Monday, November 16, 2015

Idea Deko Bajet| Throw Cushion Atas Katil

Assalamualaikum.

Ini sarung throw cushion 3 helai beli kat JJ Mid Valley bulan Julai lepas. Bila 'tragedy sofa idaman' tak siap tu terjadi, dah tak sesuai guna sarung throw cushion ni kat sofa yang dibeli. Ye lah, sofa tu bunga dah sebesar buah kelapa gading, warna pulak cream, oren & coklat... manalah match dengan sarung kaler grey dan hitam ni. Hmmmm.

Suka corak ni ala-ala klasik gitu.



Zoom in coraknya




Minggu lepas, masa tukar cadar dan langsir blackout, ayu letak throw cushion kat dalam bilik master bedroom. Biasa letak atas lantai dalam bilik Dania jer. 





Serasi pulak dengan kaler cadar tu.
Cuma bila tengok kaler dinding purple tu, macam peliklah pulak. 
Takper, InsyaAllah nanti nak cat bilik ni kaler putih jer.


Ini memang betul-betul Idea Deko Bajet kan?
Takyah kuar bajet dah. Tukar sikit-sikit guna barang yang sediada.
Dah boleh nampak berubah, jadi takder la boring asyik tengok yang sama. 

Nanti ayu tunjuk gambar full bilik ni.
Well, takder idea nak update blog, pun bolehlah share sikit-sikit biar jadik banyak entry.
heh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...