Monday, February 29, 2016

"Rumah Sewa Jer Pun!"

Mungkin ada antara pembaca blog saya ni belum tinggal di rumah sendiri.
Tak kiralah situasi macam mana.
Samada dah ada rumah sendiri, tapi menyewa rumah orang lain.
(kitorang pun macam ni la, nizam beli rumah sebelum kami kawen lagi, tapi dah 10 tahun kawen, kami masih belum pernah merasa duduk rumah tu).

Mungkin juga anda belum sampai masanya diberikan rezeki miliki rumah sendiri.
Atau, korang memang takder plan nak beli rumah sendiri.
Cukuplah menyewa saja, lebih-lebih lagi dengan harga properties yang gila-gila punya mahal.
Apa pun, kita patut bersyukur ada rumah untuk diduduki, walaupun menyewa saja.
Syukur apa yang ada, barulah tenang jiwa tu hehehe.


Apa yang saya nak ulas kali ni ialah ada orang cakap:
"Ala rumah sewa jer pun, buat apa nak cat dan hias-hias bagai".

Dengan kata lain macam buat rugi jer.
Ko dok cat dan hias tu bukan rumah sendiri pun.
Rumah orang. 
Nanti lama-lama ko akan pindah jugak, dah rugi.

Ermmm, ada betul jugak tu... membazir katanya.
Harga cat bukan murah walaupun cap cikai-cikai jer pun.
Pastu, nak beli alat mengecat lagi.
Nak kerah tenaga lagi mengecat... sesilap muncung mulut si suami kene mengecat haha.
Tapi, syukur la nizam ok jer kalu kena mengecat.
Sampai dia cakap "mama tu kalu buleh sebulan sekali nak tukar warna cat"
Melampau tuuuu dia punya sindiran tu hahaha.

Tapi, saya tau sangat... dia pun suka kalu rumah bersih dan cantik.
Walaupun nak harap dia berkemas memang tak laaa.
Tapi, dia ikut kerenah bini dia pun dah memadai dah.

Persoalannya ialah.
Betul ke membazir cat rumah sewa dan kita beria menghias rumah sewa?

Itu pandangan masing-masing.
Kalau ayu dan nizam. tiap-tiap kali pindah rumah kitorang akan cat
Hampir seluruh dinding rumah kitorang cat.
Lebih-lebih lagi rumah sekarang. Pergghh! Berdarah mata tengok masa baru pindah.
Korang yang follow blog ni mesti tau keadaannya camner kan?

Umah sendiri atau rumah sewa... kita yang nak duduk.
Bukan tuan rumah!
Tuan rumah, dia tau kutip sewa dan naikkan sewa jer huhuuuu.
Tapi kita yang nak duduk. Nak hadap hari-hari suasana dalam rumah.
Eii, memang ayu tak lalu la nak duduk dalam rumah yang sediada tu
Sebab tu masuk jer rumah, slow-slow kitorang cat SEMUA
Dari ruang tamu, dapur, ketiga-tiga bilik pun cat.
Tinggal bilik air dan luar rumah jer tak cat.
Itu pun dah beberapa kali tukar warna cat dalam rumah dan bilik-bilik.
Sebab dinding rumah ni jenis berkulat. Stress. Tak suka!

Gitu jugak dari segi kemas-kemas dan hias rumah.
Ayu ada mild OCD. Memang takleh dalam suasana bersepah.
Lagipun, ayu WAHM... 24/7 dok dalam rumah.
Memang tak sanggup rumah 'tak siap' dan bersepah.
Bila umah kemas, rasa damai jer jiwa dan raga hehehe.
Kalau bersepah, mood memang akan jadi swing!
Nak buat kerja pun takder mood.

Jadi, semua tu bergantung pada individu.
Ada orang boleh duduk dalam suasana bersepah, ada yang tak boleh.
Ada yang suka umah bersepah, kononnya kreatif dan anak pun kreatif.
Oh! Pada saya pulak... pokok pangkalnya attitude dan ko nak kemas ke tak.
Rumah kemas bukan bermaksud anak takleh main atau buat sepah mainan.
Tapi, kita as ibu kenalah didik anak.
Dah main... sila kemas semula kalau sayang mainan tu hahahaa.

