Wednesday, January 6, 2016

Wishlist 2016 Dekorasi| SOHO & Mini Library

Assalamualaikum.

Masa kat kampung cuti sekolah lepas, beranganlah nak ber-wishlist SOHO dan Mini Library yang ala-ala macam ni:

Sumber: Google Image

My oh my chanteknya lahai! Kalaulah dapat SOHO dan Mini Library macam ni kat rumah, memang akulah wanita bekerja di rumah yang teramatlah rajin, berdedikasi dan berbahagia selalu hahahha. 

Konsep less is more macam ni memanglah saya suka sangat. Sejuk jer mata memandang. Mesti rasa semangat berkobar-kobar nak bertapa dalam ni berjam-jam tanpa keluar pun takper. Nak lagi heaven, letaklah pulak sebijik wing chair + stool. Pergh! Memang confirm heaven to the max-lah!

Pastu, bilik pulak ada ekon. Letak pulak wangian aromaterapi daripada Lovely Lace. Hamboiiiih ni ko nak buat kerja atau nak membuta ni ayu oiiii? Hahhaaa, kalau bab berangan ni memang best kan? Sebab takyah bayar pun, guna jer otak kanan dengan jayanya hahahha.


InsyaAlllah, inilah idamanku sebagai wishlist 2016 untuk dekorasi SOHO dan mini library. Tapi, buat masa ni, yang mampu beli daun keladi tu jer la... jangankan selai macam tu, i beli sepasu terus tau, pastu dah layu potong pulak daun yang lain pulak sampai tinggal batang jer pokok tu sebab kalau dah seminggu 2 helai kena ganti daun, lama-lama botak jugak pokok tu hahaha.

Okey, ini memang saya berangan sangat-sangat. Tapi bila dapat tu? Hanya DIA yang tau. Janji impian tu ado, dapat ke tidak atau bila dapatnya, itu diluar jangkauan kemampuan saya sebagai hambanya untuk tau. Saya doakan dapat dan sedang mula berusaha untuk ini.


Erkkk. Tapi masalahnya, nak letak kat bilik mana ni? Rumah ada 3 bilik jer... hewww hewwww, maka dan dan harapan menjadi layuuuuuuu... sobbb sobbbbbb.

3 comments:

miss eimanhikmah said...

takpe..verangan2 je dulu..hehehe

Aty_Fared said...

di mana ada kemahuan..di situ pasti ada jalan.. chaiyok2...:)

cik hani said...

takpe,,,berangan tak kena bayar..heheh
semoga tercapai impian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...