Thursday, January 28, 2016

10 Terapi Wanita Bekerja Di Rumah

Teks: Rahayu Rashid
Image: Rahayu Rashid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apabila seorang wanita memutuskan untuk bekerja dari rumah, ini bermaksud mereka rela melepaskan kehidupan 'bersosial' mereka dengan kawan-kawan dan dunia luar. Jangan takut, saya bukan bermaksud kita akan menjadi katak di bawah tempurung. Tetapi, sedikit sebanyak kita telah menghadkan aktiviti sosial kita berbanding kita bekerja diluar di mana setiap hari kita akan dikelilingi majikan, rakan sepejabat dan orang awam atau pelanggan yang berurusan dengan kita.


Dunia kita kini: rumah, suami, anak-anak dan keluarga saja!


Jangan susah hati atau rasa oh bosannya hidup aku nanti. Macam mana ni, nanti dah tak tau perkembangan luar. Ini dah mengalahkan katak bawah tempurung hehe. Takder la sampai macam tu sekali. 


Bukankah dah ada pelbagai jenis media social. Kita masih boleh berhubung dengan kawan-kawan dan dunia luar kan? Malah bila dah sampai satu tahap umur, kita rasa lebih selesa dan nikmatnya berada di rumah saja. Memang adakalanya kita akan rasa bosan, tapi jangan risau ada caranya nak tangani perasaan itu yang sebenarnya datang 'bermusim' saja iaitu mungkin masa kita sedang stress, terlalu penat, demotivate dan perlukan sekeping kek coklat di Secret Recipe (saya la tuuuuu).



Antara terapi seorang ibu bekerja di rumah yang boleh dilakukan dengan kos yang jimat atau mungkin tak keluarkan kos pun ialah:

1. Membaca buku 
2. Membaca atau membelek majalah mengikut minat 
3. Menonton filem di vcd atau astro first
4. Menonton kartun bersama anak-anak! *Upin Ipin juga menghibukan yer heheh
5. Menanam pokok bunga 
6. Ubah dekorasi dalam rumah
7. Mengemas rumah sampai berkilat!
8. Ajak suami dan anak-anak ke taman
9. Makan diluar tempat mahal sket
10. Online shopping yeay!


Rumah bersih, hati pun gumbira :)


Mudah kan? Sekali sekala kena reward diri sendiri. Kita jadi WAHM atau ibu bekerja di rumah layak untuk dapat semua kegembiraan dan dapat apa kita nak selagi ia mampu milik dan mampu kita lakukan. 

InsyaAllah, dah released tension kita akan lebih bersemangat bekerja dan menguruskna rumahtangga. Semoga tips ini bermanfaat untuk kita bersama, InsyaAllah.

Wednesday, January 27, 2016

Terapi Wangian untuk Meredakan Stress

Assalamualaikum.

Ada tak dalam satu hari, kita tak pernah sikit pun rasa stress?
Wah, bestnya kan kalau at least satu  hari,
Dan kalau boleh nak jer setiap hari hidup kita langsung takder stress.

Erk! Tapi bila dah dewasa ni... rasanya sukar untuk kita elakkan stress.

Antara punca stress yang sering kita lalui ialah:

Sumber

Kalau 1 pun kita rasa macam beban yang menghempap bahu.
Apalagi kalau 4, 5, 10 jenis stress yang kita hadapi.

Tapi, kita kena bijak tangani stress.
Seperti Prof Muhaya selalu cakap:
"Fikir positif dan kita mampu kawal minda kita".
Minda bawah sedar mempengaruhi luaran dan dalaman kita.

Bila kita dalam keadaan positif.
InsyaAllah, dengan memohon dan berserah kepadanya
Kita dapat pelbagai ilham, cara penyelesaian, dan dapat berfikir dengan waras.

Bukankah dalam Islam juga menyuruh kita:
Sabar dan Solat

InsyaAllah, pasti ada cahaya dihujung terowong yang gelap.



Tahukah anda...

Terapi wangian adalah salah satu cara berkesan untuk meredakan stress.

Ia mungkin bukan penyelesai masalah atau punca stress yang kita alami.
Tetapi, dengan semburan perfume, meletakkan wangian aroma terapi di dalam kereta, bilik, opis dan tempat kediaman.
Ia dapat membantu meredakan stress.

Cuba balik daripada bekerja.
Anda masuk saja ke dalam rumah, terus semburkan sedikit perfume kesukaan anda di udara atau dimana saja seperti sofa, bantal dan bunga artificial.

