Wednesday, November 25, 2015

Dekorasi Laman| Beli Pokok Lagi

Musim hujan, aku sibuk nak beli pokok bunga kan? Ko dah kenapa ayu? Heeheh, lately ni seronok pula tengok beranda rumah bila pokok-pokok dah makin gebu macam tuan dia menghijau. Terus rasa nak tambah lagi pokok hijau yang dah besar hahahaa.

So, kelmarin balik dari ILSAS nizam tunaikanlah request housemate dia ni yang asik zikir nak gi nursery, nak gi nursery, nak gi nursery. Hhaha selagi tak ikut kehendak, sampai naik rimas dia dengar.


Maka, jomlah ke sana secara berjemaah seramai 4 beranak.

View menghala ke jalan raya. Nursery ni boleh tahan besar. View pun cantik giler sebab ada rumah owner (nama Abang Man) dan rumah staf dia. Nanti ayu share dalam entry lain. Lawa sangat-sangat-sangatttt. Kalau dia ada rumah sewa kat sini, rasa nak menyewa jer. Motif? Sebab nak duduk kat tempat yang ada suasana alam yang damai gituuu.


Pilih punya pilih... ini yang dibeli 

Terkehel pokok ni, penangan nak pokok yang dah besar kan?



Pokok yang belah kiri tu dah ada sepasu, inilah jenis pokok yang tahan hidup dengan ayu hehee. Yang lain beli sekali dengan dia dah lama mati. So ayu beli lagi sepokok biar lebih meriah.
Yang lagi sepasu jenis daun halus tu lawa kan? Nanti nak beli pasu besar lawa-lawa sket nak tukar. Sendu sungguh pasu sediada tu, macam yang dah berbelas tahun punya pasu. Dah ganti pasu mesti meletops-letops cantiknya. Gituuu.


Nanti saya share dekorasi laman saya yang terkini. Amboiii beli pokok 2 pasu macam laa dah berubah sakan deko laman yang sendu kan. Heh!

No comments: