Saturday, December 31, 2016

December 31, 2016

Babai 2016

Bersiaran langsung dari rumah Ibu Mertuaku
Petang ni InsyaAllah nak balik Semenyih dah
Tapi, nizam tu bukan boleh pakai sangat perancangan dia
Kang, sepantas kelajuan cahaya dia kata tak jadi balik
Kita balik esok ajer
Maka berhuhuuuu la aku.

Nek Jah & adik saya dah balik Besut
Kami hantar ke rumah abang di Kemaman jer Isnin lepas
Esok petang tu kami terus ke Keratong
Nek Jah pulak ke Besut esoknya dengan abang lagi sorang

Akan bermulalah kehidupan seperti biasa.
Sekolah pun dah nak mula hari Selasa depan
Ingatkan hari Isnin start, rupanya Selasa
Baru tau malam tadi bila kawan dania btau dania hahaha
Bagus betul papa mama Dania Hariz ni kan
Anak start sekolah hari apa pun tatau.

Petang semalam kitorang pegi pekan Muadzam
Beli kelengkapan sekolah Dania
Tak semua dapat beli
Kain pengawas sekolah agama (warna merah) takder
Beg sekolah pun takder yang Dania berkenan
Kasut dapat sepasang jer
Baju sekolah 2 lai, kain sek keb 2 lai
The rest macam singlet, tracksuit, stoking beli 2 lai each
Esok lusa sambung beli kat Pekan Semenyih pulak.

Hariz pulak sibuk beli beg sekolah dan pencil case
Sakan suruh mama snap gambar
Suh wasap tunjuk kat cousin dia di Semenyih.

Hmmm...
Ni menyambil update blog sementara Nizam tidur
Internet slow gila
Nak update Dexandra sales rekod
Dah seminggu tak update dalam buku huhuuuu

Macam mana nak buat kerja ni, internet slow sangat
Maka, menyambil tunggu web loading
Siaplah entry ini.

Selamat tinggal 2016
Welcome 2017


Saturday, December 24, 2016

December 24, 2016

Budak Tak Sabar Nak Sekolah!


Cepatnya masa berlalu. Budak ni dah nak masuk darjah 5 tahun depan.
Dah pandai nak melaram
Beli pakaian memilih sendiri dan juga cerewet macam mama!
Tu dok sibuk request nak beli handphone
Nak bagi pakai mama punya taknak, sebab mama rasa nak beli handphone baru.
Nak baru jugak tu, iskkk.
Risau la nak bagi anak pakai handphone dan internet sendiri ni
Huhuuuuu. 


Tahun depan, dah masuk darjah 5.
Dah kene start paksaan belajar, dah nak UPSR dah.
Masalahnya, mama dia bukan jenis berdisiplin pun suh anak belajar.
Macam mana tu?

No automatic alt text available.
Bersedia untuk tahun depan.
Sekarang kita rehat bercuti lagi 

Ni mama dia slow-slow nak taip silibus untuk setiap subjek
Dah tiap kena print out
Senang untuk guna as reference untuk revision.



Friday, December 23, 2016

December 23, 2016

Cuti panjang dah nak abes!

Takder gambar baru sebab dok memboring jer kat rumah
Maka, letak jer la gambar-gambar lama.
Alahai, bulatnya Alish ni. Geram tengok!

Dari kecik rupanya suka tidur peluk bantal
Itu yang sampai sekarang, tidur nak meluk bantal ajer
Tapi yang pasti, tak lekang nak pegang tangan mama
Huhuuu... macam mana ni.


Cakap pasal cuti sekolah yang cuma berbaki 9 hari jer lagi
Hahaa, cuti yang paling sangap!
Dengan nizam non stop kerja, balik sehari malamnya terus kerja semula
Pastu, Nek Jah dan Ayah Su budak-budak datang sini
Dari awal cuti sekolah
So, duduklah kami kat rumah dengan penuh ketabahan

Rasa sehari tu, lambatnya berlalu
Feel bila anak sekolah vs cuti berbeza tau
Sebab kitorang ni kaki merayap
Sebulan memerap kat umah, ko bayangkan?

Petang ni baru Nizam balik dari outstation
Katanya apply cuti sampai 8/1/17
Alah, tu dia punya apply cuti bukan leh caya sangat
Anytime kang tetibe kena panggil kerja
Dah biasa dah. Even masa raya puasa pun pernah kena
Punah plan raya.

Nak buat macam mana kerja, kan.
Paksa rela jer la. Dah namanya kerja sebagai kulikutif hahaa

Minggu ni, baru nak hegeh-hegeh beli persiapan sekolah anak-anak
Hariz pun tak daftar lagi kat tadika baru
Buku-buku Dania pun belum beli lagi kat koop sekolah
Tapi kitorang memang kaki membeli last minutes punya hehhe
Takder hal, alah biasa tegal biasa katernya.

Isnin atau selasa ni, baru nak anta Nek Jah dan Ayah Su balik Besut
Anta pun sampai kat umah abang jer
Tak larat dan suntuk sangat masa nak sampai ke Besut
Lagi pun dah sebulan lebih nenek kat sini
Lain kali jer la balik, panjang umur murah rezeki kita balik

As for now
Tak sabar nak tunggu nizam balik
Rinduuu nak menumpang guna hotspot dia scroll Instagram hahaa!
Nak tengok deko-deko rumah orang yang cantik-cantik dalam IG
Haaahaha, begitulah motifnya!

Okey korang,
Esok start cuti panjang yer sempena Krismas
Selamat bercuti, selamat jalan-jalan, selamat balik kampung
Kitorang dok rumah jer, sebab nizam tak suka bersesak-sesak atas jalanraya
Sebab tu plan nak anta Nek Jah hari Isnin atau Selasa jer
Kasik peluang kat orang lain makan roti dan jem pepuas hehhee.

Nanti rajin update lagi.
Skang dah tak larat nak duduk atas kerusi atau SOHO lelama
Ni pun tabah jer dok bersila atas lantai, siap lunjur- kaki
Laptop letak atas meja jepun blaja dania
Ok, bye!

Thursday, December 22, 2016

December 22, 2016

5 Aroma yang Mampu Menarik Perhatian Lelaki

Image may contain: text



Image may contain: text


Image may contain: text


Image may contain: text


Image may contain: text


Image may contain: text



Semoga tips wangian ini bermanfaat untuk kita.


So, mana satu pilihan anda dan pasangan?

