Friday, November 13, 2015

Dekorasi Laman| Money Plant Bintik Putih

Lama tak share cerita pasal pokok bunga kan? Meh Ayu share sikit, pastu akan ada lagi share seterusnya pasal pokok-pokok bunga yang sendu dilamanku hehee.


Sekarang musim hujan petang. Cuaca mendung dan sejuk, tu yang rajin keluar ke beranda kemas-kemas laman dan pokok bunga. Susun semula elok-elok, siap cuci lantai dengan Cucilex. Wah! Kerajinan luarbiasa yang sangat jarangggg berlaku :P


Antara pokok bunga kesukaan ialah: Money Plant. Always my feveret plant.

Pokok money plant ni ada beberapa jenis. Ada yang jenis daunnya besar giler, ada daun kecik warna semua hijau dan ada daun kecik warna hijau tompk-bintik putih. Cantik! Nanti next entry ayu tunjuk yang  jenis lain tu yer. 


Entry ni nak fokus pada money plant jenis daun tompok-bintik putih ni dulu.

Cantik kan?
Tapi, sepanjang pengalaman ayu tanam pokok (eceh! macam terer benor tanam pokok, padahal asik matik jer), pokok money plant jenis ni susah sangat hidup dan membiak. Kalau jenis hijau tu, sekejap jer membiak-biak. 

Sesuatu sangat dengan pokok jenis tompok putih ni. Takper, walaupun susah dia nak membiak dan membesar, ayu tetap suka pokok ni. Tanam pokok ni, terapi kepada yang minat. Kalau mati, kita beli baru, bukan mahal pun. 




Ayu amik bawak masuk dalam rumah, sebab nampak dah subur sikit sejak tukar pasu dan tanah yang abah nizam bawak minggu lepas. Wah! Tanah import dari kampung uols. Anak dia sendiri takder pesan-pesan suh bawak tanah, menantu hantu yang memesan hahaha. 

Siap abah bawak sekerat guni lagi, dapatlah tukar tanah beberapa pasu pokok, sebab tanah yang beli kat nursery sini jenis tanah keras macam tanah liat tu. Kesian pokok bunga i tak dapat mengembangkan akar dengan jayanya. Itu yang bantut tumbesaran tu. Eceh! Salahkan tanah. Membangau sangat ko ni ayu!






Letak dalam pasu merah Ikea.
Yeay! Ikea Cheras dah nak bukak 19 November ni. Tak sabar nak tawaf kat sana.
Dah cakap kat Nizam, terdiam dia. Tensen ler tu hahahaha.
Selama ni aku ajak gi Ikea Damansara dia kata jauh.
Haaaa, nak sangat dekat kan... kalu taknak pegi aku menyentap tarik muncung mcm donald duck!





Supaya pokok ni sentiasa dekat dimata dan dihati.
Letak atas meja SOHO saya.
Merah menyala oh warna pasu dan labtop Dell-ku.
Beralas mejakan warna shocking pink. 
Semoga rajinlah bekerja dan memeras idea.


“Nothing is ever really lost to us as long as we remember it.” 

2 comments:

Rizziela said...

Hijaunya pokok2 ni

Ayu Rashid said...

Rizziela: alhamdulillah... ada yang hijau, ada yang coklat sendu hahaha. Nanti kakyu nak beli baja dan tambah koleksi pokok lagi :) musim rajin datang semula dah