SUMBER

Nikmati bauannya sambil anda bersiap untuk masa berkualiti bersama keluarga :)

Anda tak percaya?
Silalah cuba dan nilailah sendiri.

P/S: Dapatkan Dexandra Perfume untuk lelaki dan wanita daripada saya. 
Hubungi:
Ayu Rashid: 013 - 255 0727

Tuesday, January 26, 2016

Kerja dari Rumah dan Pendidikan Anak-anak

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Dania dah darjah 4, Hariz dah masuk Tadika Pasti.
Rutin harian berubah. Ayu rasa lebih 'free'.
Pengurusan masa jugak lebih best. Ada masa untuk 'me time' yang berkualiti :)



Untuk revision Dania kat rumah, ayu taip semua subjek dan sub-topik.
Senang nak guna untuk reference masa revision, especially bila nak exam.

Each subjects untuk sekolah kebangsaan ayu akan taip.
Cuma untuk subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam jer ayu photostat.
Lebih senang nak refer guna yang photostat untuk both subjects.
Biar dania sentiasa baca dalam tulisan jawi dan arab.

Setiap kali nk revision, 
Ayu akan suh dania keluarkan rekod list subjects ni.
Kami akan tick satu persatu yang dah blaja.
Selagi dia tak paham atau tak lancar lagi sub-topics tu,
Itu  yang akan diulang baca dan buat latihan.

Alhamdulillah, cara ni berkesan sejak ayu buat 2 tahun lepas.

Ayu bab anak belajar takder la strict.
Pandai-pandai dialah jugak hahahah, taknak pressure dia.
Baru darjah 4 kot... ayu dulu pun belajar memain jer hehee.
Dania pun jenis takder la rajin sangat belajar.
Tapi bila dia ulangkaji dengan ayu, silalah fokus.
Memang anytime mama dia akan bertukar jadi resaksa gorgon!


Okey, uols ibu bapa boleh gunakan cara ni juga.
Semoga sharing ini bermanfaat, InsyaAllah

Monday, January 25, 2016

Iklan Properties di Facebook

Assalamualaikum.


Saya suka cuci mata tengok sponsored posts iklan properties kat facebook.
Kebanyakan yang akan 'melintas' di wall saya ialah condo.
Memang wowww sangat dekonya walaupun most of it hanyalah 3D design.

Ni contohnya...
Lupa nama syarikat apa. Tak dapat nak credit.


Kombinasi warna yang sangat wow. 
Pink & putih tu memang dah biasa sangat. 
Tapi bila feature wall tu kaler coklat.
Terus rasa nampak rare sangat. Sukanya lahai.
Dah tunjuk gambar ni kat dania... dia kata dania tak suka kaler pink. 
Tapi yang macam ni dania suka.
"mama belikan la dania katil dan rak putih macam ni"

Adesss.... menyesal aku tunjuk hahhahhaa.

Okey... nanti saya share lagi gambar-gambar dari iklan property
Dan saya akan save siap2 supaya boleh credit to them. 

Sunday, January 24, 2016

De'Xandra Perfume| Open for Dropship

Sticky Post
Please scrool down for a normal post. 
TQ


Assalamualaikum

Jika anda sedang mencari peluang menjana pendapatan dengan modal minimum;
Anda boleh daftar sebagai Agent Dropship De'Xandra Perfume bersama team saya iaitu:
Oh Wanginya.



Bimbingan dan tips online bisnes akan diberikan.

Jangan lepaskan peluang menjana pendapatan dengan produk yang sedang menjadi buruan ramai ini. 

De'xandra Perfume adalah 'lubuk' yang baru saja diterokai.
Jadilah sebahagian daripada individu yang bijak mengambil peluang buat duit dengan wangian yang sedang menjadi fenomena ini.

Picture
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya:

Ayu Rashid
013 - 255 0727
(Whatsapp sahaja)