P/s: ni panduan pilih bau perfume untuk goda suami sendiri yer, bukan lelaki lain. Dosa tau, i taknak subahat, Nauzubillah :)

Wednesday, December 21, 2016

December 21, 2016

Taknak kerja opis semula ke?

Tengahari semalam, saja la kacau kawan lama masa kerja dulu
Whatsapp dia masa dah dekat pukul 2pm lebih kurang.
Dia tengah siap-siap nak masuk meeting.
Sempat la borak sekejap

Terbayang zaman kerja dulu
Kalau lepas lunch hour adalah meeting
Wow, mencabar sungguh fizikal dan mental
Sebab apa?
Semestinya sebab baru lepas lunch!
Kenyang dan diiringi pakej mengantuk hahahhaa

Tapi, biasa meeting kalau saya yang kena ambik minutes of meeting
Atau akan ada lambakan tugas kena buat lepas meeting
Memang tak sempat la mengantuk tu nak hinggap kat mata ni
Susah hati ada laaaaa!

Semua tu kenangan yang dah lama berlalu
Sekarang, takyah dah fikir pasal meeting bagai :P
Bahagia hidup.

Sekarang, nak masuk opis pukul berapa
Nak buat kerja bergolek sana-sini ke
Suka hati!
Janji masyukkk dan tak susahkan orang lain


Opisku, duniaku... gitew!


Sebelum stop the conversation tu.
Sempat la kawan saya tu tanya"
"You dah taknak kerja opis semula ke?"

Hahaaahaa. Saya jawab:
"Hhahaha, I dah tua U.
Lupa dah step bekerja dan cara bersosial.
I dah jadi makcik-makcik sangat wakakkaa.
Lagipun tak sampai hati nak bagi orang jaga anak-anak"

Wow... dramatik tak jawapan hehhehe
Kawan saya tu redha jer la menerima jawapan kawan macam saya ni.

Tapi memang betul
Saya rasa dah tak sesuai dah nak kerja opis semula
Dah kertu sangat dah, nak ulang balik zaman-zaman macam dulu
Cukup la dengan apa yang ada ni
Nikmati saja

Semoga Allah permudahkan saya raih rezeki dari rumah
Dan Nizam pun dipanjangkan usia, sihat... dapat bekerja dengan baik
Kami nikmati apa adanya.
Sederhana jer hidup kami
Takder nak kejar jadik kaya raya pun
Sebab dah tak terkejar rasanya hahhaa
Tapi, kalau Allah nak bagi, kami terima dengan gembira
Gitew!


No automatic alt text available.

So, apa plan untuk 2017?
Lagi 10 hari ajer lagi nak masuk tahun baru.


Semoga tahun 2017 adalah tahun yang penuh rahmat, berkat dan kegembiraan buat kita semua.
InsyaAllah.

Tuesday, December 20, 2016

December 20, 2016

Deko Throwback Rumah Sewa Shah Alam

Takder idea nak share pasal apa hahahha
Jumpa gambar deko ruang tamu masa kat rumah sewa Shah Alam
Istana Kayangan diberi gelaran hehehe.


 Gambar blur pun nak share hahaha


 Semua ni dah tinggal kenangan




Rindu.
Kalaulah boleh pindah semula ke Shah Alam
Tapi taknak dok kat flat ni.

Nak dok kat kondo di Setia Alam
Sebab bff saya akan pindah ke sana
Wahhh nak pindah jugak!
Bestnya kalau dapat berjiran dengan partner in crime
Dok Semenyih ni, bosan giler.

Bila tau sewa berapa, pengsan hahaha
Tapi kalau nizam nak, laju jer saya nak
Sanggup share bayar sewa sorang separuh hehe
Tapi nan ado la. Berangan sudaaa.


Tapi apakan daya...
Mereput la kat sini, tatau sampai bila.
Tepu dah otak, tak berkembang minda dok sini
Nizam suka la dok sini, suku sakat dia kat sini jugak
Nak balik kg dia pun dekat
Keta dapat parking depan mata

Bini yang kaki merayap ni, memang la mati kutu
Sini... apa yang ada?

Okey, sekian entry ntah-apa-apa :P

Monday, December 19, 2016

December 19, 2016

Kategori Bau Dexandra Perfume

Ramai yang nak tau, bau perfume yang tersenarai dalam list De'Xandra Inspired Perfume ni, kategori mana yer, samada Fresh @ Soft @ Strong.

So, untuk membantu anda membuat pilihan, anda boleh rujuk list di bawah iaitu untuk For Him & For Her:

FOR HIM

Fresh
1. Paco Rabanne Invictus
2. Giorgio Armani Acqua Di Gio
3. CK Eternity
4. Bvlgari Pour Homme Extreme
5. Hugo Boss Bottled
6. Hugo Boss Red
7. Carolina Herrera 212 Sexy Men
8. YSL Homme Sport
9. Bond9 Him
10. Ralph Lauren Polo Red

Soft
11. Carolina Herrera 212 Vip Men
12. Mont Blanc Starwalker
13. Versace Eros Men
14. Aigner Blue Emotion
15. Dunhill Desire Blue
16. Bleu De Chanel
17. D&G The One(Men)

Strong
18. Mont Blanc Emblem
19. Thierry Mugler A Men
20. Dunhill Desire Red
21. Paco Rabanne One Million
22. Armani Code by Giorgio Armani 
23. Jean Paul Gaultier Le Male
24. Chanel Allure Home Sport
25. Ralph Lauren Polo Black
26. Paco Rabanne Black XS
27. Creed Green Irish Tweed
28. De'Xandra Him



FOR HER

Fresh
1. De'Xandra Her 
2. Lanvin Marry Me
3. Versace Bright Crystal
4. Lancome Hypnose
5. Chloe by Chloe
6. Chloe Love Story
7. Victoria Secret Bombshell
8. Paris Hilton
9. Estee Lauder Modern Muse
10. Lancome Miracle
11. Dior Addict 2
12. My Burberry
13. Gucci Flora
14. DKNY Fresh Blossom
15. DKNY Be Delicious
16. Ralph by Ralph Lauren
17. Salvatore Ferragamo Incanto Shine
18. Daisy Marc Jacobs
19. Fantasy by Britney Spears

Soft
20. Escada Moon Sparkle
21. Katy Perry Purr
22. Burberry Body EDP
23. Bvlgari Rose Essential
24. D&G The One(Woman)
25. Elizabeth Arden Untold
26. Narciso Pink by Narciso Rodiguez 
27. Chanel Chance
28. Salvatore Ferragamo Signorina
29. Avril Lavigne Forbidden Rose

Strong
30. Narciso Her by Narciso Rodiguez (White)
31. Midnight Fantasy by Britney Spears
32. One Direction Our Moment
33. Hugo Boss Ma Vie
34. Hugo Boss Woman(Red)
35. Versace Eros Woman
36. J-Lo Still
37. Angel by Thierry Mugler
38. Paco Rabanne Lady Million
39. Chanel Coco Mademoiselle
40. Lancome Tresor Midnight Rose
41. Dior Jadore
42. Bond9 Her
43. L'eau D'issey by Issey Miyaki
44. Carolina Herrera 212 Vip (Woman)
45. Lancome La Vie Est Belle

Selamat memilih dengan gembiranya!

