Monday, October 5, 2015

Artikel Saya diterbitkan Dalam Mingguan Wanita

Assalamualaikum semua :)

Masa mula-mula sertai Akademi Bekerja di Rumah, Ayu dah bagitahu Puan Masayu Ahmad (Pengasas ABDR) dan juga Cikgu Zaila Mohamad (Guru Online ABDR), bahawa one fine day nanti, ayu nak artikel yang ayu tulis dapat masuk ebook dan majalah.

Wah! Kemahen gila glemer iols ni kannnn hehehe.


Alhamdulillah.
Artikel yang ayu tulis telah terpilih untuk dimasukkan dalam ebook Yeay! Mama Sudah Resign. Sedikit kisah bagaimana ayu bermula resign dan apa yang ayu lalui selepas itu ada diceritakan secara ringkas. Ada 4 lagi kisah perkongsian hebat daripada Alumni ABDR lain dalam ebook ni.


Harga eBook: RM30
Sekarang ada promosi: 5 ebook dengan harga RM100 saja
(termasuk eBook Yeay! Mama Sudah Resign)



Lepas tu, sekali lagi rasa bersyukur dan happy sangat sebab Puan Masayu Ahmad maklumkan bahawa artikel berkenaan telah terpilih untuk dimasukkan dalam Mingguan Wanita dalam Ruangan Kerja Dari Rumah.

Ini dia edisi Mingguan Wanita tersebut.



Version dalam majalah editor dah ringkaskan. Kang lebih sudu dari kuah pulak hahaha. Jika nak baca perkongsian sepenuhnya, bolehlah baca dalam ebook Yeay! Mama Sudah Resign.

Bermula dengan menulis di blog, bina impian nak dapat keluar artikel di majalah. Dan siapa tahu ada rezeki dapat tayang muka kat majalah pulak kan... amboi giler glemer hokeyy.

Well, bukan gila glemer. Tapi, itulah salah satu cara nak bina branding dan positioning diri dan bisnes.


Terima kasih Puan Masayu Ahmad dan Cikgu Zaila Mohamad atas bimbingan, friendship dan peluang yang diberikan. Sebagai WAHM, saya perlukan sokongan dan bimbingan agar dapat terus kekalkan momentum agar terus sukses...suksessss! InsyaAllah.


Jadi, saya dah capai satu lagi impian saya bersama Akademi Bekerja di Rumah. Jika saya boleh, anda juga pasti boleh kerana kita miliki peluang yang sama. Dengan pakej kelas Asas Blog dan Fanpage yang saya sertai pada April 2014 lepas, saya terussss jer melangkah. Bila penat, saya rehat sikittt... dan saya teruskan lagi. Itulah saya, saya takkan mengalah pada apa yang telah saya mulakan.


Menulis adalah passion saya. Menjual produk lain adalah sebagai kesinambungan pendapatan saya. Semoga Allah memberkati apa yang saya lakukan. Saya bangga jadi WAHM. Walaupun saya dah takder pangkat tinggi macam dulu, bergaya sakan macam dulu... tapi saya miliki kebebasan masa dan boleh buat apa saya suka *Gelak NATES sikitttttt.


Jumpa lagi... Wassalam.





Ini dia Promosi Oktober 2015 yang ada eBook Yeay! Mama Sudah Resign.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...