Jadi... tak timbul pun isu rumah sewa jer pun sampai kita takleh berkemas rumah.
Takleh berdeko-deko. Sebab deko-deko juga adalah hobi dan passion.
Nizam yang macam tu pun pandai cakap kalau rumah orang bersepah.
Memang sedap la aku kenakan dia semula
"kalau ayu pun buat-buat malas kemas rumah, rumah kita lagi horror dari tu hehe"

Alah... dia dah kenal sangat bini dia ni.
Memang rumah takleh sepah, redha jer la.
Kadang-kadang dalam kereta dia pun ayu kemas.
Harapkan dia... dia tau anta kedai jer cuci. Punyalah nak senang idop!

Jadi... apa jua style kita... raikan perbezaan.
Kalau rela rumah 'tak siap' disebabkan rumah sewa, silakan.
Macam kitorang ni, kalau nak tunggu duduk rumah sendiri baru nak cantikkan rumah.
Tatau la bila dapat merasa dok rumah sendiri. 
Taknak lagi duduk KL, cuma kalau boleh nak dok Shah Alam hahaha.
Memang 10 tahun kawen duduk dalam rumah macam sarang tikus kot haha.
Sebab apa?
Rumah sewa jer pun... buat apa nak hias  rumah. Hok alohhh!


Friday, February 26, 2016

De'Xandra Couple Set


Kenapa De'Xandra couple set?

Sebab kombinasi 2 bau yang dipadankan ni akan hasilkan keserasian bau antara pasangan. Bila notes bau serasi, barulah keharmonian bau tu serasi bersama bila kita dan pasangan pakai perfume masing-masing.

Jadi, tidaklah la bau-bau tu memeningkan kepala. 
Haaa gitu la konsep mudah nak pahamnya.


Harga couple set:

Normal price: RM130 + RM10 postage
Harga best: RM120 + RM10 postage



































Jadi... inilah masa dan caranya nak bagi gift atau seprais untuk pasangan anda.
Dan juga semestinya untuk diri sendiri!

De'Xandra Couple Set
Semoga keintiman dan kehangatan perkahwinan anda semakin mewangi dan mekar dengan wangian istimewa daripada Dexandra Perfume.

Jangan lupa Whatsapp:
013 - 255 0727

Sihat Itu Rezeki yang Terindah!

Assalamualaikum semua.

Eh! Jumaat dah? Eh dah 26hb Februari dah. Eh lagi 3 hari nak abes dah bulan Februari, tahun lompat kita yer tahun ni. Huhuuu, cepatnya lahai masa berlalu kan. 

Lama tak bersiaran kat sini. Last update was on 15hb lepas. Punyalah lama. Sekeluarga demam, batuk dan selsema. Dimulakan dengan penghulu rumah (nizam). Pastu, Ayu, Hariz dan penutupnya Dania. Memang demam dan  batuk bersahut-sahutan. Ayu demam sejak hari Rabu 2 minggu lepas. Baru semalam rasa cerah pemandangan nak mengadap laptop buat kerja. 

Sebelum-sebelum tu, semua blog tak update.. termasuklah blog client huhuuu. Ni berchenta la nak kaver semula entry-entry tertinggal. Ada la dalam 7 entries. Nangessss!


Hariz pulak hari ni baru start sekolah. Tak pergi sekolah sejak hari Khamis minggu lepas. Lemau kemahen dah tu taknak gi skolah. Semalam dia dah ok, tapi rasa tak sampai hati pulak nak kejut bangun haahha. Dasar sangat kan, kesian tak bertempat. Hari ni, keraskan hati, kejutkan jugak. Syukur ok jer. Tu pun macam biasa, asyik tanya... hariz cuti kan lepas balik sekolah. Yer, cuti 2 hari. Baru ada seri diwajah hahaha.

Mak dan adik ayu dah balik ke Besut. Jumaat lepas dalam demam-demam tu anta jugak mak dan adik kat umah abang di Cheneh, Kemaman. Sabtu petang mak bertolak ke umah abang di KT dan malamnya dorang terus ke Besut. Kitorang balik Keratong. Ahad tu tak larat lagi nak balik semenyih, memonteng sekolah Hariz, Dania dan papanya jugak hari Isnin tu. Petang baru kitorang balik Semenyih.