Sunday, December 18, 2016

December 18, 2016

YES Dexandra 2016!

Saturday, December 17, 2016

December 17, 2016

Nak Makan Asam...

Menyambil tunggu customer Dexandra reply Whatsapp untuk siapkan order DeXandra, sempatlah belek-belek folder gambar lama kat laptop

Ternampaklah gambar-gambar buah-buah masam nan sedap ni. Alahai, terliurrr weeeeeh! Tak aci la terliur sesorang kan... jomlah kita terliur secara berjemaah. Lagi pun, wifi ku dah laju hari ni. Dah 18hb, data baru dah mula beroperasi hehehe. Sukaaaa!


Pelam muda & Colek Nise
 Gila ko tak terliur tengok pelam dengan colek nise (gula melaka)

Cara buat colek nise:
*gula melaka
*belacan
*garam sikit
*cili padi

Tumbuk semua bahan, kalau pekat sangat letak air suam sikit
Siap untuk dikerjakan dengan bahagianya sambil pejam-pejam mata!



Rojak betik
Resepi saya dah pernah share kat blog ni. Sila carik entry tu jer.




Buah Sentol 
Ni dari pokok arwah ayah saya tanam,
Buahnya besar-besar tak macam buah sentol biasa.
Tapi ni yang saiz tak besar sangat, ada jenis lagi besarrrr.
Ada beberapa pokok, semua jenis sedap, kulit sedap dimakan sebab tak masam sangat
Isinya jugak tebal dan gebu
Memang maveles!



Pauh Ringan / Pelam Telur

Apa-apa nama jer lah, yang pasti bila dah makan gigi terus menderita!
Hahhaa, ngilu laa.

Dari pokok umah mak nizam
Dah lama arwah pokok ni, abah dia tebang
Sayanggggg dah tebang, buahnya selalu lebat.


Okey, dah. Bye hahhaha!

Friday, December 16, 2016

December 16, 2016

Lain kali jer la sambung kisah si credit card



Sebenarnya, nak sambung sharing pasal bayar hutang credit card
Tapi, disebabkan wifi slow giler mengalahkan cipan dalam pantang
Tak jadik ler

Sebabnya ialah saya nak bagi tips dengan ada gambar sesuai sekali
Nak google gambar dengan wifi macam ni?
Hmmmm... lupakan jer la uols
Sakit jiwa menunggu loading. 
Kang sharing ke mana, saya dulu yang membuta atas tilam kat SOHO ni

Jadi, tunggu la bila internet dah laju berdesup
InsyaAllah by 18hb dah data renewal
Kita balas dendam semula berblog hehehe

Ni dah pertengahan bulan Disember 2016 dah
Dah nak abes dah cuti sekolah uols!
Dalam dok bosan kat umah tak leh ke mana-mana
Hah! Amik ko... lagi 2 minggu lebih nak bukak sekolah

Banyak benda nak kene settle down sebelum bukak skolah ni
Barang-barang kelengkapan Dania nak masuk sekolah tak beli apa pun
Dah la minah tu, semua nak benda baru.

Mama dia pun naik sama, siap nak beli rak buku untuk Dania
Senang, semua buku dia sumbat dalam tu
Takyah nak letak dalam rak berlainan
Atau berlonggok atas rak lain, sakit mata nengok
Kita carik jer la rak buku cap Tesco
Yang kecik-kecik sudah, asal muat letak buku 'berdiri'
Senang dania nak pilih buku untuk susun jadual
Yang sekarang ni, rak-rak tak tinggi
Nak susun buku menegak tak boleh
Bila letak melintang tu, susah dania nak ambik buku
Tu yang jadi bersepah-sepah di longgok luar rak buku
Haiyooo... berdarah mata mama dia tengok!

Hariz pulak nak tukar tadika baru
Belum pegi hantar borang dan daftar lagi
Pergi jumpa anak owner tadika tu jer sekali masa nak cuti sekolah
Budak tu cakap, boleh lagi, dia dah reserved

Pastu, nak anta Nek Jah dan Ayah Su balik kampung lagi
Haduuihhh, jauhnya nak balik Besut
Tak larat dah ni nak travel jejauh huhuuu
Tapi. Dania Hariz nak sangat balik Besut
Kesian pulak, cuti sebulan lebih tak balik Besut langsung
Kalau tak balik sekarang, tatau bila lagi boleh balik

Hmm... bak kata Nizam
'Serabut memikirkan' 

Kesian kitorang
Time cuti ni la memanjang dia kena keja
Takpelah, kot besday i nanti dapat gi dok hotel semalam dua haha
Berangan!

Okey, till then...jumpa lag!

Thursday, December 15, 2016

December 15, 2016

Celik Kewangan| Aku dan Credit Card


Haaa, cuba tengok budak ketot berbaju biru campur oren tu
Kemahen suka melunjur tangan macam tu jumpa laut!
Itulah Dania dan 2 cousin dia, dalam tahun 2011 @ 2012 kot
Sekarang... semua dah besar. How time flies kan?

Bila tengok gaya Dania tu kan
Boleh saya kaitkan dengan happy dan lapangnya perasaan takder hutang kad kredit!

Sebab apa?
Hutang kad kredit ni, kita rasa macam komitment kecik
TAPI... sebenarnya, ia adalah racun kewangan yang sangat berbisa!