Thursday, January 14, 2016

Asal Usul Dato' Sri Vida

Semenjak dua menjak ni, nama dan kisah tentang Dato' Sri Vida "Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih" sedang viral dan sepanas Dilwale 2015 Jannam Jannam gitu. Ada yang suka, ada yang hentam. Biasalah... ada ajer yang tak kena di mata orang kan. Tapi, saya suka sangat dengan kisah Dato' Vida. Beliau adalah sumber inspirasi buat kaum wanita terutamanya yang berbisnes dan bermula dari bawah. 
Bukan senang nak senang, dan disebalik setiap kejayaan itu, mungkin dah 7 lautan airmata yang telah dititiskan. Jadi jangan judge seseorang yang dah berjaya itu mampu gapai kejayaan dengan mudah, dah berjaya menunjuk dan riak... tapi ambiklah daripada sudut positif iaitu untuk kita juga jadi kuat berusaha, sabar dan sentiasa bersandarkan kepada Allah dalam apa jua urusan kita. InsyaAllah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Amboi... ulasan lebih sudu dari kuah pulak... Ni saya nak share artikel mengenai Dato Sri Vida yang saya ambil daripada Facebook. Meh baca sebagai sumber inspirasi, banyak pengajaran kita boleh perolehi.
Wanita kelahiran Machang, Kelantan ini jujur mengakui dia lahir dalam keluarga berada sebelum menjadi anak yatim pada usia sembilan tahun kerana kematian bapa.
"Saya dan ibu hilang punca rezeki ketika itu secara tiba-tiba. Jadi bermula dari situ, saya mengenal apa itu bisnes. Asal yang boleh dapat wang saku, saya buat.