Dalam masa hari Isnin hingga semalam, memang lemaunya rasa badan. Dah la demam, batuk selesema, dapat pulak pakej tambahan gastrik! Rasanya ayu tak tahan makan ubat tahan sakit dan antibiotik. Seksanya lahai bila takder selera makan, tapi perut asik kosong nak kena makan. Hoohooo makcik stress!

Ni dah kira sihat la. Cuma cuaca panas kering sangat skang ni. Berangin kuatnya, sampai bunyik-bunyik. Takut dengan angin menderu dahan jatuh menimpa batu. Seram bunyiknya. Pastu siap imagine... macam mana la kalau ribut taufan ke kan... Nauzubillah. 

Rindu pulak kat mak dan adik ayu. Terbayang-bayang dorang depan mata. Mak pulak, kalau ayu buat kerja time budak-budak gi sekolah atau petang budak-budak gi ngaji atau main kat luar, mak suka naik atas kat SOHO baru ni, baring atas katil. Alahai, terbayang depan mata ni haa tubuh kurus mak tu. Dania dah tak sabar nak balik ambik nenek lagi cuti sekolah bulan 3 ni. Itu pun kalu papanya nak balik anta kitorang huhuuu, baru seminggu hari ni mak balik memasing dah merindu dah.

Okey nanti sambung bebel lagi yer... nak hadap blog lain pulak hehehhee.

Sunday, February 14, 2016

Alter Langsir

Wah wah... sejak kenal dengan wife kawan kerja nizam kan.
Nak makan pizza, ada yang jual.
Nak jahit langsir atau sarung bantal pun ada yang pandai jahit.
Bahagia rasanya, tinggal nak sediakan ongkosnya ajer hahaa.

Ni ada langsir dari rumah Shah Alam dulu.
Nak mintak wife kawan nizam tolong alter.

Masa kat umah Shah Alam dulu.
Langsir kebanyakan pakai railing kayu.
So tak guna tape putih untuk cucuk-cucuk besi tu.
Ni, dah kena alter jahit tape putih.
Pastu, nak kena pendekkan sikit.
Ni nak pasang kat tingkap bilik jer.


Sebenarnya, kedua-dua kain ni adalah kain untuk buat baju hahhaa.
Sebab dah berkenan corak munga kecik-kecik camni.
Dulu pasang padankan dengan langsir plain warna merah.
Saya tak minat la warna merah untuk langsir.
Kain oren ni pulak kain nak buat baju melayu raya hariz 2 tahun lepas. 
Tapi, end up kami beli ready made.
Kain ni 2 meter jer pun.
Sekali bila tengok, eh sepadan pulak dengan warna oren bunga kat kain bunga-bunga tu.

Apa kata... kita gandingkan kedua-duanya.
Tengok, serasi bershama ke tak.


Ini pulak just langsir jenis blackout. 
Nak letak tape dan pendekkan sikit. 
Blackout fabric memang always my feveret.
Sebab saya dan nizam jenis suka bergelap!
Ni ada selai jer, nak kena carik mana aku sumbat lagi selai hahaa.

Okey, nanti dah siap pasang saya share!

Jumpa lagi.

Friday, February 12, 2016

SOHO Dalam Bilik Dah Siap!

Alhamdulillah. Akhirnya siap jugak.
Semoga ada rezeki beli cadar baru dan langsir kain Elyza's.
Buat masa ni, syukur alhamdulillah.
Dapat kerja dari rumah dengan suasana yang selesa.

Masa SOHO kat bawah ok jer, cuma gelap.
Ni ada pencahayaan yang bagus, cuma panas melampau.
Ekon dah nizam pasangkan demi isteri tersayang. ewah!

Deko simple jer.
Tengok jer lah. Malas nak buat captions haaha.





Simple sangat-sangat!
Memang tak suka banyak barang pun. OCD katerkan huhu.




Lampu tidur tu, dari ruang tamu. Semak pulak nampak kat bawah, tu angkut naik bilik.
Ada masa nak ajak nizam pegi beli table lamp. Terang sket nak buat kerja waktu malam.
Erkkk! Masalahnya berani ke aku dok dalam bilik sesorang kalau orang lain semua berlonggok kat bawah.
Adesss!