Ni saya nak share berdasarkan pengalaman saya sendiri
Saya mula apply kad kredit masa saya nak ke Stutguart, Germany dalam tahun 2005
Masa tu, sebab orang cakap senang nak berurusan kat luar negara
Walaupun, ikutkan takder keperluan pun untuk saya apply
Semua kos ditanggung syarikat Open Source Systems Sdn Bhd dan Unisel


So, saya cuma kena bawak duit untuk makan kudap-kudap dan shopping jer
Alah, masa tu nak shopping apa pun kan hahahha
Makan minum pun, syarikat yang kat Germany tu yang dok belanja hari-hari
Memang, bawak duit semata untuk shopping jer pun
Eleh, shopping pun cuma saya beli mug dan choc jer untuk kawan-kawan
Saya sendiri, mana makan choc.
Tak luak mana pun duit selama 10 hari kat sana

Dah tu, kenapa nak gatal apply credit card bagai, kan?
Itulah... takder ilmu, pastu terpengaruh dengan cakap orang.

Masa tu, gaji baru dalam 2k+-, lupa dah
Gaji memang tak besar.
Saya guna Credit Card Maybank
(Master, Visa, American Express)
Credit limit cuma 5k jer hahaha.
Dah gaji ko ciput kan, 5k jer la layak pun.

Then, lama-lama... dapat la credit limit naik ke 7K
Sampailah sekarang.
Saya tak potong terus credit card ni
Cuma, masa masih kerja lagi saya dah combined 3 kad jadi 1
Guna Visa ajer. Senang guna 1 kad jer.

So, bila dah ada kredit kad tu kan
Berangan la macam bagus jer swipe hahahhaa
Kekadang nizam ada jugak guna untuk isi minyak
Sebab masa kitorang dok Shah Alam dulu
Nizam hari-hari berulang-alik dari Shah Alam - Bangsar
Memang banyak sangat cost untuk minyak kereta dan tol
Nak taknak, kenalah jugak bagi guna sekali sekala

Saya pulak, pernah kuarkan 2k fast cash
Wah... masa tu memang bab financial planning ni hancur
Guna duit ntah untuk apa-apa
Sampailah pernah paling tinggi hutang kad kredit jejak 6k!

Masa tu, baru rasa menyesal gila!
Dah la dok bayar minimun payment jer tetiap bulan
Ko rhase? Bila tahun nak abes tu?
Tak pernah miss bayar pun, rasa tak gerak pun baki hutang tu
Yelah, kredit kad maybank ni interest tinggi!

Bila dah berenti keje, hutang kredit kat saya masih ada
Tak ingat la berapa, tapi ribu2 jugak laaaa
Then, saya terus jer bayar.
Kadang bayar lebih dari minimum payment, kadang bayar min jer
Ikut kemampuan bulan-bulan tu la

Lepas tu, tahun lepas
Lebih kurang dalam bulan Ogos 2015 macam tu
Saya dah takleh tahan dah, tak sanggup nak hadap
Bayar tiap-tiap bulan, tapi rasa tak gerak-gerak jugak!
Tapi, masa ni, hutang dah tak banyak dah
Dah less dari 3k (tak ingat)

Masa tu, lepas raya puasa, saya start bisnes shawl 2 muka byJaja Kalam
Tapi masa ni, duit bisnes tak seberapa
Sebab saya banyak guna untuk rolling modal ambik stok
Pastu kebetulan mak saya pulak sakit
Sebulan lebih kat Hospital Kuala Terengganu
Walaupun saya cuma dapat balik sekali jer masa tu
Tapi, banyak duit saya alirkan untuk mak dan adik beradik
Duit memang macam air terjun mengalir huhuuuu.

Masa ni, saya tak start lagi bisnes De'Xandra Perfume
Tapi, saya memang dah nekad
By Disember 2016, saya nak setelkan hutang credit card
0 Credit Card Debt!

Then, Oktober 2016, saya start bisnes De'Xandra Perfume as Dropshipper
Masa ni la saya start pulun buat sales
Dapat jer untung, saya bayarrrrr jer credit card
Masa ni, memang gila-gila la fokus bayar hutang hahaha
Sampai tahap nizam cakap, saya berkira bab duit hahaha
Duit bisnes masyuk, tapi sayang nak guna

I ada matlamat hokey hahaha

Alhamdulillah, sebelum 31 Disember 2015
Saya dapat setelkan hutang credit card saya!
Perasaan tu?
Ya Allah! Released gilaa wehhhhh!
Rasa macam dah memang PRU sebagai PM *eh tetiber hahaha

Ye lah... bertahun-tahun saya dok tanggung biawak hidup
Tetiber saya dapat campakkan biawak tu masuk sungai hahha
Wah! Dasat contoh tu, berani ke pegang biawak hahahha.

Saya tak potong terus kredit kad tu
Sebab saya dah tak kerja, so kot ada terdesak nak guna
Atau, mungkin kalau nak bercuti bila online booking hotel
Lebih senang guna kredit kad atau debit kad
Saya prefer guna kredit kad masa booking
Bila dah sampai hotel, saya bayar guna debit card atau cash
Sebab pernah try booking hotel guna debit card
Rasa macam ehhh renyahnya. 
Guna credit card lagi senang *kes malas nak isi-isi online form la ni

Tapi kalau guna credit card pun
Balik tu, atau sebelum bulan depannya
Saya akan bayar full terus. Memang tak berhutang langsung dah

Saya memang tekad. 
Selagi tak terdesak gila-gila tahap nak abes nyawa
Saya tak nak dah ada hutang kredit kad

So, sesaper yang ada hutang kredit kad tu
Next entry saya akan share tips nak disiplinkan diri membayarnya

Sebab saya tau dan pernah lalui
Betapa seksanya ada hutang kredit kad ni
Itu baru 1 kad, yang hutangnya kurang dari 7k
Rasanya dalam 3k jer masa ni

Macam mana yang ada beberapa kad
Pastu, semuanya kredit limit sampai belas-belas ribu
NANGESS!

Next entry saya share, InsyaAllah

Wednesday, December 14, 2016

December 14, 2016

100 Impian Dania 2017

Nak cerita pasal Dania
Maka gigih la carik gambar throwback dengan dania
It was on 5th January 2011
Pegi Genting Highlands sambut besday ku
Masa ni tengah sarat peknan Hariz

Dania umur 5 tahun masa ni.
Tunjuk gambar tang tepi jer. Ahaks!

Semalam, sembang-sembang dengan Dania dalam bilik
Sambil meneman dia dan Hariz melukis dan main gunting kertas

Saya bagitau Dania.

Nanti kita pergi kedai buku, mama belikan Dania Planner 2017
Dia tanya planner tu apa mama?

