Thursday, December 31, 2015

Sunday, December 20, 2015

December 20, 2015

De'Xandra Perfumes Year End Sale (YES)

Assalamualaikum

Korang dah tau ke belum yang De'Xandra Perfumes buat Year End Sales (YES).

Baca sini :)




Harga biasa (saiz 35ml)

Sebotol: RM65 /RM70
2 botol: RM120 / RM130


Nak tau harga YES berapa?
Baca sini :)





Tak tau nak pilih yang mana?
Anda boleh refer sini:

For Woman




For Men


List yang lain, boleh refer sini:



Stok tertakluk kepada availability.
Satu Malaysia dilanda fenomena Dexandra Perfumes.
Jadi, jika korang nak diharap cepat-cepat contact Ayu.

Whatsapp: 013 - 255 0727

Wednesday, December 16, 2015

December 16, 2015

Dekorasi Laman| Semakin Banyak dan Menghijau

Rindu dah kat rumah sendiri selepas 3 minggu tinggalkan.
Syukur family kakak nizam datang tolong siram pokok.
Pastu, Nizam pun dah ada kat rumah, dia pulak menyiram.
Jangan terlebih siram sudah.
Dia tu, kalau siram pokok, macam nak buat stok siram seminggu.
Bukan dia tau kang reput akar sebab pokok dok bawah anjung jer.

Takper, kalu mati dia jugak kena belikan heehhee.
Macam tak biasa pokok mati.

Ni gambar pokok-pokok bunga ayu kat beranda masa sebelum balik kampung.
Gigih menyapu dan memberus lantai.
Pastu susun-susun pokok kasik cun meletop
Padahal nan ado... heheee. Berangan jer lebih.


Bidai tu letak sebab nak kurangkan cahaya petang kena pokok.
Laman pun lebih sejuk.




Adanya tambahan 2 pasu bunga baru, nampak la meriah sket.
InsyaAllah, nanti nak beli pasu besar lawa-lawa 2,3 bijik nak gantikan pasu sediada ni.



Pokok bunga kita dah 'penuh gambor"
Hakk hakk tuihh berlagak heh!




Money Plant
Always my feveret plant. Ada beberapa jenis gitu.
Ini jer la pun spesis yang dapat bertahan lama hidup dengan ayu. 




Ni mak nizam kasik.
Siap pakej dengan pasu dan pokok  yang dah besar hehehe




Ni spesis pokok yang sama macam mak nizam bagi.
Ayu beli... dah nak mati mulanya tu. Pastu ayu gembur-gemburkan tanah.
Dah naik balik dan kuar daun-daun baru. Nanti nak beli baja pulak. Mesti ia akan membesar dan membiak dengan jayanya.




The Meeting Birds
Hahaha mandai bagi nama... sebab pokok ni ada burung bertenggek-tenggek, jadik ku bagi nama tu.
Ini pun pokok mak nizam kasik yang dah besar dan siap pakej pasu.
Tapi pasu dah pecah sebab nizam bukak gate, pasu tu tersepit antara benteng pagar dan pagar. Sabor jer lah, buat kerja tak tengok kiri kanan. 



Sesi ulang tayang: money plant





Hijau-hijau.... sejuk tau mata memandang bila tengok. 






























Si Biru takder masa ni, lapanglah kat sini. Bila dia ada, selambak tengah-tengah ni. Tima dia takder ni lah nak basuh dan kemas-kemas beranda.




View dari pintu rumah.
Basikal budak 2 beradik.
Wishlist 2016: Nak beli kerusi beranda atau buai. InsyaAllah

Saya suka pokok, walaupun tanam asik ler mati atau bantut tak besar-besar heh!
Ia mendamaikan... dan rasa best jer bila tengok pokok membesar.
Lepas ni nak lawakan lagi beranda ni. InsyaAllah jika ada bajet :P

Tuesday, December 15, 2015

SOHO| Wishlist Laptop Baru 2016

Krikkk... krikkkk berangan!

Nizam ada btau, nanti dia nak beli laptop untuk dia.
Dan dan housemate dia cakap:

"Memandangkan besday ayu dah dekat, apa kata Papa belikan ayu hadiah laptop. Laptop ayu ni papa ambik kat papa. Papa bukannya reti jaga barang elok-elok, sayang kalau laptop baru calar bawak sana-sini".


Nampak, bukan main hujah bertubi-tubi diberikan hahahaha. Terus dia pun buat-buat tidur. kroohhh krroohhh dengkuran halus menipu sangat sebab dia tengah main coc!

Cessss! Menyampah aku. hahahhaha. Ok, akan ku alunkan permohonan sistem barter laptop ni sampailah tercapai salah satu wishlist 2016 ku: Nak laptop baru.

Kita nak bodek dia, kita letak gambar dia kat blog untuk menyatakan daku merinduimu... hak hak tuihhhhh! hikssss!


Doakan Kakyu dapat laptop baru sempena besday nanti yer.
Eh, doakan juga semoga dipanjangkan usia yang berkat. Amin.
Itu lagi penting kan. Hidup mati ni Allah yang tentukan. 