View dari depan



Lukisan 3 serangkai ni beli kat Nilai 3 masa  baru pindah Semenyih. So dah dalam 3 tahun dah.
Murah jer RM150+-.

Dah ada lukisan ni, takleh la buat para gantung untuk letak file atau deko items.
Takper, anytime meja ni akan beralih tempat dalam bilik ni selagi ada ruang hehhe.
Sebab ayu jenis cepat bosan dengan suasana deko sama.






Bakul pujaan hati, seperti biasa tempat isi stationary, planner dan buku-buku nota yang guna setiap hari untuk Planning, To Do List, rekod bisnes dan rekod duit kuar-masuk *amboiii



Side table tepi katil. Letak bunga dan dalam bakul tu letak remote ekon. 





SUDUT MELARAM KONONNYA
*kat hujung katil




Deko Items = Bunga laaa. aper lagi.
Kater ayu dan bunga bagaikan irama dan lagu.

















Tapi...
Bila dah start buat kerja kat SOHO ni. 
Inilah jadiknya... yelah, tak sepah tak buat kerja la kan hehehe.


Alhamdulillah. Salah satu Wishlist 2016 dah tercapai.
Mungkin nak tambah sikit deko items. Tengoklah bajet caner.
Ini pun dah cukup, mengada kan... biasalaaaa!


Now... saya makin semangat nak kerja dari rumah.
Since bisnes Dexandra Perfume pun dah makin baik.
Agent dah makin bertambah. Syukur Alhamdulillah.

 Bila jadi WAHM, SOHO adalah keperluan.
I'm so happy now :)

SOHO | The Progress...

Bila nizam dan adik dah angkat meja kerja dalam bilik Dania.
Maka gigihlah iols mengemas dan deko sikit-sikit.
Well, takder tambahan barang baru pun.
Bajet nan ado huhuuuuu. Guna jer la apa yang ada.


Bilik ni asalnya kaler kelabu.
Ayu dah mintak tolong adik cat putih.
Baru nampak lebih luas dan sejuk. Suka!

Bilik ni sempit jer. Ruang tengah antara meja dan katil still muat lagi untuk solat atau duduk bersila buat kerja guna meja jepun hariz.



Cadar pun cadar zaman blaja kat MMU lagi. Berkurun lamaaaaa.
Tapi kain sedap. Ni set comforter jenama Garfiled.
Lama dah carik brand ni, susahnya nak jumpa. Beli kat The Store Supermas dulu.



Ini nak cucuk besi day curtain (kain lace)

Ayu guna langsir blackout (kaler pink).
Ayu letak day curtain ni bahagian dalam. Sebab kalau letak bahagian luar macam yang biasa orang buat, rasa sayang pulak kat langsir ni, sebab cahaya panas sangat rosak kain.
Kalau night curtain takper sebab tebal. Takperlah takder style pun, asalkan langsir terjaga hehe.
Dasar kedekut macam ni ler.

Gambar night curtain pink sebelum pasang day curtain:

Nak tengok apa jadiknya SOHO dalam bilik ni.
Kita tunggu next entry ;P

Thursday, February 11, 2016

TV Dalam Bilik

Sejak nizam gunakan astro yang boleh rekod memang heaven.
Walaupun ayu bukan kaki layan tv, tapi ada jugak sekali sekala nak tengok kan.
Itu pun rekod jer lebih, tengoknya tidak!

Dah tu, manjang hariz yang konker siaran dia
Oh! Kitorang tak disiplin  bab tv kat anak. huhuuu.

Dania asik dengan Running Man.
Hariz asik dengan spiderman, upin ipin... oh tak kwasa nak taip semua.

Pastu, papa mama melopong!

Tv lagi satu, untuk hariz tengok cd.

Bila Nenek Jah dan Ayah Su nak datang.
Nizam decide nak tukar astro yang ada 2 dekoder.
So dia pindahkan satu tv masuk bilik kitorang.
Maka, ber-tv lah di dalam bilik.
Eh! Tapi tetaplah berebut tengok tv kat bawah juga hahaha.
Dasar sangat kan kalu dah biasa ngan sesatu tempat tu.

Ini dia deko-nya. Nak tunjuk bunga hydrangea sediada jer pun!