Saya cakap, planner tu macam diary la
So, nanti Dania boleh tulis apa dania nak

Pastu, mama nak ajar dania tulis 100 Impian Dania 2017

100?

Ha'ah 100..
Okey, 50 sudaaaaa.

Contoh impian dania nak tulis ialah:
* Nak solat penuh 5 waktu 
* Nak mengaji dan baca terjemahan Al-Quran 1 m/s setiap hari
* Nak basuh kasut sendiri, takmau susahkan mama dah
* Nak dapat No 1 - 5 dalam kelas

Ikut dania la nak tulis apa pun

Okey... kalau macam tu dania nak tulis
"Dania nak beli handphone"

Iskkk... sabor jer la
Saya ni bukan taknak atau tak mampu belikan
Tapi sebolehnya taknak la dia ada handphone dan internet
Risau sangat

Tapi, petang semalam 
Dia dan Nek Jah dok gigih kira duit syiling
Nak tukar kat kedai, nak beli handphone
Dapat la jugak dalam RM300+

Tu tak menyabo tunggu papa dia balik outstation
Nak ajak pegi beli handphone

Hiskkk susah hati la kalau anak ada hanphone dan internet
Macam-macam hal boleh jadi
Nak pantau?

Hmmmm... setakat mana nak pantau
Sebab saya ni, garang dan tegas level hot-hot ciken shit jer

Kena diskas ngan papa dia dulu
Mungkin bagi guna ikut jam jer berapa jam sehari

Akan dipertimbangkan.
Sebab saya pun rimas dia dok menumpang guna hp saya
Dengan WA group sekolah la, budak setaman la
Haiyoo... tu penyumbang data internetku cepat abes jugak

Tak pun.
Tinggg... dapat idea
Apa kata hp mama ni bagi dania
Mintak papa dania belikan hp baru untuk mama dania ni
Hahhaha, hadiah besday katernya :)

Berangannnn.
Nizam pun pakai hp dah nak rosak-rosak dah
Jangan ko mimpi ler ayu hehehhehehe.

Tuesday, December 13, 2016

December 13, 2016

Bila Data Internet Dah Cecah Kuota

Nak upload gambar kat blog alahai, lambatnya lepas
Dah la tengah semangat update private blog
Yelah, mulai bulan Februari tahun depan,
Rutin harianku akan totally berubah, InsyaAllah
Jadi, mana benda yang nak kena buat tu
Kenalah setel cecepat.

Risau sangat takut laptop problem lagi ke
Kang hilang lagi gambar. sedehhhh!

Tapi tu la masalah negaraku sekarang
Data internet dah cecah limit
Tunggu la melangut 18hb baru data renew

Dah la hp pun guna data plan yang sama
Saya guna Celcom Porta Wifi
Tunggu nizam balik outstation
Nak tukar plan telepon + internet macam dia jugaklah
Jimat duit, takyah dah topup prepaid tepon untuk call

Bila internet dah slow ni
Whatsapp pun jadi susah sangat
Dah la YES Dexandra dah start 10/12 kelmarin
Kadang lambat nau wa masuk
Kalau tang photo tu takper la
Sebab memang dah setting photos taknak terus download
Sebelum ni tak setting, sekejap jer data jadi slow dan abes limit
Nizam suh setting, baru buat hahaha
Baru la gambar-gambar penting ajer saya klik download

Tu la salah satu sebab saya tak suka berada dalam wa group
Untuk yang betul-betul perlu ajer saya akan dok dalam tu
Itu pun, kadang2 jer baca
Kalau dah beratus msg, saya Clear Chat terus
Takder masa la nak baca, takat sembang-sembang biasa
Banyak lagi hal lain nak kena buat dan fikir
Sekali-sekala layan la jugak WA group
Tapi kalau terlampau menceceh, hmmmm tak dapat la



Bila dah YES Dexandra ni
Seronok sangat berbisnes
Sebab dapat bagi peluang untuk semua orang beli dengan harga lebih murah
Memang berbaloi-baloi sangat

Ramai yang ambik peluang nak cuba dan tambah koleksi
Mana taknya, dengan RM300 dah boleh dapat 6 botol!

Ohoiii... gila tak meroyan membeli orang-orang yang gila perfume ni
Saya pun tumpang sama tambah koleksi 
Walaupun agent sama jer rega... sobbb sobbb

Untung sangat Dropshipper dan Customer
Sebab korang dapat harga yang berbaloi dengan YES De'Xandra ni

Dan saya rasa gembira sangat
Sebab masa YES Dexandra ni la jugak
Para Dropshipper dapat pulun buat sales
Hari pertama YES De'Xandra
Droshipper saya ada yang dapat buat sales up to 18 botol!
Banyak tuuuuu!

Seronok dapat kongsi rezeki
Saya cakap kat dia
"Rezeki anak kembo dia, boleh la buat belanja nak bukak sekolah"

Semoga melimpah ruahlah rezeki kita semua
Terutamanya menjelang nak bukak sekolah ni kan
Macam-macam nak beli dan bayar
Kalau gaji takat tu jer tak naik-naik
Atau bonus pun tak cukup, atau tak dapat langsung
Kita cubalah carik side income
Dapat RM500 dah okey aper, daripada takder langsung
Sesambil dok berfesbuking tak dapat apa-apa
Apa kata buat bisnes

Hmmm... tetiber termasuk cerita aka iklan pasal YES Dexandra dan bisnes
Haiii... kalaulah otak asik dok pikir pasal bisnes jer kan?
Macam ni la hihiiii.



Okey korang, nak beli De'Xandra perfume sempena YES Dexandra 2016?
Ni dia saya bagi lagi info untuk korang
Jangan muntah tau... hihihiii

Jangan sesegan nak WA tau
Ayu Rashid
013 - 255 0727



Monday, December 12, 2016

December 12, 2016

Update Kala Orang Sedang Bercuti Panjang!

Assalamualaikum.

Bercuti sakan yer. Long weekend untuk orang Selangor
Direct cuti 4 hari.
Sana-sini jalan jammed eh.
Seronoknya lahai dapat cuti-cuti mesia.

Kitorang dok rumah jer huhuuu
Nizam kerja. Tak tau bila siap kerjanya
Time cuti ni pulak la ada kerja memanjang.

Nek Jah & adik saya ada kat sini
Lagi lah takleh ke mana-mana
If not, ada peluang jer, mau ikut Nizam outstation.
Tapi nak buat camner kan. huhuuu.

