Thursday, November 26, 2015

Resepi Ayam Panggang Sesuai Untuk Kanak-kanak

Assalamualaikum semua.

Resepi ni hakmilik Fila the Kasih's. Pernah baca blog Fila? Best blog dia. Geng-geng Peej Burhan, yang depa bertiga dah jadi owner skincare Ellfie Beauty. 

Sila rujuk link kat atas tu yer, Fila dah bagi sesiap resepi nak buat Ayam Panggang Sesuai untuk Kanak-kanak. Resepi ni memang mudah, tapi saya ni sendu bab memasak, memanjang la jeling kat resepi kat hp hahahha. Syahdu!

Since resepi korang dah rujuk kat blog Fila, maka Ayu buat sesi tayangan gambar jer lah yer. Ayu buat ni beberapa hari lepas. Beli sekor ayam, belah 2. Perghhh sekor ayam 4 beranak makan sekali hadap. Ko mampu? Pastu bajet nak kempiskan perut phuiiii!


Ayam dah siap disapu masker hehe



The sayurs dan bawang yang tak dicelur

The sayurs lagi yang dah siap celur.































Masuk oven untuk diseksa


Kita bakor ajer

Dah bakar sekejap, masukkan sayurs yang tak celur dulu


Masukkan pula sayurs yang dah dicelur pulak


Siap! 


Kita tambah pakej 'bina lemak' dengan fun fries. 

Alhamdulillah. Memang sedap dan mudah jer nak buat.
Cost tak sampai RM20. Kalau makan kat kedai, agak-agak berapalah harganya kan? Makan kat kedai skang mahal wehhhh... kekadang rasa not reasonable price langsung. Sejak GST ni memang  terasa la kenaikan harga barang mentah atau barang siap nak tinggal ngappp sajer. Takper, syukur Malaysia masih aman hehehee.

Ok, jumper lagi. 

Wednesday, November 25, 2015

Dekorasi Laman| Beli Pokok Lagi

Musim hujan, aku sibuk nak beli pokok bunga kan? Ko dah kenapa ayu? Heeheh, lately ni seronok pula tengok beranda rumah bila pokok-pokok dah makin gebu macam tuan dia menghijau. Terus rasa nak tambah lagi pokok hijau yang dah besar hahahaa.

So, kelmarin balik dari ILSAS nizam tunaikanlah request housemate dia ni yang asik zikir nak gi nursery, nak gi nursery, nak gi nursery. Hhaha selagi tak ikut kehendak, sampai naik rimas dia dengar.


Maka, jomlah ke sana secara berjemaah seramai 4 beranak.

View menghala ke jalan raya. Nursery ni boleh tahan besar. View pun cantik giler sebab ada rumah owner (nama Abang Man) dan rumah staf dia. Nanti ayu share dalam entry lain. Lawa sangat-sangat-sangatttt. Kalau dia ada rumah sewa kat sini, rasa nak menyewa jer. Motif? Sebab nak duduk kat tempat yang ada suasana alam yang damai gituuu.


Pilih punya pilih... ini yang dibeli 

Terkehel pokok ni, penangan nak pokok yang dah besar kan?



Pokok yang belah kiri tu dah ada sepasu, inilah jenis pokok yang tahan hidup dengan ayu hehee. Yang lain beli sekali dengan dia dah lama mati. So ayu beli lagi sepokok biar lebih meriah.
Yang lagi sepasu jenis daun halus tu lawa kan? Nanti nak beli pasu besar lawa-lawa sket nak tukar. Sendu sungguh pasu sediada tu, macam yang dah berbelas tahun punya pasu. Dah ganti pasu mesti meletops-letops cantiknya. Gituuu.


Nanti saya share dekorasi laman saya yang terkini. Amboiii beli pokok 2 pasu macam laa dah berubah sakan deko laman yang sendu kan. Heh!

Monday, November 23, 2015

Dekorasi Bilik| Frame Gambar 3 Beradik

Assalamualaikum semua.

Kalau yang follow blog ayu ni, rasanya korang tau Ayu beli frame 3 beradik ni kat Nilai 3 masa baru-baru pindah Semenyih iaitu pada bulan Julai 2013. Dan, frame ni baru jer nizam gantung beberapa bulan lepas, sekali dengan pasang railing langsir kat sliding door tuh.