"Saya pernah jual nasi lemak orang, untung dapat 30 sen. Saya bersyukur sangat duit itu saya lama-lama kumpul dapat beli motosikal.
"Ini kerana saya selalu fikir sampai bila hendak sekolah naik bas ketika di sekolah menengah waktu itu," katanya yang bersemangat bercerita tentang kisah zaman persekolahannya.
Jelasnya, lebih menyedihkan apabila ibunya terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia.
Kata anak tunggal dalam keluarga itu, harga tanah itu dijual pada harga RM13,000 dan hari ini harga tanah itu melambung kepada RM150,000.
"Tapi baru tahun pertama saya sudah habis RM5,000. Bayar yuran, beli buku dan sara kos sara hidup. Jadi saya mula berfikir kena cari duit saku.
"Saya mula jual macam-macam kepada pensyarah dan kakitangan universiti. Saya bawa kain telekung, batik dan macam-macam barang lagi dari Kelantan.
"Pernah waktu cuti semester, saya pergi kerja kilang selain kerja sambilan di restoran segera, Kentucky Fried Chicken," katanya yang tidak malu untuk mencari duit bagi menampung kos pelajarannya.
Sebagai pemegang Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), Hasmiza turut tampil berkongsi pengalaman menjadi guru di sekolah Cina selama 12 tahun di Ipoh, Perak.
"Orang cakap kalau jadi cikgu tidak boleh meniaga, saya gelisah waktu itu. Saya memang boleh demam kalau tidak berniaga. Jadi tahun pertama jadi guru, saya sambung buat Sarjana dahulu sebelum meneruskan pengajian Doktor Falsafah secara jarak jauh," katanya rancak bercerita.
Seterusnya, akibat jiwanya memberontak mencuba karier yang lebih mencabar, Hasmiza memilih perniagaan salon sebagai destinasi kerjaya pilihan.
Dari situlah dia mula membuat pelbagai produk kecantikan bagi memenuhi keperluan pelanggan di salon bagi rawatan wajah.
Apatah lagi, ketika itu kira-kira 15 tahun yang lalu, gelombang produk kecantikan dari luar mendapat permintaan tinggi menyebabkan dia berani menghasilkan produk kecantikan sendiri secara kecilan.
Seterusnya, rezeki berpihak kepada dirinya apabila mula mengorak langkah panjang dalam kariernya dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK).
Mendapat wang tertunggak sebanyak RM500,000, dia memberani diri membeli iklan untuk mempromosi produknya itu.
Namun akhirnya akibat salah mengiklan, dia mengalami kerugian besar apabila produk langsung tidak mendapat sambutan.
"Rasanya sudah berjuta saya rugi akibat menaja dan buat iklan yang tidak menjadi. Sebab itu bila saya nak taja AJL29 dan Gegar Vaganza, saya sudah tekad, stesen tv kena ikut cara saya.
"Saya yang bagi idea semua sebab saya sudah belajar dari kesilapan lalu. Biasanya saya berdoa tidak kira waktu dan tempat sebanyak 20 kali sehari. Tapi waktu taja AJL29, saya berdoa lebih 50 kali. Saya reda dan tawakal.
"Dan Alhamdulillah, iklan saya menjadi dan jadi sebutan ramai. Permintaan dan jualan melonjak hari-hari sampai saya kehabisan stok dan terpaksa mengagihkan produk kepada stokis secara kuota," katanya serius.
Vida Beauty kini memiliki lebih 400 stokis di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura dengan menggajikan kakitangan seramai 130 orang.
Tujuh tahun lalu, bisnes Hasmiza melonjak tinggi gara-gara keberanian memperkenakan minuman kesihatan di bawah jenama Pamoga.
Produk yang menjadi fenomena itu membolehkan dia berubah sekelip mata menjadi jutawan sehingga mampu membina Wisma Vida Beauty yang tersergam indah dan mewah di bandar Ipoh.
Apabila ditanya hasil di sebalik semua kejayaan itu, wajah wanita yang nampak tegas namun peramah itu tiba-tiba menjadi sangat ceria.
Katanya, dia gembira dan bersyukur kerana dapat membantu masyarakat yang mengalami masalah kesihatan untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
"Sebanyak 98 peratus testimoni Pamoga kembali pulih seperti biasa dan yang buat saya gembira, apabila mereka dapat kembali bersolat dengan sempurna dan ada yang tidak perlu dijaga lagi oleh anak-anak setelah sakit sekian lama.
"Selain itu, saya juga mahu kejayaan di dunia dan akhirat. Berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan, itu yang lebih memberi kepuasan," katanya yang malu-malu bercerita tentang sekolah pondok miliknya selain kesanggupannya menaja beberapa rumah anak yatim dan sekolah tahfiz.
Emosi sedih Hamza semakin larut apabila diminta berkongsi kenangan pahit sepanjang 15 tahun bergelar usahawan berjaya.
Wanita ini berkata, kehidupannya bagaikan musnah apabila hilang dua anak yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat pada 5 Ogos 2013.
Lebih menyayat hati, dua anaknya Eddie Zuhdi, 11, dan Edrie Zikri, 10, pergi mengadap Ilahi pada 25 Ramadan, lima hari sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal.
Dua lagi anaknya, Edlin Zamilin dan Eric Zaquan yang kini berusia 10 dan lapan tahun menjadi penyeri hidupnya untuk mengusung sisa duka yang belum hilang ke hari ini.
Bercerita mengenai arwah dua puteranya itu, naluri keibuan wanita ini cukup terserlah.
"Dua arwah anak saya itu hendak sangat berjumpa malam lailatulqatur dan selalu doa nak masuk syurga tertinggi. Saya menangis 40 hari dan bertahlil di ruang tempat mereka tidur.
"Namun saya sudah ada isyarat sebelum kejadian itu kerana suka bermurung. Bila saya terima berita, saya cuma terdiam dan reda. Ada orang cakap ini saham untuk saya di akhirat nanti," katanya sayu.katanya sayu.
Di akhir wawancara ini, nada suara Hasmiza kembali serius apabila dia berkongsi pengalaman bergelar ibu tunggal.
Berkahwin kali ketiga pada Oktober tahun lalu, jelas ada gerimis yang bertandang di wajah wanita ini biarpun bibir sentiasa menguntum senyuman.
Kurang selesa bercerita hal peribadi, barangkali ramai yang tidak tahu Hasmiza bergelar ibu tunggal selama lapan tahun sebelum berkahwin kali kedua Januari tahun lalu.
Derita yang dia tidak tahu kepada siapa boleh diluahkan apabila diceraikan selepas tiga bulan mengecapi alam perkahwinan.
Barangkali air mata wanita ini sudah kering untuk ditangisi. Dia sudah puas menanggung derita sebelum berada di puncak pada hari.
Justeru, kata nista yang dilempar gara-gara menaja AJL29 langsung tidak meninggalkan kudis buat dirinya.
"Saya cuma berharap dapat memberi sumbangan yang cukup kepada mereka yang kurang bernasib baik.
"Kehilangan dua anak membuatkan saya hendak kaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Itulah yang saya perjuangkan hari ini dalam perniagaan," luahnya yang melengkapkan pandangan sebagai seorang wanita yang istimewa di mata saya. - MalaysiaGazette

Wednesday, January 13, 2016

Idea Deko| Pokok Hidup Kecil Dalam Rumah

Assalamualaikum.

Teringin sangat dalam rumah nak ada deko pokok bunga hidup comel-comel. Maka, kita google dulu amik mood berangan. Semua gambar ehsan Google Image.


Agak-agak mampu ke saya jaga pokok kaktus? Hahahhaha.







Ini tak letak atas para pun cantik!
Ayu dah ada 3 pokok ni, tanam macam ni la.
Cuma tak isi dalam pasu lawa lagi... nanti dah isi nak letak dalam rumah jugaklah. 