Kesian. Semua kutu-kutu dah mati kebosanan dah
Takleh ke mana-mana. Bosan giler!

Takpelah, nanti Nizam dah abes keja, kita balas dendam
Ewah! Balas dendam nak ke manalah sangat kan
Cuti sekolah dah separuh dah.
Mana nak pegi.
Daripada balik Keratong, baik dok umah sendiri lagi bebas hehe
Biarlah walaupun tahap keliling dalam umah jer hehe

Throwback gambar masa ke Cameron Highlands on December 2010
Masa ni tengah sarat pregnant Hariz.
Ikut Nizam outsation. Wah rindunya zaman anak tak sekolah lagi.
Bebas nak ke mana saja.
Ni cuti sekolah pun melangut ajer!

Lupakan pasal cuti sekolah yang tak disangka sebegini bosan.
Lately ni, Hariz cranky sangat
Mengada giler sejak Nek Jah & Ayah Su dia ada
Geram dan naik stress rasanya

Sikit-sikit nak nangis dan buat-buat nanges!
Dah la suara kuat. Bergegar sampai ke tingkat atas

Haduih... sabar jer lah
Tak sabar nak tunggu bukak sekolah hahaha
Biar dia bizi dengan sekolah dan lebih berdikari
Makin lama cuti kang, makin mengada pulak
Feeling baby sangat pulak dia

Hmmm... mungkin dia pun bosan terperap jer

Okeylah sekian bebelan di pagi minggu
Kala semua orang sedang bercuti panjang.



Year End Sale (YES) De'Xandra sedang berlangsung. 
Jangan lupa dapatkan perfume Dexandra dengan harga jatuh tergolek!

Whatsapp:
013 - 255 0727

Saturday, December 10, 2016

December 10, 2016

Dexandra Year End Sale (YES) 2016

Dexandra Year End Sale (YES 2016)

10/12/2016 - 10/1/2017



BEST KAN?

Beli sebotol jimat RM10
Beli 2 botol jimat RM30
Beli 3 botol jimat RM45


Ayu Rashid
013 - 255 0727
(Whatsapp Only)

*harga tidak termasuk postage

Friday, December 9, 2016

December 09, 2016

Blog dan Bisnes Online

Berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai PEMBACA blog, saya lebih suka jadi PELANGGAN dengan BLOGGER yang saya suka "melepak" baca blog beliau.

Saya suka tengok gambar dia dan keluarga... baca celoteh dan sharing dia... jika ada tips pun saya suka baca. Hari-hari, mesti nak stalk their blog. Hehehe. Daily dossage gitew!

Lama-lama... apa dia JUAL saya akan terjebak untuk beli. Haishhhh.

Image result for blog
Image: Google

Nak tau tak... itulah salah satu kelebihan blogger berbisnes. Dia bina TRIBE melalui penulisan di blog dan sekaligus bisnes dia pun jalannnnnnn.

Sebab tu as a blogger yang buat bisnes... sikittttt pun mesti kena tonjolkan diri to gain trust. Tapi biarlah berpada-pada sharing tu, takyah la melampau-lampau nak share hal personal kan. Zaman skang ni, keselamatan nak kena jaga. Kehidupan umpama dalam rumah kaca. Very transparent, pandai-pandai la nak kaver kan.

Tau tak... yang selalu WA saya nak beli produk/join bisnes adalah daripada silent reader. Ikutkan, kat blog saya ni, ciputtt jer orang komen. Itu entry yang ada komen, tapi melambaknya entries takder komen langsung hahaha. Takpelah sebab saya pun tak komen kat blog orang kan. So, what u give, u get back la. 

Saya selalu tanya orang yang whatsapp saya nak beli produk/nak join bisnes, mereka dapat contact saya dari mana, samada blog, fesbuk atau instagram. Between, saya tak aktif di instagram. Tak minat dan instagram kuat makan data hehehe. 

Sebab tu la, saya rekemen sangat kat korang yang nak buat bisnes, tak kira la bisnes apa sekali pun, korang buatlah blog. Buat dan aktif update entry. Bukan ada blog yang berpenunggu hehehhe. Memang la rasa tak sempat nak update, takder idea, yadaaa yaddaaa pelbagai alasan sentiasa logik akan keluar kan, tapi untuk long term... blog memang membantu kita yang berbisnes online sebagai medium pemasaran yang Free Cost Marketing.

Ni saya share based on pengalaman tau. Walaupun saya cuma blogger picisan hehee, alhamdulillah, banyak dah Allah hantarkan pelanggan buat saya melalui blog. Semuanya dengan izin Allah. Kita kena usaha ajer.


P/S: 
Saya terima upah buat blog. Tapi simple jer la, ala-ala blog saya ni haa. Kalau nak yang kebabomm lip-lapp-lippp-lappp anak mami, saya tak reti sebab saya malas nak godek-godek hahaha. Saya suka yang simple ajer. Less is more katernya. Kalau nak yang simple macam blog saya, boleh la saya buatkan. Upah cuma RM100 (termasuk header).

Boleh WA: 013 - 255 0727

Thursday, December 8, 2016

December 08, 2016

Bagaimana Jana RM2000 sebulan dengan Bisnes Online?

Credit to Sifoo Faisal Abdullah


Macam ni lah jugak leoih kurang konsep bisnes Dexandra Perfume
Semua orang boleh buat secara online
Nak offline pun boleh, terpulang pada keselesaan masing-masing

Buat target yang achiveable
Sertai dengan pelan tindakan dan bertindak

Jika orang lain boleh, kita juga pasti boleh
Cuma nak ngan taknak jer kan?

So, saper nak jana RM2000 sebulan dari bisnes online 
Dengan jual De'Xandra Perfume sebagai Dropship, 
Anda boleh hubungi saya


Btau awal-awal
Commitment fees = RM150

Kalau benar-benar nak bisnes,
Anda kena usahakan RM150 dulu sebagai modal permulaan
Sebab, jujur saya cakap, 
Saya penat nak layan orang yang nak bisnes
Tapi taknak usaha kuarkan modal langsung.

Terpaksa terus terang untuk jimatkan masa saya dan masa anda juga.
Nak berjaya kena berkorban dulu

Sorry jika rasa saya terlalu strict
Saya nak dropshipper yang benar-benar nak bisnes dan nak berjaya
Bukan setakat suka-suka jer 
Atau join bisnes sebab nak beli dengan harga dropship.

