just a human being, adakala turun naik semangatnya. Biasalah, kehidupan. Tapi, salah satu cara ayu kekalkan momentum ialah baca buku, baca daripada google dan juga semestinya ebook-ebook di atas.

RM100, murah saja. InsyaAllah pasti berbaloi dengan ilmu yang akan diperolehi. Berminat atau nak tau sembang-sembang, feels free to whatsapp ayu ok :)

013 - 255 0727
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah