Tuesday, October 6, 2015

Sakit Pinggang Akibat Epidural?

Assalamualaikum semua.

Mungkin pembaca blog ni yang follow blog ayu sejak dulu lagi dah tau yang kedua-dua anak ayu dilahirkan secara c-zer. Dania emergency c-zer, sementara Hariz pulak elective c-zer (dengan kata lain, serah perut untuk dibelah sebagai kek happy besday to youuuuu).



Tapi, sebelum bersalin hariz tu, iaitu masa pregnant-kan dia 4 bulan, kena pulak operate appendiks. Biasanya operate appendiks orang cakap bius pengsan terus, tapi disebabkan pregnant, kenalah bius separuh sama macam bius bersalin c-zer.


Jadi, dah 3 kalilah epidural dicucuk dibelakang badanku. Oh ya, ketiga-tiga operation ni buat kat SALAM Shah Alam. Doktor bius pun doktor sama iaitu Dr. Rauf. Sampai Dr. Rauf tu cam Ayu hahaha. Maklumlah, bulan 9 2006 bersalin dania. Appendiks pulak dalam bulan 9 @ 10 2010, bersalin Hariz bulan 2 , 2011. Mau dia tak ingat, special case appendiks masa peknen. Hewww hewww.


Orang kata, kesan epidural boleh menyebabkan sakit pinggang. Betul ke? Ayu pun tak sure walaupun dah 3 kali kena epidural kan. Nak kata tak sakit tu, tipu ler... dah berumur ni kan... pastu makan minum tak pantang... masa dalam pantang bersalin pun tak pantang sangat, apa lagi masa sihat. Lagi lerrrrr, pantang tengok itu betul!


Masa bersalin dania lagi ler.
Dalam pantang nih, teringin nak makan gulai ayam (masa kat Besut). Cakap kat nizam, nak makan. Nizam cakap, makan jer, kalau sakit ubat tahan sakit kan ada. Iols apa lagi, belasah jer la... kalu dengan mak ayu, tak dapat lerrrr... kena bebel ada lerrrr hahaa. Eh tapi kalu sakit padan muka kan. 


So far, alhamdulillah. Syukur sangat sebab belum pernah lagi sakit pinggang atau belakang luarbiasa. Sakit manja-manja sekali sekala tu ada la. Contohnya bila buat kerja berat angkat batu-bata barang macam kemas-kemas rumah tolak-tarik perabot sana-sini. Angkat pasu bunga ke, berkemas satu rumah serentak dalam satu hari, atau masa dulu dukung hariz masa dia debab sedebab-debabnya!




So, sampai sekarang, ayu masih lagi setia pakai Waist Nipper Premium Beautiful. Bila nak buat kerja berat, ayu akan paksa diri pakai. Pakai Waist Nipper jer, tak pakai full set pun takper, sebab Waist Nipper ni la  yang bantu kita support tulang belakang dan jaga bahagian perut.


Dah belah perut czer 2 kali dan sekali appendiks, keadaan perut dah tak sama macam asal huhuuuuu. Seram jugak kalu tak jaga kan. Kang kalu sakit, seksa kita jugak. Dah makin berusia ni, bab kecantikan dah tak amik berat sangat dah, risau pasal kesihatan ajer. Apa lagi, sejarah keluarga ayu belah mak ada cancer usus dan belah arwah ayah pulak macam-macam sakit (kencing manis, jantung, stroke, darah tinggi). Haiyooo seramnya.


Nak buat full medical check-up lah... erkkk tapi takuttt... eh lagi takut kalu dah jadi kan? prevention is better than cure. Dah la ayu ni pernah appendiks la, kena denggi la...huhuuuu. Sesungguhnya kesihatan adalah rezeki yang sangat tinggi nilainya. 


So, kepada uols yang ada Premium Beautiful, kalaulah malas macam mana sekalipun nak pakai full set, tolonglah pakai Waist Nipper. Rugi sangat kalau tak pakai, sebab Waist Nipper ni best dan sangat bagus untuk kesihatan. Kalau uols sedang PMS  atau pada hari-hari tenat pengaliran period atau period tak kuar dengan elok, memang elok sangat pakai. Trust me, it will helps u a lot. Daripada makan ubat, better guna Waist Nipper.


Okey, perasan tak dah lama ayu tak share pasal Premium Beautiful based on my experience hampir 5 tahun ber-Premium Beautiful :)


Jumpa lagi. Wassalam. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...