Wah! Siap ada hirisan daun pandan uols.
Mak bawak daun pandan banyakkkk... so nak guna untuk masak tatau nak masak aper.
Jadi, hiris-hiris jadikla bunga rampai.
Wangi semerbak untuk sehari. Pastu kering!
Dah tu... bilik panas bebenor kan.

Best! Dah ada tv dalam bilik... may be nanti buleh layan citer korea sesorang layan perasan.
Wah! Macamlah banyak masa nak layan tv kan!


Wednesday, February 10, 2016

SOHO| Alihkan Rak Buku

Assalamualaikum.

3 Februari lepas lagi ni punya cerita! Punyalah lama peram kan. Masa tu, dah siap kemas dan bersihkan rumah akibat diserang cikti. Baru nak tarik napas lega mak dan adik nak datang. Maka, berkemas lagilah kita sebab nak bagi keselesaan buat dorang.

Mula-mula, kena kosongkan 1 unit toyogo yang isi mainan hariz untuk letak pakaian mak. Mak takleh turun naik tangga lepas operate, dan hakikatnya mak memang jenis gayat turun naik tangga hehe. Gayat okey lagi sebab mak pun dah tak larat kan... yang muda dan larat macam weols laki bini ni apa kes malas turun naik tangga ni?

So, alang-alang alihkan mainan hariz kat dapur tu... ayu terus alihkan rak buku di dapur tu bawak ke sebelah SOHO ayu. Oh! 'kotak' rak tv kat kabinet bawah tangga tu dah kosong. Nizam alihkan tv yang letak situ masuk bilik kitorang. 

Since kitorang decide nak pasang ekon kat bilik kitorang dan bilik dania, maka angkut jerlah tv baik naik bilik. Nizam ambik pakej astro yang ada 2 dekoder. Ntah, apa pun i tak amik tau. Asalkan boleh layan channel lain2 kat 2 tv ok dah!

So, bila dah alihkan tv, rak buku pun boleh la letak sini. Jom deko-dekolah sikittttt.

Dah siap alih. 

View dari depan


Letak printer siap-siap senang bila nak guna. Dania suka sangat guna untuk photostat
  


Items deko daun-daun tiruan ajer.


Masa ayu upload gambar ni dalam FB... ramai ingatkan ini pokok pandan hidup. hihiiii.


Deko SOHO kat bawah ni dah tinggal kenangan yer.
Petamg semalam dah selamat ayu pindahkan ke bilik dania.

Ni sedang bersiaran langsung dengan suasana SOHO baru.
Takder apa baru pun. Tukar tempat jer :)

Nanti ayu share.

Cara Nak Jadi Dropship De'Xandra

Assalamualaikum.

Saya dapat lambakan whatsapp dan PM di FB daripada yang berminat nak jadi Dropship De'Xandra Perfume.

Ringkasnya, gambar kat bawah ni terangkan cara daftar sebagai Dropship Dexandra.



Perfume sebotol dan 2 tester boleh digunakan untuk:
* Pakai sendiri / pasangan

* Jadikan tester
*Pakai sendiri + jadikan tester


Tak rugi pun start bisnes dengan modal RM120.
Nak bisnes dapat, produk pun dapat guna dan untuk buat promote.

Jangan berkira duit kecik untuk dapat duit besar.
Kalau berkira nak keluarkan duit kecik, caner nak blaja kira duit besar?

Ini pesanan yang saya sentiasa ingat yang disebut-sebut oleh seorang stokis (bangsa cina) yang buat sales bulanan juta-juta.
*bukan produk Dexandra.

Jadi... pejam mata jer takat RM120 tu :)
Kalau banyak tu pun kita rasa tak dapat nak commit,
Macam mana kita nak commit dengan bisnes?
Bisnes perlukan pengorbanan duit, masa, tenaga, minda dan keselesaan.
Takder jalan pintas nak berjaya. 



KOMISEN PULAK BERAPA?
Ni part paling best dan korang pasti nak tau kan?

Komisen diberikan berdasarkan botol yang dijual.
Saya jamin, ia adalah komisen yang LUMAYAN!

Untuk maklumat lanjut,
boleh contact saya kat Whatsapp:

Ayu Rashid
013 - 255 0727
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...