Wednesday, December 16, 2015

Dekorasi Laman| Semakin Banyak dan Menghijau

Rindu dah kat rumah sendiri selepas 3 minggu tinggalkan.
Syukur family kakak nizam datang tolong siram pokok.
Pastu, Nizam pun dah ada kat rumah, dia pulak menyiram.
Jangan terlebih siram sudah.
Dia tu, kalau siram pokok, macam nak buat stok siram seminggu.
Bukan dia tau kang reput akar sebab pokok dok bawah anjung jer.

Takper, kalu mati dia jugak kena belikan heehhee.
Macam tak biasa pokok mati.

Ni gambar pokok-pokok bunga ayu kat beranda masa sebelum balik kampung.
Gigih menyapu dan memberus lantai.
Pastu susun-susun pokok kasik cun meletop
Padahal nan ado... heheee. Berangan jer lebih.


Bidai tu letak sebab nak kurangkan cahaya petang kena pokok.
Laman pun lebih sejuk.




Adanya tambahan 2 pasu bunga baru, nampak la meriah sket.
InsyaAllah, nanti nak beli pasu besar lawa-lawa 2,3 bijik nak gantikan pasu sediada ni.



Pokok bunga kita dah 'penuh gambor"
Hakk hakk tuihh berlagak heh!




Money Plant
Always my feveret plant. Ada beberapa jenis gitu.
Ini jer la pun spesis yang dapat bertahan lama hidup dengan ayu. 




Ni mak nizam kasik.
Siap pakej dengan pasu dan pokok  yang dah besar hehehe




Ni spesis pokok yang sama macam mak nizam bagi.
Ayu beli... dah nak mati mulanya tu. Pastu ayu gembur-gemburkan tanah.
Dah naik balik dan kuar daun-daun baru. Nanti nak beli baja pulak. Mesti ia akan membesar dan membiak dengan jayanya.




The Meeting Birds
Hahaha mandai bagi nama... sebab pokok ni ada burung bertenggek-tenggek, jadik ku bagi nama tu.
Ini pun pokok mak nizam kasik yang dah besar dan siap pakej pasu.
Tapi pasu dah pecah sebab nizam bukak gate, pasu tu tersepit antara benteng pagar dan pagar. Sabor jer lah, buat kerja tak tengok kiri kanan. 



Sesi ulang tayang: money plant





Hijau-hijau.... sejuk tau mata memandang bila tengok. 






























Si Biru takder masa ni, lapanglah kat sini. Bila dia ada, selambak tengah-tengah ni. Tima dia takder ni lah nak basuh dan kemas-kemas beranda.




View dari pintu rumah.
Basikal budak 2 beradik.
Wishlist 2016: Nak beli kerusi beranda atau buai. InsyaAllah

Saya suka pokok, walaupun tanam asik ler mati atau bantut tak besar-besar heh!
Ia mendamaikan... dan rasa best jer bila tengok pokok membesar.
Lepas ni nak lawakan lagi beranda ni. InsyaAllah jika ada bajet :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...