Friday, February 26, 2016

Sihat Itu Rezeki yang Terindah!

Assalamualaikum semua.

Eh! Jumaat dah? Eh dah 26hb Februari dah. Eh lagi 3 hari nak abes dah bulan Februari, tahun lompat kita yer tahun ni. Huhuuu, cepatnya lahai masa berlalu kan. 

Lama tak bersiaran kat sini. Last update was on 15hb lepas. Punyalah lama. Sekeluarga demam, batuk dan selsema. Dimulakan dengan penghulu rumah (nizam). Pastu, Ayu, Hariz dan penutupnya Dania. Memang demam dan  batuk bersahut-sahutan. Ayu demam sejak hari Rabu 2 minggu lepas. Baru semalam rasa cerah pemandangan nak mengadap laptop buat kerja. 

Sebelum-sebelum tu, semua blog tak update.. termasuklah blog client huhuuu. Ni berchenta la nak kaver semula entry-entry tertinggal. Ada la dalam 7 entries. Nangessss!


Hariz pulak hari ni baru start sekolah. Tak pergi sekolah sejak hari Khamis minggu lepas. Lemau kemahen dah tu taknak gi skolah. Semalam dia dah ok, tapi rasa tak sampai hati pulak nak kejut bangun haahha. Dasar sangat kan, kesian tak bertempat. Hari ni, keraskan hati, kejutkan jugak. Syukur ok jer. Tu pun macam biasa, asyik tanya... hariz cuti kan lepas balik sekolah. Yer, cuti 2 hari. Baru ada seri diwajah hahaha.

Mak dan adik ayu dah balik ke Besut. Jumaat lepas dalam demam-demam tu anta jugak mak dan adik kat umah abang di Cheneh, Kemaman. Sabtu petang mak bertolak ke umah abang di KT dan malamnya dorang terus ke Besut. Kitorang balik Keratong. Ahad tu tak larat lagi nak balik semenyih, memonteng sekolah Hariz, Dania dan papanya jugak hari Isnin tu. Petang baru kitorang balik Semenyih.

Dalam masa hari Isnin hingga semalam, memang lemaunya rasa badan. Dah la demam, batuk selesema, dapat pulak pakej tambahan gastrik! Rasanya ayu tak tahan makan ubat tahan sakit dan antibiotik. Seksanya lahai bila takder selera makan, tapi perut asik kosong nak kena makan. Hoohooo makcik stress!

Ni dah kira sihat la. Cuma cuaca panas kering sangat skang ni. Berangin kuatnya, sampai bunyik-bunyik. Takut dengan angin menderu dahan jatuh menimpa batu. Seram bunyiknya. Pastu siap imagine... macam mana la kalau ribut taufan ke kan... Nauzubillah. 

Rindu pulak kat mak dan adik ayu. Terbayang-bayang dorang depan mata. Mak pulak, kalau ayu buat kerja time budak-budak gi sekolah atau petang budak-budak gi ngaji atau main kat luar, mak suka naik atas kat SOHO baru ni, baring atas katil. Alahai, terbayang depan mata ni haa tubuh kurus mak tu. Dania dah tak sabar nak balik ambik nenek lagi cuti sekolah bulan 3 ni. Itu pun kalu papanya nak balik anta kitorang huhuuu, baru seminggu hari ni mak balik memasing dah merindu dah.

Okey nanti sambung bebel lagi yer... nak hadap blog lain pulak hehehhee.

2 comments:

Rizziela said...

setuju sangat

miss eimanhikmah said...

kite pun rindu mak kite..hhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...