Haaa ngko... lawa tak hengat pulak pokok aloe vera tanam macam ni.
Arghh ni yang geram nak tiruvasi dan tambah koleksi pokok ni.
Okey, my next pokok yang akan dibeli :P



Aloe vera juga... ni makin geram nak beli nih.




Ini pun sesuatu sangat, macam rare gitu pokok dan pasunya. Lawa!



Saya ada pokok ni, beli masa baru pindah... hidup lagi tapi tak pernah berbunga hahaha.
Letak kat beranda luar jer. Pernah letak dalam rumah sekejap jer, pastu letak kat beranda dah tak bawak masuk rumah dah. Lawa la pulak tengok ni.


Sekian angan-angan untuk kali ini sambil menyejukkan mata tengok pokok-pokok cantik. 
Bye!



IKLAN SEBABAK:
Dropship De'xandra Perfume diperlukan.
Whatsapp untuk maklumat lanjut:
013 - 255 0727

Tuesday, January 12, 2016

Persediaan Untuk Bekerja Di Rumah

Teks: Zaila Mohamad
Image: Akademi Bekerja di Rumah

Jangan percaya janji-janji bahawa boleh membuat banyak wang dengan mudah dengan bekerja di rumah. Kalau itu benar kita semua akan melakukannya. Pejabat yang beroperasi di rumah memerlukan pengalaman, kemahiran, usaha luar biasa dan jaringan yang membantu. 

Manakala bagi bisnes yang baru bermula memerlukan sasaran pelanggan yang tepat, kemahiran penjualan yang baik, kerja keras, pelaburan, peralatan dan kelengkapan yang lengkap.

Tahu dan kuasai pasaran pekerjaan/bisnes yang anda lakukan. Setiap bidang sudah sedia ada potensi untuk dilakukan di rumah. Pendidikan, kesihatan, kecantikan, komputer, komuniasi, pengurusan atau apa sahaja. Terokai, selidik dan cari peluang yang sesuai dengan pendidikan, pengalaman dan minat.

Dapatkan pakej 3 ebook PERSEDIAAN Untuk Bekerja di rumah melalui saya. BACA & GALI dulu ilmu sebelum memulakan langkah seterusnya.



Harga untuk ketiga-tiga eBook Pakej Persediaan Untuk Bekerja di Rumah ini cuma RM100 sahaja.

Untuk maklumat lanjut atau pembelian, anda boleh hubungi saya:
Rahayu Rashid
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
Whatsapp: 013 - 255 0727

Monday, January 11, 2016

Idea Deko| Dekorasi Elyza's Collections

Assalamualaikum.

Monday blues ke? Takkan baru minggu kedua tahun baru dah layan Monday Blues kot?
Heheheh... okey, pepagi ni kita layan dulu perasaan lemau dengan baca entry ni sambil lap ailio breakfast sebelum memulakan hari yang hebat. Gitew.

Kita layan tentang dekorasi.
Ini yang korang suka saya share kan kannn?


Wow! Tetiber di awal minggu di awal tahun layan Elyza's ko!
Hahahaha, berangan tak perlu bayar. 
Gambar pun google ajer, jadi meh la kita berangan bersama-sama.





Dari dulu lagi, saya suka tengok koleksi produk Elyza's. Tak kiralah langsir, dekorasi, fabrik untuk langsir, cadar dan soft touch berasaskan Elyza's. Sebab ia ekslusif, rare dan sejuk mata memandang. 




Nak kata saya minat english style tak jugak, sebab koleksi elyza's pun pelbagai range. Tapi memang suka laaaa. Cuma mampu tengok dan berangan saja. Nak beli tu, kalau kumpul duit pun, alahai rasa sayangnya... sebab tu end up cap Nilai 3, Nagoya dan Kamdar jugak aku sesah hahaha.


Ni kita sama-sama layan koleksi elyza's yang saya kutip kat Google :P

Letak dalam bilik seketul... perghh heaven!





Warna macam ni memang sentiasa dihati.



Kombinasi warna letop-letop tak hengat punyelah!





Simple & very nice!





Less is more konsepnya. Kalau rumah bujang lelaki pun sesuai sangat ni




Agak messy tapi tetaplah cantik letop-letops





Cozy sangat nih!





Saper suka hijau? Haaa mesti tergoda kan?





Sejuk jer nengok... ni kalau tidur sayang nak bangun ni :P


Okey nanti ada masa saya google lagi gambar menarik untuk sama-sama kita tatap hehehe.