Okey, nantikan shawl 2 muka batch baru KHAMIS ni tau.
Dah ada yang mula order, alhamdulillah. 
Ni yang tambah semangat nak ada laptop baru ni. Eh!


Sunday, December 13, 2015

December 13, 2015

Review Kondominium Peranginan TNB - Bilik

Assalamualaikum.

Dalam entry sebelum ni, Ayu dah buat review Outdoor untuk Kondominium Peranginan TNB Port Dickson. Kali ni, nak share view dalam bilik pulak.

Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Memang besar kondo ni. Boleh main kejar-kejar ala-ala kuch kuch hota hey gitu. Puas hati kalau datang angkut famili reramai. Kebersihan tip-top. Cuma takder la well presentable macam hotel kan. Dah namanya kondo peranginan, bukan hotel 4 atau 5 bintang.

Ok sangat untuk berkursus dan bawak famili jejalan dengan harga bajet atau free bila staf berkursus. Untung jadi staf tnb kan. Naper la dulu aku tak pernah apply kerja tnb haahaaha.

Ruang tamu






























Lorong antara 2 bilik menuju ke belakang. Seram gak kalu sesorang hahaha

View dari pintu masuk

Kitchen. Takleh masak yer. Leh masak air dan guna microwave ajer.



2 budak tengah busy, dah tak cukup kerusi dah... duduk bertenggek atas meja

Bilik ketiga. Seketul tilam nizam dah ambik bawak masuk bilik kitorang.
Mak anak ramai bercuti camni la, kena ada extra tilam sebab semua berlonggok dalam satu bilik :)

Kitorang bertiga tidur atas katil, nizam sorang tidur kat bawah (tilam yang dia ambik kat bilik ketiga tadi).

Biasa kalau ayu pergi memaner hotel atau homestay, ayu akan bawak bantal, comforter, selimut dan cadar sendiri. Ntah la, rasa tak selesa guna cadar dan selimut hotel. Tuala pun bawak sendiri punya sorang satu.

Nak kata cerewet tu takla, cuma selesa dan dah biasa. Lebih-lebih lagi dania jenis macam nak resdung. Tak tahan dengan habuk dan cadar bantal mesti kena sentiasa bersih. Hariz pulak lagi la, taknak bertukar bantal. Even nak tukar basuh sarung bantal dia pun kena pujuk dulu. Cakap la dah busuk dah kotor, kena basuh. 


Ok, kondo ni hanya untuk staf dan pesara TNB sahaja, tak buka untuk orang luar. Sebab ramai yang contact ayu tanya, dah macam tetiber iols jadi agent pelancongan tnb tak bergaji ahaks! So kepada staf tnb yang nak booking kondo tnb di mana2 cawangan pun, silalah berhubung terus dengan pihak TNB (bahagian Property ke apa lupa dah).


Iol siap tanya receptionist lagi, dan itulah jawapan beliau. Jadi, bercuti ke mana uols cuti sekolah ni? 

Wednesday, December 9, 2015

December 09, 2015

2 TAHUN YANG PENUH RINDU

CATATAN FACEBOOK RAHAYU RASHID: 9/12/2015

Semalam saya nampak satu page share gambar adik-beradik keluarga Diraja Johor ni. Comel sangat kelima-lima mereka.

Bila salah seorang telah kembali kepada Yang Hak, terasa separuh jiwa turut dibawa bersama. Setiap saat terkenang kenangan bersama membesar sehinggalah detik terakhir kita dapat menatap wajahnya.

Itulah yang kami sekeluarga juga lalui 2 tahun lalu pada tarikh hari ini.

Rindu? Tak tau nak huraikan macam mana. Lebih-lebih lagi arwah abang sangat rapat dengan anak-anak dan mak saya tinggal dengan arwah di kampung.

Mereka telah mendahului kita. Tiba saatnya nanti, giliran kita pula. Semoga kita dikurniakan usia yang berkat. Dan semoga kita kembali kepada Yang Hak dalam keadaan yang paling Dia redhai.

Al-Fatihah buat Almarhum abang kandung saya Azman Bin Abdul Rashid.


Gambar sekadar hiasan.
Al-Fatihah buat Almarhun Tunku Jalil


Ini adalah catatan saya di Fesbuk pada hari ini. Saya abadikan juga di sini, kerana saya masih belum punyai kekuatan untuk berkongsi kisah pemergian arwah abang saya pada tarikh ini 2 tahun yang lalu. 

InsyaAllah, suatu hari nanti... akan saya kongsikan di sini, sebagai tanda kenangan dan semoga ia menjadi ikhtibar buat kita dalam menjaga ikatan kasih sayang adik-beradik dan keluarga. 

Sayangi mereka yang masih bersama kita, kerana kita tidak tau sampai bila kita punyai kesempatan untuk bersama mereka. Inilah kehidupan, yang hanya sementara saja, tiba masa kita akan kembali kepadaNya.