Monday, October 19, 2015

Matching-kan Sofa & Langsir

Esok tu, belum alihkan lagi sofa, tapi tukar langsir dulu.
Senang jer pun tukar langsir ni.
Just tukar day curtain sheer kaler biru kepada kaler coklat.
Sebab night curtain memang dah sediada pasang tu kaler coklat.
Jenis kain blackout punya, i like sebab rumah sejuk dan gelap gelita.
Pakej terbaik untuk nap heh!


Masa ni, railing langsir masih railing rendah lagi.
Panjat stool ni dah buleh dah. 



Dah siap! Nampaklah semenggah sikit kan.
Lagi pun, Ayu dan nizam suka kaler coklat sebab gelap.


Lepas tu, cuba pulak letak meja cap Tesco RM19.90 ni.
Letak kat hujung, tak letak tengah-tengah.
Sebab ayu suka solat atas karpet ni, best sebab tebal dan bawah kipas + ekon.
Well, pemalas nak naik tingkat atas, macam ni la.
Semua nak buat kat bawah.

Letaklah pokok tipu ni atas meja tu.




Eh! Semak pulak rasanya.
Risau hariz jatuh ke apa ke terkena bucu meja tu.
Bahaya okey bila bela otromen dalam rumah ni hahaha.
Keselamatan harus diutamakan, deko dikemudiankan.

Lagi pun nak ke sana-sini kuar-masuk rasa macam semak weh ada meja ni.
Walaupun meja tu tak besar mana pun. 
Dasar OCD sangat huhuuuu.



Sudahnya, alihkan semula meja tu, letak kat dapur.
Jadik ler meja tambahan dania nak letak buku dan nizam letak beg baju dia.


Aman mata memandang.
Letak bantal jer kat situ untuk buat golek-golek.



Hariz suka sangat main ngan riben sofa ni.
Asal mama dia ikat... dia pergi bukak balik.
Ikat - bukak, ikat - bukak... eiiii geram btol.


Ok, next entry baru cerita alih sofa.
Fuh! Berpeluh makcik mengalih. Tunggu nizam balik lagi beberapa hari.
Makcik tazabar nak alihkan, sebab rasa semak la kedudukan sofa camni.

1 comment:

cik hani said...

Kak Ayu,

Kita pun suka langsir tebal dan gelap..
Syokkkkk duduk dalam rumah.
Tengok TV pun terasa best ..hahaha