Saya nak yang berkualiti untuk 2017 ni
Bukan kuantiti :)


Jika anda rasa anda nak sangat-sangat
Pls dont hesitate to contact me:
Ayu Rashid

013 - 255 0727

Wednesday, December 7, 2016

December 07, 2016

Penat tak kerja dari rumah?

Uiksss... dah namanya 'kerja', bukan jadi 'mem' besor
Maunya tak penat fizikal dan mental!

Bukak jer mata, berderet kerja rumah nak kena buat
In between tu, kena jugak belek-belek handphone check wa dan order
Penat... memang penat!

Kalau mampu, lama dah upah bibik sorang.
Ewah! Mampu keeee?
Ke nak kena cercaan 7 keturunan?
Bisnes tak seberapa, nak ber-bibik bagai kan?
Berangan... kan berangan tak perlu bayar.


Terapi paling mudah!

Penat ke tak kerja dari rumah ni sebenarnya subjektif
Bergantung pada situasi harian
Ni based on pengalaman saya la

Bila suami outstation, penatnya lain
Bila suami kerja balik hari-hari, penatnya lain
Bila anak sekolah, penatnya lain
Bila anak cuti sekolah penatnya lain
Bila weekday, penatnya lain
Bila weekend penatnya lain
Bila balik kampung atau jejalan, penatnya juga lain
Bila ada orang datang rumah penatnya lain

Sebab apa lain-lain tu?

Sebabnya jadual kerja akan berubah-ubah ikut situasi
Kalau dalam kerja, kita panggil Beban Tugas
Haaa, kerja sendiri dari rumah pun camtu jugak la lebih kurang

Contoh, macam bila mak dan adik saya datang sini
Hari-hari kena masak!
Malam dah pikir dah, esok nak bekfes apa, nak lunch apa
Jika biasanya kami ajer kat umah, selalu beli jer jika nizam ada kat umah
Tapi, kalau dah ramai ni, matik ler hari-hari nak beli kan

Pastu, mana nak kemas dapur, kemas ruang tamu, kemas bilik
Memang penat yang sangattt penat
Saya tak boleh dok dalam keadaan bersepah
Lagi tensen!
Nak taknak, hari-hari kena mengemas jugak


Jadual kerja dalam urusan bisnes pun lari
Sebab biasa pagi saya dah boleh fokus dengan kerja kat SOHO
Tapi, semua tu dah lari sangat jadualnya
Bila dah siap bekfes, kemas umah, sidai kain segala
Dah pukul 9am lebih.
Badan pun dah letih, dan kena standby untuk masak lunch pulak

Dah lepas lunch, tunggu solat zuhur terus
Huhaa huhaaa.... dah pukul 2pm
Masa ni, badan pun rasa dah lunyai dah
Rasa nak baring jer dalam bilik dalam sejuknya ekon dan kipas

Yes, serius penat

Sebab bila kita dah duduk kat rumah
Kita susah sangat nak ignored apa yang berlaku kat umah
Contoh: Hariz melalak-lalak sebab bergaduh ngan Dania
Eiii, saya memang takleh bising-bising, serabut!
Tu dah kacau emosi. Memang hilang mood

Bila kita kerja kat opis, kita dapat fokus dengan kerja
Walaupun tak semestinya kita dapat buat kerja macam kita nak
Tapi perasaan tu lain
Bila kerja dari rumah ni, mental kena kuat
Kalau tak kuat pun, kena buat-buat kuat 

So, kalau sesaper rasa nak resign sebab penat kerja
Dan nak kerja dari rumah sebab dimomokkan kerja dari rumah tak penat
Fikirkan dulu...
Ambik dulu cuti tanpa gaji ke beberapa bulan
Cuba dulu 

In fact, feel cuti tanpa gaji untuk merasa kerja dari rumah ok ke tak
Takkan sama dengan resign dan kerja dari rumah

Saya bercerita based on pengalaman saya
Bukan nak menakutkan

Sebab, kita banyak disogokkan dengan bestnya kerja dari rumah
Tapi, ramai yang tak tahu, disebalik best tu, adaaaaa jugak yang tak best
Between, manada semua benda best kan?
Even kita kerja makan gaji pun ada yang best dan ada yang tak best

Cuma korang kena percaya apa yang paling best kerja dari rumah ialah:
"kita takder boss yang nak arah-arahkan kita!"
Kitalah boss, kitalah kuli
Agak-agak ko merasa menyampah dengan 'boss' ko tu
Maknanya... ko menyampah ngan saper la tuh?
Hahhaha... ko menyampah dengan diri sendiri okeyyy!

Okey, sekian bebelan dari seorang WAHM yang merasa sangat penat
Nak bercuti ke mana-mana tak bleyyy daaaa.
I is tensen!


Tuesday, December 6, 2016

December 06, 2016

Peluang dan 'Perlu Wang'

"Setiap perniagaan ada risikonya. Jika tak berani ambil peluang pertama atau yang berikutnya, kita akan miskin selama-lamanya" ~ Jutawan Malaysia Robert Kuok



Ramai sebenarnya 'perlu wang' sekarang ini.
Tak lama lagi dah nak naik sekolah sesi 2017
Belanja besar untuk keluarga yang besar
Yuran sekolah, baju sekolah dan sebagainya.

Adakah kita cuma tengok peluang depan mata;
Sedangkan 'perlu wang' untuk selesaikan banyak masalah kewangan.

Tanya diri sendiri.

Monday, December 5, 2016

December 05, 2016

"Bonus Berapa Bulan Dapat?"

Tu soalan cepu cemas bila masuk bulan Disember kan?
Tak kira la bagi orang bekerja atau isteri yang dok umah cam saya
Mesti nak tau laki dapat bonus berapa bulan hahaha.

Eh, ada jugak tau mak bapak yang dah sebuk risik
Anak-menantu dapat bonus berapa bulan tahun ni
Amboi... gelojoss tau uols ni hahaha.

Kot yer pun, kasik la anak-menantu-cucu merasa dulu
YES kan bersepah-sepah bila hujung tahun ni
Pastu, mana lagi nak pikir nak beli kelengkapan masuk sekolah tahun depan
Tak pun, nak bayar hutang-hutang lapuk yang bertingkek-tingkek tu kan!

Hmmm... macam tu la kehidupan zaman skang ni
Setiap hujung tahun atau masa nak raya
Kita akan pikir pasal BONUS.

