Thursday, October 8, 2015

Sambung Lagi Kisah Sofa Hunting di Fella Design

Assalamualaikum. 
Kita sambung lagi kisah yang bertajuk seperti di atas.
Bukan main lama peram gambar-gambar ni, lepas ni terus delete!
Nak jimat memory storage kat labtop ni haaaa.


Ulang lagi sekali, kami ke Fella Design HQ bulan syawal lepas.



 Bila tengok harga sofa-sofa dan perabot kat sini, memang telan ailio laaa.
Memang dari duluuuuu lagi ayu berangan nak beli sofa Fella Design, tapi citarasa lebih kepada moden minimalist, tapi itu laaa...bila sofa ditempah tak siap dan tak dibuat pun!
Jadi, pilihan yang ada cuma carik kat kedai.



Mulanya nizam nak pergi kedai perabot biasa, sekali dia melencong terus ke Fella Design.
Masa tu pergi beraya dulu rumah cikgu sekolah dia kat Senawang.

Nizam bawak ke Fella Design dengan bajet nak beli sofa cuma 3K++ jer?
Apa agaknya spesis sofa yang boleh dapat kan? Huhuuuuu.




Nizam bersama anak-anaknya. 
Bini dia dah selamat dah naik sampai atas hehehe. Ni snap gambar dari tingkat atas le ni.
Gambar pun blur!



Nizam cakap yang ni corak lawa. Tapi kitorang ni mana pernah sependapat kan?
Ayu tak berkenan design berlekuk bagai tu.

Lagi pun jenis 'melekat' takleh tanggal cuci, memang taknak laaaa.




Mula-mula, ayu cuma nampak yang range mahal ajer, dan of course berkenan tapi tak padan ngan bajet!
Masa tu dah cakap kat nizam dah... carik kat kedai biasa-biasa jer lah.

Sebab yang within bajet yang ayu berkenan (yang ayu share dalam posting sebelum ni), semua nizam taknak. Ayu nak yang seketul panjang jer, taknak berset-set ni.


Sekali, nizam pulak jumpa area sofa set 2 + 3 seater ni.
Eh! Caner haku boleh tak jumpa ni? hehhee nampak sangat mata dok merambang pada yang mahal ajer.
Taste tinggi, bajet cipuuuutttt...phuiiii la ko ayu hahaha.



Ini dia area 'mampu milik', bukannya mampu tengok hiihiiii.

Cantik bila dah letak combine macam ni. Tapi sebijik meja dan arm chair tu memang berdarah la mata tengok harga!



Ini cantik, tapi taknak jenis kusyen macam tu, nanti bersepah bila duduk.
Banyak songeh kan?


Wing chairs yang dipadankan dengan sofa kat atas tadi. Cantik!


Nizam berkenan yang ni!
Tapi ayu taknak sebab kaler hijau lumut, nampak gelap dan kusam jer.


Ayu nak yang ni, nizam pulak taknak. Haiyooooo.
Patut aku datang sorang jer laaaa macam shopping perabot zaman dok Shah Alam dulu.
Dia balik rumah tengok bendanya dah ada dalam rumah. Bahagia rasa takya berbeza kehendak ni.

 Banyak lagi sofa-sofa lain yang range harga ni dan design macam ni.
Ayu snap sikit ni jer, sebab melayan hariz lagi.
Boleh si hariz pun pilih nak sofa mana... grrrrrrr.
Pastu, siap sentap-sentap merengek suruh beli sofa dia nak tu.
Cantik jugak, warna biru-biru gituuuu.
Tapi mama dia tak minat design macam tu.

Pastu cakap kat dia, yang tu kena tempah.
Kita ambik yang mama pilih ni dulu, nanti dah siap hariz punya baru kita ambik.
Wah gituuuu. Terpaksa bohong sunat hahahah.
Sampai kakak promoter pun memujuk sama, ehehehee.



Akhinya... ini pilihan kami sekeluarga Ayu!

Tak termasuk meja la kan. Pitam wehhh tengok harga meja tuh.

So, total harga termasuk GST & delivery is RM3700.

Lari bajet iols, tak dapat la ber-wing chair huhuuuuuu.


Takpelah, dah ni takdirnya. 
Allah dah makbulkan impian ayu beberapa tahun lepas nak sofa fella design yang ada reben tepi.
Walaupun tak berkenan dengan corak bunga, itu kita ikhtiarkan tempah sarung lain heehe.

Dah tanya akak promoter ni.
Berapa upah dan kain untuk sarung.

Keseluruhan sarung rangka sofa + kusyen: RM1400
Kusyen saja: RM700


PITAM!


Tempah kat tailor biasa jer la hahahhaaa. 
Itu pun tatau tahun bila boleh tercapai.
Tak suka la corak bunga-bunga besar ni.
Rasa nak tempah yang plain ajer.

Ok... sekian.


P/S: Shawl 2 muka masih available yer. WA 013 - 255 0727


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...