Sunday, October 18, 2015

Sofa Dah Sampai, Pening Pulak Nak Letak Camner

Kami pegi beli sofa tu pada 2/8/2015.
Esok petang tu dah sampai. Good job Fella.


Mau tak good job, delivery ajer dah RM170. 



 Mudah kerja brader berdua ni, sebab tak payah daki tangga.
Teringat masa beli perabot masa dok Istana Kayangan dulu.
Kesian nengok dorang, yelah tingkat 4 ngko.
Dengan tangga sempit lagi tu, memang kesian sangat.

Both of them are Indian.
Sorang tu mintak isikan air masak dalam botol air mineral dia bawak.
Kesian pulak, haus kan musim panas.
Nak kasik biskut raya, biskut raya nan ado, air ajolah yer bang.



Inilah dia rupa paras sofa besar-gedabak-gemuk ni.

Kalau beli 3 seater macam ni sangat sesuai letak kat dinding sini.
Rumah pun tak jadik sempit huhuuu.




Tapi... dah 3 + 2 seater, memang sempit terus rumah!
Pening daku nak deko macam mana.
Nizam pulak dah pergi outstation malam tadi tu, susah nak diskus camner nak letak.
Eceee diskus, sudahnya aku memang gak hahahha

Mula-mula mintak brader tu letak macam ni.
Nampak Hariz tu, tak menyabo.
Tapi mulut tetaplah menanya bila sofa blue dia tu nak sampai.
Hahaha, itulah orang kata, jangan janji ngan budak yer, dia akan ingat!
Terpaksa bohong sunat uols. 
Apa dia pikir mama dia tukar daun jadi duit ke nak beli sampai 2 set sofa.



Signature Fella Design: Reben!



Pastu, ayu cuba alihkan macam ni.
Just nak trial & error untuk dapatkan deko yang tak menyempitkan.
Gigih alih (tarik) sorang-sorang, berat boleh tahan.

Letak macam ni lagi ler haru!
Nak lalu kuar-masuk tak boleh terus.



Caner nak lalu ni? Huhuuuu. Hariz pun tak lepas hahaha.
Mama papa dia lagi ler, buleh hulur betis jer sebelah heh.




Lepas tu, alihkan macam ni pulak.

Menarik jugak.
Tapi, halang pandangan nak tengok tv pulok!
Boleh tengok tv kalau duduk kat sofa 3 seater tu, cuma rasa semak pulak.

Whatsapp gambar kat nizam. Dia taknak macam ni.
Ayu cakap, nantilah alih semula, dah tak larat.
Sebab nak alih ke tempat rak tv putih dan tv, kena alih rak tu dulu.


Esok-esok jer laaaa.
Buat masa ni, bertabahlah dengan deko macam ni.
Erkkk, dan jugak langsir biru tu.
Dah tak match dah dengan kaler sofa ni.


Nanti sambung ayu alihkan sofa dan tukar langsir.


P/S: Ini cerita masa bulan 8 tau. Tu dinding dan langsir masih yang lama.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...