Tak semua orang ada rezeki merasa bonus
Kalau tak dapat sebulan gaji, separuh bulan gaji pun dah syukur sangat kan?


TNB pun senyap jer lagi nih
Apa citer la bonus tahun ni hehehhee
Kot la dapat menumpang guna sikit-sikit pun jadik ler.
Gitew! Tinggi menggunung harapan nampak gayanya :)


Saya ni kan dah 6 tahun tak kerja
Walaupun masa kerja dulu bukan setiap tahun pun dapat bonus
Ntah, tak ingat pun berapa kali jer merasa dapat bonus

Tapi, bila bisnes sendiri, saya cuba 'bagi bonus' untuk diri sendiri
Tiap-tiap bulan uols.
Haaa, ketamakan tak disitu?

Tak kesah la berapa ratus pun, mesti nak jugak
Tak semestinya ribu-ribuan bonus nak bagi kat diri sendiri
Tu sekadar reward jer untuk kerja keras saya
Amboi, keras la sangat kerjanya tu hahaha

Sebab tu, saya akan buat list apa saya nak beli
Takder la saya beli barang mahal-mahal
Kadang beli eBook atau buku pun reward untuk diri sendiri aper?
Takkan la asik nak menyoping ajer kan.
Zaman gawat ni, kenalah berhemah  *cam bagus jer aku ni haha

Macam saya punya wishlist by December 2016
Saya nak ada sekian-sekian banyak saving
Alhamdulillah, by November saya dah achieved lebih dari target

Memang feel tu rasa best giler!
Zaman kerja dulu saya tak pernah dapat macam saya bisnes
Bisnes-bisnes sebelum ni pun saya tak dapat camnie
Itu silap saya jugak
Belum ada kesedaran untuk buat saving dan berbelanja dengan berhemah 

Tapi once saya dah sedor diri dan insoffff
Saya memang konsisten buat saving dan rekod kewangan
Nizam cakap berkira betul 
Yelah, kalau dari dulu saya berkira, saya dah buat down payment beli umah.
Nyesal tau dulu-dulu lagi tak beria jaga kewangan

Sebab tu la
Bila dalam bisnes walaupun kecil-kecilan dari rumah
Kena ada rekod transaksi kewangan
Daily yer... mesti ada
Baru kita nampak duit kita masuk vs kuar banyak mana
Dari situ, kita ada semangat nak setelkan hutang, buat saving, etc

Sejak saya bisnes De'Xandra
Saya dah takder hutang kredit card
Skang saya cuma ada hutang PTPTN jer hahaha
Itu memang nak kena pulun bayar bebetul
Biar cepat setel, sakit kepala pikir.

So, bila orang ingat bini-bini yang dok rumah ni takder BONUS
Just because kita tak kerja
Kita sendiri jer tau, macam mana kita nak 'create' bonus untuk diri kita
Takyah tunggu setahun sekali nak dapat bonus
Tiap-tiap bulan kita boleh dapat bonus :P

Gembira kan?
Cuma nak pesan laaa
Kalau suami uols dapat bonus, silalah mengendeng hahahha
Rezeki jangan ditolakkkkkk! Hahahha!


Sunday, December 4, 2016

Pindah SOHO - Part 2

Macam gini jer pun rupa paras SOHO di bilik baru ni
Ikutkan, jika bebetul nak setup SOHO  atau mini library atau study room
Bilik ni  palingggg sesuai antara ketiga-tiga bilik
Sebab ni bilik paling kecik



Cuma masalah takder ekon dan kipas siling jer la
Kalau rumah sendiri, takpe la beria pasang segala kan
Ni rumah sewa, alahai
Cost tu nak pasang dan bukak semula jika pindah

Since bilik ni kecik, barang pun takleh banyak
Absolutely kena minimun-kan barang dan simple ajer

Tapi, saya suka kaler bilik ni
Putih dan feature wall kaler pink lembuttt sangat
So nampak lapang, tenang dan soft jer

Dan... dipersembahkan tempat saya bertapa meraih rezeki dari rumah :)
Terima kasih Allah untuk peluang ini
Santai-santai goyang kaki dapat duit berkepuk


Less is more
Kalau boleh taknak pun letak drawer dan meja bulat tu
Tapi, dah takder tempat lain dah nak letak huhu
Bolehla dijadikan tempat letak kipas, printer dan magazine



 Wahai kipas hikmah, tolonglah bantu aku sejukkan badan, laptop dan bilik ini dengan semaksimum mungkin tahap kesejukannya"



Atas meja, kena sentiasa kemas. Saya takleh buat kerja dalam keadaan berselerak
Jiwa kacau nanti



Bilalah nak beli kerusi yang lebih proper dan selesa
Asyik lupa jer. Hmmm mungkin konsep selagi boleh guna, silalah guna :)



Tempat anak-anak menyebuk sama time mama buat kerja
Hariz suka baring atas karpet, melukis dan menconteng
Pastu setiap seminit panggil mama suruh tengok dan puji apa dia buat
Sabor jer laaa!




See, my daun ketapang brazil hhehhee
Harap dapatla pokok ni bantu pengudaraaan yang baik dan sihat untuk bilik ni



Daun dah 4 helai gugur
Caner ni uols?
Baru 3 minggu kot beli hahahhaa



Inspirasi deko-deko



Bilik ni saya letak roman blind sekeping
Ni, saya bukak basuh, so tinggal langsir jer


Macam ni la SOHO saya yang latest
Tak tau la bertahan sampai bila, 
Nanti rasanya angkut semula masuk bilik dania tu hahaa.
Panas boleh tahan laaa huhuhu

Tapi sementara mak dan adik ada ni, bertabahla 
Waktu pagi, saya masuk sini lagi
Bila nak buat kerja petang atau malam
Saya angkut laptop bawak masuk master bedroom

Boleh buat kerja sambil bersila atau bergolek atas katil
Menyambil tengok tv sesama ngan nizam
Anak-anak, mak dan adik biasa tengok tv kat bawah

On ekon dalam bilik, pasang kipas siling, tutup langsir bergelap
Heaven!

Kang kerja ke mana, aku membuta tak hingat dunia hahhaa

Hmmmm... macam ni la kerja dari rumah macam saya 
Sederhana jer style saya, takder beria pun
Malas nak stress-stress
InsyaAllah rezeki Allah sentiasa ada

Okey, jumpa lagi... daaaaaaaa!