Haaa... kemain lama peram yer. Bergantung jugak akhirnya, iaitu together-gether dengan lagi 1 set frame 3 beradik (gantung kat tingkat bawah, tu tunjuk lain kali pulak).


Frame gambar 3 beradik ni ayu gantung dalam bilik Dania.

Saja buat konsep 'tangga'. 




View penuh



Dah alang-alang nak cuti sekolah, dan nak kurangkan time dania hariz mengadap ipad, ayu nak jadikan bilik ni sebagai bilik ayu golek-golek membaca dan dalam masa sama dorang 2 beradik nak main mainan sepah-sepah ke, nak menulis, melukis dan berkreativiti dalam bilik ni.

Kalau kat ruang tamu, memang tv manjang akan ON, dan dorang manjang nak pegang ipad dan tablet sorang satu. Susah tau nak jauhkan anak-anak dari gadjet sebab dah terbiasa. So, pada sesiapa yang anak uols masih 'jauh' dari gadjet, tolonglah jangan mulakan. Dah jadi habit, susah. Dan ibu bapa kena disiplin. Ayu jenis tak disiplin, sebab rasa tak sampai hati dan erkkk serabut weh kalu Hariz asyik merengek nak ipad. Sudahnya bagi jugak. Im not a good mother huhuuu.

Tu yang nak try jauhkan diri dan anak-anak daripada tv dan gadjet, at least for a few hours per/day. Selow-selow... kang stop terus aku pulak stress hahahaa.


Jadi... inilah fungsi bilik ni sekarang. Mainan dan buku ayu anak slow-slow angkut bawak naik atas. 

Bilik ni Ayu jadikan bilik solat dan mengaji. Also tempat 'me time' golek-golek sorang diri lepas solat. Kalau nizam ada, keakdang sampai ayu terlelap sesorang sebab hariz leka kat bawah kalau papa dia ada. Tapi, manjang la dia panggil dan tanya: "mama, mama kat mana". Aduiii macamlah dia tatau mama dia ni kalau kat rumah hanya akan ke: dapur, beranda, bilik air dan tingkat atas jer!




Nak warna apa? Semua warna ado. Tak payah pikir pasal tema warna, kata bilik anak-anak ber-kreativiti kan? 




Throw cushion daripada sofa. Tak minat corak camnie. Nanti nak beli kain tempah sarung lain.


Camni la bila anak dah makin membesar kan? Dalam suasana cabaran pendidikan, membesarkan anak-anak memang wowww sangat. Kalau ibu bapa tak amik tau, kesian anak-anak. Zaman dorang tak sama dengan zaman kita dulu. Hmmmmm, cuti skolah dah mula, pening pikir apa nak masak, apa aktiviti untuk anak-anak dan yeay! tak sabar nak balik kampung :)

Okey, jumpa lagi. 




Friday, November 20, 2015

Review| Kondominium Peranginan TNB Port Dickson (Outdoor)

Assalamualaikum.

Minggu ni dah minggu last sekolah. So keputusan periksa untuk kedua-dua sekolah Dania dah dapat. Hari Anugerah Cemerlang untuk sekolah agama dah lepas dan sekolah kebangsaan pulak hari Sabtu ni,  jadi tak gi sekolah setakat sehari dua tu ok jer kot hihiii. 

So, malam Isnin kitorang bertolak ke PD. Stay sana sampailah hari Rabu malam. Khamis (semalam Dania dah kena pergi sekolah nak ambik surat jemputan). Cukuplah 2 hari tu, lama-lama kang lemau pulak mama dia nih, konon nak rest, padahal nan ado, non stop migrain. Haishhhh!


Ni Ayu nak share gambar outdoor Kondominium Peranginan TNB Port Dickson. Kot la ada staf atau pesara TNB nak pergi bercuti. 


Untuk makluman anda, Ayu dah tanya Receptionist kat sini, kondo ni hanya untuk pesara dan staf TNB SAHAJA. Maksudnya, ia tidak dibuka kepada orang luar untuk sewa kondo ni. Jangankan nak sewakan pada orang luar, staf pun perlu ikut turn untuk menyewa kat sini. Jadi, silalah carik tempat penginapan lain, maaf yer pada yang ramai contact ayu tanya pasal kondo ni. 


Ini gambar dan view outdoor sekitar kondo tnb PD ni.







