2 TAHUN YANG PENUH RINDU

CATATAN FACEBOOK RAHAYU RASHID: 9/12/2015

Semalam saya nampak satu page share gambar adik-beradik keluarga Diraja Johor ni. Comel sangat kelima-lima mereka.

Bila salah seorang telah kembali kepada Yang Hak, terasa separuh jiwa turut dibawa bersama. Setiap saat terkenang kenangan bersama membesar sehinggalah detik terakhir kita dapat menatap wajahnya.

Itulah yang kami sekeluarga juga lalui 2 tahun lalu pada tarikh hari ini.

Rindu? Tak tau nak huraikan macam mana. Lebih-lebih lagi arwah abang sangat rapat dengan anak-anak dan mak saya tinggal dengan arwah di kampung.

Mereka telah mendahului kita. Tiba saatnya nanti, giliran kita pula. Semoga kita dikurniakan usia yang berkat. Dan semoga kita kembali kepada Yang Hak dalam keadaan yang paling Dia redhai.

Al-Fatihah buat Almarhum abang kandung saya Azman Bin Abdul Rashid.


Gambar sekadar hiasan.
Al-Fatihah buat Almarhun Tunku Jalil


Ini adalah catatan saya di Fesbuk pada hari ini. Saya abadikan juga di sini, kerana saya masih belum punyai kekuatan untuk berkongsi kisah pemergian arwah abang saya pada tarikh ini 2 tahun yang lalu. 

InsyaAllah, suatu hari nanti... akan saya kongsikan di sini, sebagai tanda kenangan dan semoga ia menjadi ikhtibar buat kita dalam menjaga ikatan kasih sayang adik-beradik dan keluarga. 

Sayangi mereka yang masih bersama kita, kerana kita tidak tau sampai bila kita punyai kesempatan untuk bersama mereka. Inilah kehidupan, yang hanya sementara saja, tiba masa kita akan kembali kepadaNya.

Comments

Popular posts from this blog

De'Xandra Perfume: Top 10 Selling

Idea Deko| Dilema Rumah Sempit?

Resepi Solok Lada Original Terengganu