IKLAN SEBABAK:
Must have perfumes for every women from Lancome:

 

Sebotol: RM65
2 botol: RM120
*Exclude postage

Agent Dropship juga diperlukan. Whatsapp: 013 - 255 0727

Sunday, January 10, 2016

Bisnes Dropship untuk Surirumah?

Teks: Rahayu Rashid
Image: ABDR & De'xandra.com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya pasti, ramai di kalangan pembaca yang membaca blog saya ini adalah di kalangan surirumah. Anda mungkin sedang mencari peluang untuk jana pendapatan untuk membantu suami, nak dapat duit poket sendiri dan anda minat berbisnes!

Tapi... mungkin ada kekangan yang sedang anda hadapi seperti:

1. Tak tau nak bisnes produk apa.
2. Takder modal besar untuk mula bisnes.
3. Takder ilmu bisnes.
4. Takder pengalaman langsung nak bisnes
5. Ops! Pernah ada sejarah 'gagal' dalam bisnes.
6. Masih dok survey nak bisnes apa sehingga tahun berganti sudah!

Jadi jika anda adalah antara individu yang tersenarai seperti di atas, maka saya cadangkan anda mulakan bisnes dengan modal minima, kurang risiko rugi dan ada bimbingan iaitu bisnes Dropship.


Banyak produk yang menawarkan sistem bisnes secara dropship. Dah ramai surirumah yang jana pendapatan dari 1 angka, 2 angka, 3 angka, 4 angka dan 5 angka ke atas dengan bisnes dropship!

Jangan pandang rendah yer pada komisen RM2 untuk satu jualan produk. Kerana biasanya produk yang dipasarkan melalui sistem stokis - agent - dropship menawarkan komisen yang kecil pada kiraan kasar kita TETAPI ia menjadi angka komisen yang besar berdasarkan VOLUME jualan.




Contohnya untuk produk De'Xandra Perfume. Jika sebotol perfume yang dijual komisennya ialah RM10 (harga jual sebotol ialah RM65), cuba anda buat target jualan sehari 2 botol. 2 botol dah dapat RM10 x 2 = RM20. Jika sebulan ada 30 hari: RM20 x 30 hari = RM600/sebulan!

Itu jika 2 botol sehari, bak kata budak-budak zaman sekarang: "boleh la income geli-geli sambil dok rumah". Bayangkan pulak jika target sehari 5 botol. RM10 x 5 = RM50. Sebulan: RM50 x 30 hari = RM1,500.


Best kan konsep dropship. Modal minimum dan bimbingan dan info diberikan. Anda hanya perlu promote dan ambik order sahaja. Pos pihak dropshipper yang akan uruskan. Jadi, tiada lambakan stok atau tak perlu pening nak keluar pergi pos ke apa kan.

Jadi, tiada alasan untuk kita sebagai surirumah untuk tidak berbisnes kerana Surirumah juga boleh bisnes!


Anda boleh dapatkan eBook ini daripada saya.
Dan
Jika anda ingin menjadi Dropship De'Xandra Perfume di bawah bimbingan saya, anda juga boleh hubungi saya melalui:

Whatsapp: 013 - 255 0727

Friday, January 8, 2016

2 Bauan WAJIB Wanita Miliki!

Assalamualaikum.

Bukan semua pompuan suka pakai perfumes.
TAPI, ayu yakin ramai yang suka perfumes kan?
Memang tak lengkap la kalau kita takder at least 1 koleksi perfumes.

Jadi, Ayu nak rekemen kat korang
2 bauan perfumes yang korang wajib cuba iaitu:

Bombshell Victoria Secret 
&
dan Gucci Flora 



Gucci Flora:
Bauannya mempersonakan dan penarik personaliti diri.


Bombshell Victoria Secret:
Bau yang feminin & seksi tetapi lembut saja.


Peminat perfumes tegar jangan lepaskan peluang untuk grab kedua-dua jenis perfumes Dexandra ni. 
Kalau yang original memang gigil-gigil la nak beli keduanya ni.
Tapi, De'xandra Perfumes, insyaAllah tak jadi beban kat poket pun.

Beli 1 murah, beli 2 jenis lagi murah!
Jadi borong 2 jenis ni terus sekali harung :P


Harga: 
Sebotol: RM65/RM70 ss
2 Botol: RM120/RM130 ss

Postage: RM7/RM10ss


Berminat Whatsapp Ayu
013 - 255 0727

Wednesday, January 6, 2016

Wishlist 2016 Dekorasi| SOHO & Mini Library

Assalamualaikum.

