Wednesday, November 11, 2015

Hari Sukaneka 2015

Ahad lepas ada sukaneka kat sekolah kebangsaan dania. Pukul 7.30 am papanya hantar dulu dania ke sekolah. Agak-agak pukul 10am barulah kami 3 beranak pulak ke sana.

Sebelum tu, malamnya dok fikir nak pakai baju dan shawl warna apa. 
Cobaan taknak ambil lagi selai stok shawl, telah gagal!
Daku tak berdaya menahan nafsu nak ambik jugak selai. 
Sudahnya, ku ambik jugak kaler coklat cair ni.

Berbaki lagi 4 helai yer uols, kaler ni memang cantik. Must have color in your wardrobe!


Tengok saya pakai, lawa kan kaler ni?
Terus wefie dalam kereta dengan budak asyik nak berkepit ni.




Dah sampai kat sekolah, sebelum mekap cair, kena bergambor dulu. Heh!




Kat padang, masa ni tak nampak lagi kelibat dania.





Budak ni memang nak berkepit ajer, lagi-lagi kat tempat orang ramai dia macam culture shock sket.
Well, budak asyik berkurung, dunia dia ngan kami anak-beranak jer.




Laaa, anak aku masuk lumba lari rupanya. 
Tengok-tengok dia tengah gigih berlari hahahaha. Laju jugak larinya, takder la sendu macam mama kalu bab sukan ni. Mama dia sekolah dulu, kalu acara dalam kelas atau dewan aktif la, kalu sukan, memang tak laaa... lari terkedek-kedek mana buleh masuk acara sukan. 




Alhamdulillah, cuaca nyaman jer, Elok-elok selesai penyampaian hadiah hujan renyai-renyai.
Sempatlah dania snap gambar kami 3 beranak. Kenangan di hari sukaneka katernya.



Berlari pakai tudung, asyik betulkan tudung nak tercabut jer, alahai anak.




Putera buluh kasapku.




Ada pulak orang jual buku. Terus melekat kat sini sebelum balik.
Buku takper boleh sentiasa beli, mainan kene bebel dulu ngan mama. Papa la kena bebel sebab melayan sangat kerenah anak.





Eksaited dania nak masuk darjah 4 tahun depan. 



Cepatnya masa berlalu, dah nak cuti sekolah dah. Tahun depan hariz dah nak masuk Tadika Pasti. Tatau la camner ragamnya nanti. Okey, jumpa lagi uols. 

No comments: