Thursday, October 15, 2015

Pasang Wallpaper - Yang Tak Menjadik!

Assalamualaikum.

Sambung lagi cerita deko ruang tamu.
Pasang wallpaper, yang nizam nak sangat pasang.
Ayu nak cat jer, sebab sofa dah berbunga besar.
Langsir dah bercorak... kalau pasang wallpaper aduh!
Nak survey kedai-kedai wallpaper malas.
Tengok yang online, tak berkenan pulak.



Sudahnya, wallpaper cap Nilai 3 jugak!
Beli masa sekali pergi alter langsir eyelet jubah tu :-)
Masuk satu kedai, terus beli.
Beli yang ada less jer. Harga asal RM400++
Ada less, dapat la rega RM129 (10 meter, roll bidang lebar)



Memang tak berkenan la corak ni huuu. Tapi ni jer kaler grey putih yang ado.



Nak pasang kat belakang ni haaaa.
Ikutkan ayu, suka cat putih jer, cat lagi selapis sebab dah kotor dinding ni.
Dah tu, housemate nak sangat ber-wallpaper. Redha jer la tsskk tskkk.




Kitorang ni manalah ada pengalaman pasang wallpaper kan.
Nizam sampai call kawan dia tanya camner nak bancuh gam.
Ni cobaan pertama... erkkk yang tak menjadik!

Ayu yang nengok rasa letih. Tu laa, nak sangat wallpaper... cat kan senang dan lagi cantik.
Erkkk, tak puas hati lagi tu eehhehehe.



Sudahnya...
Ini yang jadik hahahaha.


Nizam pegi bukak semula yang dia dah tampal sekeping tu.
Panjang jugak wehhh... mentang-mentang banyak dan murah.
Kemahen dia membazir kan!
Pada ayu dah elok dah dia tampal, tapi dia tak puas hati.
Eh! Cermat dan cerewet jugak mamat ni...heh!


Ok... pasni kita tengok version dah jadik.
Rupa tak semenggah mana pun, sebab susah la nak sambung corak.
Nak sangat wallpaper kan... rasakan :)
--> ayat tak puas hati lagi tu, sebab nak cat jugakkkkk hahaha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...