Masa kat kampung cuti sekolah lepas, beranganlah nak ber-wishlist SOHO dan Mini Library yang ala-ala macam ni:

Sumber: Google Image

My oh my chanteknya lahai! Kalaulah dapat SOHO dan Mini Library macam ni kat rumah, memang akulah wanita bekerja di rumah yang teramatlah rajin, berdedikasi dan berbahagia selalu hahahha. 

Konsep less is more macam ni memanglah saya suka sangat. Sejuk jer mata memandang. Mesti rasa semangat berkobar-kobar nak bertapa dalam ni berjam-jam tanpa keluar pun takper. Nak lagi heaven, letaklah pulak sebijik wing chair + stool. Pergh! Memang confirm heaven to the max-lah!

Pastu, bilik pulak ada ekon. Letak pulak wangian aromaterapi daripada Lovely Lace. Hamboiiiih ni ko nak buat kerja atau nak membuta ni ayu oiiii? Hahhaaa, kalau bab berangan ni memang best kan? Sebab takyah bayar pun, guna jer otak kanan dengan jayanya hahahha.


InsyaAlllah, inilah idamanku sebagai wishlist 2016 untuk dekorasi SOHO dan mini library. Tapi, buat masa ni, yang mampu beli daun keladi tu jer la... jangankan selai macam tu, i beli sepasu terus tau, pastu dah layu potong pulak daun yang lain pulak sampai tinggal batang jer pokok tu sebab kalau dah seminggu 2 helai kena ganti daun, lama-lama botak jugak pokok tu hahaha.

Okey, ini memang saya berangan sangat-sangat. Tapi bila dapat tu? Hanya DIA yang tau. Janji impian tu ado, dapat ke tidak atau bila dapatnya, itu diluar jangkauan kemampuan saya sebagai hambanya untuk tau. Saya doakan dapat dan sedang mula berusaha untuk ini.


Erkkk. Tapi masalahnya, nak letak kat bilik mana ni? Rumah ada 3 bilik jer... hewww hewwww, maka dan dan harapan menjadi layuuuuuuu... sobbb sobbbbbb.

Tuesday, January 5, 2016

Koleksi Dexandra Perfume Baru Saya & Suami!

Assalamualaikum semua :P

Dexandra lagiiiii...hehhehe...opcos...sebab kite suka wangi...dan kite nak awak awak pun wangi gak... Ini baru jer beli hari Khamis lepas. Perfumes sempena tahun baru katernya :)


Ini saya beli 1 untuk saya, dan 1 untuk husband.
Lancome Tresor Midnight Rose dan Dunhill Desire Blue


Kalau perfumes asal inilah dia rupa parasnya:


Nak beli yang camni, memang tak mampu la kan.
Kalau mampu pun, rasanya lebih baik guna duit tu untuk keperluan lain
Dah ada perfumes Dexandra yang hampirrrr sama dengan kualiti dan bau original ni,
Haruslah beli versi lebih murah iaitu Dexandra Inspired Perfume.





Perfume antara hadiah yang sangat best kalau kita dapat kan? Pernah tak korang terbau satu wangian ni, korang ingat kat seseorang? Haaa..deep kan? Hehe

De'Xandra Perfume memang sesuai sangat jadikan gift atau hadiah. Sebab harga yg mampu milik dan berbaloi. Boleh bagi kat sape2 je..suami, isteri, mak, ayah, abang, kakak, adik, kawan, boss...kat cikgu pun boleh. Untung ler cikgu dapat perfumes best giler. 

Tidak diragui lagi status HALAL dia. Dah menang award INDUSTRY CLASS IN FRAGRANCE & LUXURIOUS PERFUMES lagi.

Memang sesuai sangat.
So sape yang berminat boleh terus whatsapp tau. Kita sembang-sembang apa wangian kegemaran korang.


Kalau nak cuba Lancome Tresor Midnight Rose dan Dunhill Desire Blue ni pun memang saya highly recommend la. Best gilerrrr. Kalau saya kata wangi tu, silalah cuba haaha. Sebab saya sangat fussy bab bau ni. 

Well, Isteri wangi, husband pun wangi hihii.  Dapat pahala tau berwangi-wangian untuk pasangan. Mudahnya nak kumpul pahala kan? Jadi apa tunggu lagi segeralah order daripada saya :P WhatsApp saya: 013 - 255 0727

Monday, January 4, 2016

My Happy 37th Birthday Today!

