Sunday, December 13, 2015

Review Kondominium Peranginan TNB - Bilik

Assalamualaikum.

Dalam entry sebelum ni, Ayu dah buat review Outdoor untuk Kondominium Peranginan TNB Port Dickson. Kali ni, nak share view dalam bilik pulak.

Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Memang besar kondo ni. Boleh main kejar-kejar ala-ala kuch kuch hota hey gitu. Puas hati kalau datang angkut famili reramai. Kebersihan tip-top. Cuma takder la well presentable macam hotel kan. Dah namanya kondo peranginan, bukan hotel 4 atau 5 bintang.

Ok sangat untuk berkursus dan bawak famili jejalan dengan harga bajet atau free bila staf berkursus. Untung jadi staf tnb kan. Naper la dulu aku tak pernah apply kerja tnb haahaaha.

Ruang tamu






























Lorong antara 2 bilik menuju ke belakang. Seram gak kalu sesorang hahaha

View dari pintu masuk

Kitchen. Takleh masak yer. Leh masak air dan guna microwave ajer.



2 budak tengah busy, dah tak cukup kerusi dah... duduk bertenggek atas meja

Bilik ketiga. Seketul tilam nizam dah ambik bawak masuk bilik kitorang.
Mak anak ramai bercuti camni la, kena ada extra tilam sebab semua berlonggok dalam satu bilik :)

Kitorang bertiga tidur atas katil, nizam sorang tidur kat bawah (tilam yang dia ambik kat bilik ketiga tadi).

Biasa kalau ayu pergi memaner hotel atau homestay, ayu akan bawak bantal, comforter, selimut dan cadar sendiri. Ntah la, rasa tak selesa guna cadar dan selimut hotel. Tuala pun bawak sendiri punya sorang satu.

Nak kata cerewet tu takla, cuma selesa dan dah biasa. Lebih-lebih lagi dania jenis macam nak resdung. Tak tahan dengan habuk dan cadar bantal mesti kena sentiasa bersih. Hariz pulak lagi la, taknak bertukar bantal. Even nak tukar basuh sarung bantal dia pun kena pujuk dulu. Cakap la dah busuk dah kotor, kena basuh. 


Ok, kondo ni hanya untuk staf dan pesara TNB sahaja, tak buka untuk orang luar. Sebab ramai yang contact ayu tanya, dah macam tetiber iols jadi agent pelancongan tnb tak bergaji ahaks! So kepada staf tnb yang nak booking kondo tnb di mana2 cawangan pun, silalah berhubung terus dengan pihak TNB (bahagian Property ke apa lupa dah).


Iol siap tanya receptionist lagi, dan itulah jawapan beliau. Jadi, bercuti ke mana uols cuti sekolah ni? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...