Monday, November 9, 2015

Dekorasi Bilik| Langsir Blackout

Assalamualaikum.

Sekarang dah start musim hujan, best sebab cuaca sejuk dan mendung jer selalu. Kalau panas pun pagi - tengahari jer, dalam pukul 3pm membawa ke malam kerap hujan. Hujan lebat siap pakej kilat petir, takut jugak. 


Takder benda nak buat, dan sebab dah rasa boring tengok langsir pink senteng dalam master bedroom. Jadi, rajin pulak nak tukar langsir lain. Kali ni nak effect betul-betul gelap-gulita. Jadi, saya tukar langsir pink tu kepada langsir kaler coklat yang kain jenis blackout.



Suka sangat bergelap kan... memang betul-betul gelap gelita terus!
Sengaja letak day curtain sheer putih tu bahagian dalam.
Sebab tingkap ni mengadap cahaya petang, rasa sayang pulak kalau day curtain ni cepat rosak nanti.
Night curtain takper, sebab kainnya tebal.



 Bila waktu siang, nak terang Ayu ikat day night curtain blackout tu ke kiri-kanan.
Day curtain lepas macam tu jer, tapis cahaya dan habuk.



View di kawasan almari baju dan almari solek. Masih terang bila ikat night curtain ke tepi.
Boleh la nak bergolek-golek baca buku dengan bahagia.
Ada bajet bolehlah beli arm chair atau wing chair sebijik letak dalam bilik.
Erkkk! macamlah bilik tu luas nak berkerusi bagai dalam bilik. Okey, ini berangan!





IKLAN SEBABAK:

Blog wangi-wangi saya:
De'Xandra Inspired Perfume
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...