Wednesday, October 14, 2015

Review Miyami Two Way Foundation & Loose Powder

All time feveret!
Miyami Two Way Foundation
Best giler!
Rasanya ramai yang pakai bedak ni kan?
Dan ramai ayu tengok retis pakai. Wah! Nak jugak tu feeling hebak haha.

Nak pakai kering buleh.
Nak lagi cun dan terlebih rajin, pakai lembab pun boleh.
Basahkan span, dah tepek la dengan gigih.
Ayu malas... pakai kering sudah.
Nak jelita, tapi malas... caner tuh?
Tak jelita pun takperlah... banyak lagi kerja lain nak buat heh!



Biasa ayu pakai kaler Medium.
Tapi dah abes yang sediada ni, rasa nak try yang lebih gelap.
Kot dapat kaver jeragat yang makin meriah. huhuuu.
Dah kertu, tapi tak cukup kuat terima kenyataan, gini ler heh!


Ayu pakai foundation Miyami ni sejak kerja unisel.
Al-maklum ler, kawan-kawan unisel ada jer jadik dealer
Biasa beli time offer, harga baru dalam RM16 tak silap.
Bila ada jer offer, kawan akan tanya, nak beli tak.
Harus la beli time murah kan... alah, tak offer pun baru RM30+ kan
Tapi selagi buleh jimat, wajib jimat. kan berjimat tu amalan murni eceh!


Pakai foundation miyami ni best.
In fact lagi best daripada bedak Revlon.
Murah tapi wowww puas hati.
Bila berpeluh pun tak bercapuk. 
Nak feeling floles, tepek tetebal haaaaha.

Tapi, ayu ada jeragat yang horror.
Jadi, tak dapat la kaver sepenuhnya jeragat tu
Memang nak cuba kaler lebih gelap, kot buleh jelita hahaha.


Masa nak raya hari tu, saja cuba beli Miyami Face Powder.
First time dalam idop nih nak cuba face powder.
Kot la lebih jelita masa satu hari dihari raya kannnn.
Kater pakai loose powder kurang berminyak atau berpeluh muka
Kata raya, mesti la kejelitaan harus luar biasa...kononnn.

Jadi, terpedaya la lagi dengan review di internet pasal Miyami Loose Powder ni.
Atau ditulis kat situ sebagai Miyami Face Powder.
Haku yang memandai tulis Loose Powder hahhaa.
Belilah dengan jayanya beberapa hari sebelum raya tu.


Ini dia, alahai ciput jerk isinya. 
Nak pakai pun rasa sayang jerk takut habis hahhaa.
Pakai jimat-jimat, giler la kedekut tapi nak jelita.
Ni baru Miyami, beli MAC lagi. 
Kalu MAC, mau aku tatap jer bedak tu, pastu simpan.
Sampai expired tak abes, puas hati beli dan erkkk simpan hahaha.


Pada review saya pasal bedak miyami dan loose powder miyami ni.
Memang terbaik untuk yang jimat biasa-biasa macam saya ni.
Ye lah, selagi buleh berjimat, walaupun feeling nak jelita tu membara,
Kenalah berjimat kan. 

Memang best pakai kedua-duanya.
Pakai dulu bedak, pastu pakai pulak loose powder.
Lepas tu, tenyeh la sikit blusher kot nak lebih perasan jelita hahaha.
Ayu memang biasa pakai bedak, blusher dan lipstik jer.
Tak suka mekap mata, rimas.

Beli maskara pun sampai expired dan keras isiknya.
Well, pakai maskara pun bukan nampak bulu mataku hahhaaa.
Nasib ler bulu mata kemetot jer.
Kalau masa kerja dulu, selalu opismate cerca iols tau.

Baru feeling cun show-off pakai maskara.
Sekali opismate cakap:

"laaa ye ke kak ayu ko pakai maskara, tak nampak pun bulu mata lentikkkk"

Choii sangat kat. Hhahahhaa. Lawak ingat balik.

Ok, sekian review untuk kedua-dua produk dari Cosway ni.
Berbaloi beli dengan harga yang murah dan ia memang best!

No comments: