Sunday, February 14, 2016

Alter Langsir

Wah wah... sejak kenal dengan wife kawan kerja nizam kan.
Nak makan pizza, ada yang jual.
Nak jahit langsir atau sarung bantal pun ada yang pandai jahit.
Bahagia rasanya, tinggal nak sediakan ongkosnya ajer hahaa.

Ni ada langsir dari rumah Shah Alam dulu.
Nak mintak wife kawan nizam tolong alter.

Masa kat umah Shah Alam dulu.
Langsir kebanyakan pakai railing kayu.
So tak guna tape putih untuk cucuk-cucuk besi tu.
Ni, dah kena alter jahit tape putih.
Pastu, nak kena pendekkan sikit.
Ni nak pasang kat tingkap bilik jer.


Sebenarnya, kedua-dua kain ni adalah kain untuk buat baju hahhaa.
Sebab dah berkenan corak munga kecik-kecik camni.
Dulu pasang padankan dengan langsir plain warna merah.
Saya tak minat la warna merah untuk langsir.
Kain oren ni pulak kain nak buat baju melayu raya hariz 2 tahun lepas. 
Tapi, end up kami beli ready made.
Kain ni 2 meter jer pun.
Sekali bila tengok, eh sepadan pulak dengan warna oren bunga kat kain bunga-bunga tu.

Apa kata... kita gandingkan kedua-duanya.
Tengok, serasi bershama ke tak.


Ini pulak just langsir jenis blackout. 
Nak letak tape dan pendekkan sikit. 
Blackout fabric memang always my feveret.
Sebab saya dan nizam jenis suka bergelap!
Ni ada selai jer, nak kena carik mana aku sumbat lagi selai hahaa.

Okey, nanti dah siap pasang saya share!

Jumpa lagi.

2 comments:

Rizziela said...

cantik

cik hani said...

amboi kak ayu...
senang ler,, nak makan pizza tinggal ngorderkan dan sediakan duit ajerrr..
nak jahit langsir tinggal ngorderkan dan sediakan duit ajerr..

kami pun kalau tahu member pandai buat apa2, memang kami pun akan cari peluang jer nak order..hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...