Thursday, January 28, 2016

10 Terapi Wanita Bekerja Di Rumah

Teks: Rahayu Rashid
Image: Rahayu Rashid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apabila seorang wanita memutuskan untuk bekerja dari rumah, ini bermaksud mereka rela melepaskan kehidupan 'bersosial' mereka dengan kawan-kawan dan dunia luar. Jangan takut, saya bukan bermaksud kita akan menjadi katak di bawah tempurung. Tetapi, sedikit sebanyak kita telah menghadkan aktiviti sosial kita berbanding kita bekerja diluar di mana setiap hari kita akan dikelilingi majikan, rakan sepejabat dan orang awam atau pelanggan yang berurusan dengan kita.


Dunia kita kini: rumah, suami, anak-anak dan keluarga saja!


Jangan susah hati atau rasa oh bosannya hidup aku nanti. Macam mana ni, nanti dah tak tau perkembangan luar. Ini dah mengalahkan katak bawah tempurung hehe. Takder la sampai macam tu sekali. 


Bukankah dah ada pelbagai jenis media social. Kita masih boleh berhubung dengan kawan-kawan dan dunia luar kan? Malah bila dah sampai satu tahap umur, kita rasa lebih selesa dan nikmatnya berada di rumah saja. Memang adakalanya kita akan rasa bosan, tapi jangan risau ada caranya nak tangani perasaan itu yang sebenarnya datang 'bermusim' saja iaitu mungkin masa kita sedang stress, terlalu penat, demotivate dan perlukan sekeping kek coklat di Secret Recipe (saya la tuuuuu).



Antara terapi seorang ibu bekerja di rumah yang boleh dilakukan dengan kos yang jimat atau mungkin tak keluarkan kos pun ialah:

1. Membaca buku 
2. Membaca atau membelek majalah mengikut minat 
3. Menonton filem di vcd atau astro first
4. Menonton kartun bersama anak-anak! *Upin Ipin juga menghibukan yer heheh
5. Menanam pokok bunga 
6. Ubah dekorasi dalam rumah
7. Mengemas rumah sampai berkilat!
8. Ajak suami dan anak-anak ke taman
9. Makan diluar tempat mahal sket
10. Online shopping yeay!


Rumah bersih, hati pun gumbira :)


Mudah kan? Sekali sekala kena reward diri sendiri. Kita jadi WAHM atau ibu bekerja di rumah layak untuk dapat semua kegembiraan dan dapat apa kita nak selagi ia mampu milik dan mampu kita lakukan. 

InsyaAllah, dah released tension kita akan lebih bersemangat bekerja dan menguruskna rumahtangga. Semoga tips ini bermanfaat untuk kita bersama, InsyaAllah.

2 comments:

Rizziela said...

kalau bosan or penat.. sy suka tido.. maklumlah kita bukan suri sepenuh masa.. masa dpt tido tu...oh... leganya.. hilang segala stress

MiszJue said...

Saya pun akan cari kek bila stress. Hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...