Image source: Click Here

Since Ayu takder snap gambar dari view depan kondo ni, jadi Ayu share gambar dari blog ini





















Korang lompat jer keluar dari pagar tu, jalan berbelas langkah dah boleh terjun laut.
Tapi, weols tak pegi ke laut pun. Panas hhahaa.
Budak-budak layan mandi kat swimming pool jer. 







































Malas nak buat captions, sebab dah tau dah... korang suka tengok gambar jer daripada baca kan?
Untuk review seterusnya, Ayu akan share gambar bilik pula yer. 
Kbye!

Thursday, November 19, 2015

Dekorasi Bilik Tidur Utama Nov 2015

Ni dekorasi bilik tidur utama. Gambar dalam entry sebelum ni iaitu untuk entry langsir blackout, idea deko bajet (throw cushion) dan DIY gubahan bunga adalah part of deko dalam bilik ni untuk November 2015. 

Jadi, ayu tak masukkan semua sekali dah yang tu, kang ulang tayang melampau pulak hehehe. Ini jer, simple jer pun. Dah takder benda nak share dalam entry kan. 


















Takyah captions sebab konsepnya malas dah nak menaip hehehe.

Tuesday, November 17, 2015

DIY Gubahan Bunga| Hydrangea, Roses & Dedaunan Hijau

Assalamualaikum.

DIY Gubahan bunga. Ada tak peminat bunga yang baca blog ni? Okey, saya sukaaaa bunga! Tak kira bunga hidup atau  bunga tiruan, bunga ada bunga atau pokok berdaun, semua saya suka! Terapi katernya.


Ini 3 gubahan bunga dalam master bedroom. Hydrangea, roses dan dedaunan hijau. Menyejukkan mata dan mengumpul habuk hahhaaa.


Hydrangea beli kat Nilai 3. Nanti nak beli lagi kaler lain bila pergi sana.
Sebab jenis ni cantik sebab ada tone-tone kaler kat kelopak dia tu. Memang cantik-cantik hydrangea kat kedai tu. 



Aiseh! Gambar blur pulak.
Letak kat side table tepi katil.
Ini bukan gubahan, ini letakkan. Sebab letak-letak jer hahaha.
Sebelum ni letak dalam pasu purple tinggi, lagi sesuai dan lawa.
Tapi seram pulak, takut jatuh kang pecah terus, sebab pasu tu tinggi macam tak meyakinkan jer. Jadi, tukarlah masuk dalam vase bulat yang asalnya ialah 'kolam' ikan gapi dania hehee.



Gubahan roses atas meja solek
Pun sumbat-sumbat sajer dalam vase, tak guna span. Ayu suka gubahan simple.



Dedaun hijau... aiseh! gambar blur lagi hahaha.






View untuk kedua-duanya.



Nak gubah bunga atau DIY gubahan bunga ni senang jer.
Lebih-lebih lagi kalau yang tak pakai span. 
Kalu beli kat kedai yang dah siap gubah, omak kooo mahal sehhhh.
Gubah sendiri jer, jimat. Prektis makes perfect. 
Okey, jumpa lagi... daaaaaaaaaaaa

Monday, November 16, 2015

Idea Deko Bajet| Throw Cushion Atas Katil

Assalamualaikum.

Ini sarung throw cushion 3 helai beli kat JJ Mid Valley bulan Julai lepas. Bila 'tragedy sofa idaman' tak siap tu terjadi, dah tak sesuai guna sarung throw cushion ni kat sofa yang dibeli. Ye lah, sofa tu bunga dah sebesar buah kelapa gading, warna pulak cream, oren & coklat... manalah match dengan sarung kaler grey dan hitam ni. Hmmmm.

Suka corak ni ala-ala klasik gitu.



Zoom in coraknya




Minggu lepas, masa tukar cadar dan langsir blackout, ayu letak throw cushion kat dalam bilik master bedroom. Biasa letak atas lantai dalam bilik Dania jer. 





Serasi pulak dengan kaler cadar tu.
Cuma bila tengok kaler dinding purple tu, macam peliklah pulak. 
Takper, InsyaAllah nanti nak cat bilik ni kaler putih jer.


Ini memang betul-betul Idea Deko Bajet kan?
Takyah kuar bajet dah. Tukar sikit-sikit guna barang yang sediada.
Dah boleh nampak berubah, jadi takder la boring asyik tengok yang sama. 

Nanti ayu tunjuk gambar full bilik ni.
Well, takder idea nak update blog, pun bolehlah share sikit-sikit biar jadik banyak entry.
heh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...