Thursday, November 12, 2015

Resepi Sira Pisang Mudah

Assalamualaikum.


Wah wah wahhh! Asyik share resepi uols, padahal hakikatnya sendu al-sedan kalau bab masak-memasak ni. Sejak zaman sekolah lagi, ayu memang tak suka ke dapur, seriusly malas gilers. Kalu bab kemas rumah, takper i suka... menyapu 44x sehari pun i rela. Tapi kalu masak, hew hewwwww hazab rasanya. Terus feeling jadik cinderella, tapi cinderella versi tak cun la kannnnn hehe.



Tapi, sejak dok Semenyih, nak makan luar susahnya lahai. Kalau Nizam ada pun macam takder mood nak keluar makan, sebab sini belum jumpa lagi tempat makan yang best dan heaven macam Shah Alam. Kitorang ni, kalu bab makan tak berkira, biar mahal sket asalkan puas makan sebab sedap. Tapi kat sini, hmmmmm... harga boleh tahan mahal, tapi rasa sangat mengecewakan. 


Sekarang musim hujan dah, tekak ni asyik la rasa nak makan manis-manis jer. Ahad lepas, balik jer program sukaneka Dania terus singgah kedai beli barang dapur sebab Nizam dah nak kerja. Belilah sesikat pisang nangka. Sendu jer pisang tu, dah tak segar. Tapi, dah tu jer pilihan yang ado, amik jerla sebab dah craving sangat nak makan manis-manis.


Petang tu, terus buat pengat pisang. Resepi GOOGLE hahahaha. Nizam cakap, aiiiiii, pengat pisang pun nak kena google resepi... Sajer jer bikin telinga gua panas tau. Hhahaha, syukur sedap. Anak-anak memang tak makan makanan macam ni, sampai esoknya pun ada lagi, simpan dalam peti lagi sedap, sejuk hingga ke tulang anak tekak.


Ni Ayu nak share resepi sira pisang tanpa santan tau. Yang ayu buat Ahad lepas tu pengat pisang bersantan. Ini ayu buat semalam, habiskan lagi 5 bijik pisang nangka yang ada tu. Since santan segar takder, tak sedap pulak buat dengan santan segera tu. Jadi, ayu buat sira pisang ala kelantan terenggganu jer. Mak ayu suka buat sira pisang macam ni, especially bulan puasa. 


Senang jer, sappp sapppp suiii siap. Eleh! Padahal google jugak resepi hahaha. Bukan apa uols, tak cukup keyakinan diri nak memasak, kenalah google kan... kot ada resepi yang lebih meleleh orang lain share.


Sebelum tu, nak share dulu gambor daun pandan yang ayu tanam sejak ramadhan lepas. Alahai, daun seruncing jari dania okey! Hahhaha pokoknya pun sendu jer sebab baru naik dengan elok. Nak beli baja, biar dia membiak dengan jayanya. Bestttt bila dapat makan hasil cucuk tanam sendiri ni hahaha.





Bahan-bahan:

Pisang masak
Gula
Garam
Daun pandan
Air
Bunga cengkih (optional)
Pewarna kuning (optional)


Cara-cara:

1. Buang kulit pisang - Potong (ikut saiz apa korang nak)

2. Masukkan air, gula dan sedikitttt garam dalam periuk - masak dengan api sederhana

3. Bila bahan di atas dah mula mendidih, masukkan pisang

4. Masukkan sedikitttt pewarna kuning
* Ayu tak letak, sebab warna pisang tu akan turun jadi macam warna cream, ok dah tu, apa ada pada warna heeehe)

4. Masukkan bunga cengkih
* Sekuntum dua jer, jgn banyak nnti menyengat rasanya. *taknak bubuh pun takper, dah matikan api, keluarkan semua bunga cengkih, supaya rasa dia tak terlalu kuat.

5. Dah nampak pisang agak layu dan warna kuah dah berkilat, boleh matikan api.

6. SIAP!







Pisang sira ni, lagi sedap bila sejuk. Letak dalam peti ais, dah sejukkkk baru makan. Memang heaven. Ringkas, mudah dan jimat jer kos nak sediakan sira pisang ni. Cubalah!

2 comments:

cik hani said...

Kak ayu...
Saya suka sira pisang berbsnding pengat pisang..

Buat time bulan pose mmg laku sngat kat rumah saya.. hehehe

jida said...

Saya suka. Sebab senang nak buat dan suami pun suka mkn..