Monday, November 23, 2015

Dekorasi Bilik| Frame Gambar 3 Beradik

Assalamualaikum semua.

Kalau yang follow blog ayu ni, rasanya korang tau Ayu beli frame 3 beradik ni kat Nilai 3 masa baru-baru pindah Semenyih iaitu pada bulan Julai 2013. Dan, frame ni baru jer nizam gantung beberapa bulan lepas, sekali dengan pasang railing langsir kat sliding door tuh.

Haaa... kemain lama peram yer. Bergantung jugak akhirnya, iaitu together-gether dengan lagi 1 set frame 3 beradik (gantung kat tingkat bawah, tu tunjuk lain kali pulak).


Frame gambar 3 beradik ni ayu gantung dalam bilik Dania.

Saja buat konsep 'tangga'. 




View penuh



Dah alang-alang nak cuti sekolah, dan nak kurangkan time dania hariz mengadap ipad, ayu nak jadikan bilik ni sebagai bilik ayu golek-golek membaca dan dalam masa sama dorang 2 beradik nak main mainan sepah-sepah ke, nak menulis, melukis dan berkreativiti dalam bilik ni.

Kalau kat ruang tamu, memang tv manjang akan ON, dan dorang manjang nak pegang ipad dan tablet sorang satu. Susah tau nak jauhkan anak-anak dari gadjet sebab dah terbiasa. So, pada sesiapa yang anak uols masih 'jauh' dari gadjet, tolonglah jangan mulakan. Dah jadi habit, susah. Dan ibu bapa kena disiplin. Ayu jenis tak disiplin, sebab rasa tak sampai hati dan erkkk serabut weh kalu Hariz asyik merengek nak ipad. Sudahnya bagi jugak. Im not a good mother huhuuu.

Tu yang nak try jauhkan diri dan anak-anak daripada tv dan gadjet, at least for a few hours per/day. Selow-selow... kang stop terus aku pulak stress hahahaa.


Jadi... inilah fungsi bilik ni sekarang. Mainan dan buku ayu anak slow-slow angkut bawak naik atas. 

Bilik ni Ayu jadikan bilik solat dan mengaji. Also tempat 'me time' golek-golek sorang diri lepas solat. Kalau nizam ada, keakdang sampai ayu terlelap sesorang sebab hariz leka kat bawah kalau papa dia ada. Tapi, manjang la dia panggil dan tanya: "mama, mama kat mana". Aduiii macamlah dia tatau mama dia ni kalau kat rumah hanya akan ke: dapur, beranda, bilik air dan tingkat atas jer!




Nak warna apa? Semua warna ado. Tak payah pikir pasal tema warna, kata bilik anak-anak ber-kreativiti kan? 




Throw cushion daripada sofa. Tak minat corak camnie. Nanti nak beli kain tempah sarung lain.


Camni la bila anak dah makin membesar kan? Dalam suasana cabaran pendidikan, membesarkan anak-anak memang wowww sangat. Kalau ibu bapa tak amik tau, kesian anak-anak. Zaman dorang tak sama dengan zaman kita dulu. Hmmmmm, cuti skolah dah mula, pening pikir apa nak masak, apa aktiviti untuk anak-anak dan yeay! tak sabar nak balik kampung :)

Okey, jumpa lagi. 




No comments: