Monday, January 4, 2016

My Happy 37th Birthday Today!

Garfield dah masuk usia senja nan merah dah hahaha.
Sampai gini sekali rupanya yer bila kucing malas umo 37 tahun.
Sadis betul tau heh!

Alhamdulillah.
Syukur Allah masih berikan kesempatan untuk saya bernafas lagi sehingga usia 37 tahun hari ni.
Masih punyai kesempatan bersama emak kesayangan, anak-anak, suami, adik-beradik (walaupun seorang telah kembali kepadaNya, dan besday arwah abang ialah pada 8/1), dan juga bersama yang saya sayangi... juga anda semua yang sudi jadi teman maya saya. Sudi membaca celoteh saya di sini dan di Fesbuk.

Bila usia dah makin bertambah, misi hidup juga turut berubah.
Jika dulu asyik nak berseronok, asyik dok kejar keduniaan yang sifatnya sementara, 
kini banyak dah berubah rasanya. 

Setiap detik, tengok dan baca hal berkaitan sakit dan kematian, hati rasa kecut sangat. 
Saya pendosa yang nak masuk Syurga Firdausi, 
walaupun rasa tak layak untuk itu. 
Namun, saya mohon agar rahmat dan kasih sayangNya mengatasi kemurkaanya. 
InsyaAllah. 


Hari ni, besday saya, anak-anak mula sekolah.
Dania masuk darjah 4, Hariz pula start masuk Tadika Pasti.
Tiada Nuri Education Centre, tiada Little Caliph dan tiada Smart Readers Kids di sini.
Maafkan papa dan mama Hariz, sebab Hariz tak berpeluang macam kakak.
Takper, asalkan dia nak sekolah sudah. Nak ajar bersosial sikit hehhee.
Asyik nak berkepit ngan mama ajer kan, haaa merasalah berjauhan walaupun beberapa jam ajer!


Disebabkan anak-anak dah mula sekolah.
Maka, tiada jalan-jalan duduk hotel semalam dua. 
Takper, kita on ekon kekuat kat rumah, pastu feeling tidur kat hotel hahaa.


Semoga Allah mengurniakan usia yang berkat buat saya.
Doakan yer, semoga saya kaya raya yang demawan :)

Sekian, ucapan panjang berjela daripada Besday Girl Version Recycle :)

2 comments:

mama amir said...

Alhamdulillah...selamat hari lahir kak...
semoga diberkati umur, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan...
insya Allah...^_^

cik hani said...

happy birthdayyyyy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...