Garfield dah masuk usia senja nan merah dah hahaha.
Sampai gini sekali rupanya yer bila kucing malas umo 37 tahun.
Sadis betul tau heh!

Alhamdulillah.
Syukur Allah masih berikan kesempatan untuk saya bernafas lagi sehingga usia 37 tahun hari ni.
Masih punyai kesempatan bersama emak kesayangan, anak-anak, suami, adik-beradik (walaupun seorang telah kembali kepadaNya, dan besday arwah abang ialah pada 8/1), dan juga bersama yang saya sayangi... juga anda semua yang sudi jadi teman maya saya. Sudi membaca celoteh saya di sini dan di Fesbuk.

Bila usia dah makin bertambah, misi hidup juga turut berubah.
Jika dulu asyik nak berseronok, asyik dok kejar keduniaan yang sifatnya sementara, 
kini banyak dah berubah rasanya. 

Setiap detik, tengok dan baca hal berkaitan sakit dan kematian, hati rasa kecut sangat. 
Saya pendosa yang nak masuk Syurga Firdausi, 
walaupun rasa tak layak untuk itu. 
Namun, saya mohon agar rahmat dan kasih sayangNya mengatasi kemurkaanya. 
InsyaAllah. 


Hari ni, besday saya, anak-anak mula sekolah.
Dania masuk darjah 4, Hariz pula start masuk Tadika Pasti.
Tiada Nuri Education Centre, tiada Little Caliph dan tiada Smart Readers Kids di sini.
Maafkan papa dan mama Hariz, sebab Hariz tak berpeluang macam kakak.
Takper, asalkan dia nak sekolah sudah. Nak ajar bersosial sikit hehhee.
Asyik nak berkepit ngan mama ajer kan, haaa merasalah berjauhan walaupun beberapa jam ajer!


Disebabkan anak-anak dah mula sekolah.
Maka, tiada jalan-jalan duduk hotel semalam dua. 
Takper, kita on ekon kekuat kat rumah, pastu feeling tidur kat hotel hahaa.


Semoga Allah mengurniakan usia yang berkat buat saya.
Doakan yer, semoga saya kaya raya yang demawan :)

Sekian, ucapan panjang berjela daripada Besday Girl Version Recycle :)

Sunday, January 3, 2016

Perfume Bau Soft Untuk Lelaki

Assalamualaikum.

Ada tak antara korang sebagai isteri, yang suka kalau husband dia pakai perfume bau soft ajer. Bau soft ni kita rasa calm dan tak pening kepala. Rasa eh ehhh manisnya laki aku ni hahaha.

Saya macam tu la, suka bau soft ajer. Biasa Nizam pakai CK One jer. Asyiklah saya suruh dia beli yang tu jer bila abes. Pernah gak dia beli jenis lain, tapi saya suka CK One jugak. Tapi Dexandra Perfumes tak kuarkan pulak CK One. Agaknya tu version klasik sangat kot. Biasalah, weols kan dari zaman purbakala, dah umo nyaris jejak 40 kan... so kiranya zaman CK One tengah top tu, zaman  remaja weols la hahaa. Eh, now remaja jugak tau, tapi remaja purbakala :P


Okey, ini dia saya nak bagi list perfume lelaki yang bau soft iaitu:





Starwalker by Mont Blanc




Harga:

Sebotol: RM65
2 botol: RM120

Postage: RM7


Berminat boleh Whatsapp:
013 - 255 0727

Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Assalamualaikum semua;

Image Souce: Google Image

Apa azam tahun ni? Sikit ke banyak?
Eh... azam tahun lepas dah tercapai ke?
Ke carry forward ke tahun ni pulak?
Tu carry forward dari tahun bila lagi tu yer? 

Hahahha... takper, selagi ada usia, carry jer lah!
Asalkan yang baik-baik ajer azam kita tu kan?
Apa salahnya sambil-sambil carry forward tu kita upgrade lagi.
InsyaAllah, jika ia dah ditakdirkan untuk kita.
Bila tiba saatnya yang dah DIA tetapkan, pasti jadi milik kita.

Cakap pasal Azam 2016 ni, Ayu pun ada banyak azam.
Antaranya pasal ibadah, family, bisnes dan dan kewangan.

Apa yang di azam-kan tu, semoga Allah permudahkanlah.
Dan, memang berdoa sangat semoga Allah berikan usia yang berkat.
Untuk emak saya, diri sendiri dan families.

Ayu doakan azam korang juga dipermudahkan dan tercapai.
Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...