Wednesday, February 10, 2016

SOHO| Alihkan Rak Buku

Assalamualaikum.

3 Februari lepas lagi ni punya cerita! Punyalah lama peram kan. Masa tu, dah siap kemas dan bersihkan rumah akibat diserang cikti. Baru nak tarik napas lega mak dan adik nak datang. Maka, berkemas lagilah kita sebab nak bagi keselesaan buat dorang.

Mula-mula, kena kosongkan 1 unit toyogo yang isi mainan hariz untuk letak pakaian mak. Mak takleh turun naik tangga lepas operate, dan hakikatnya mak memang jenis gayat turun naik tangga hehe. Gayat okey lagi sebab mak pun dah tak larat kan... yang muda dan larat macam weols laki bini ni apa kes malas turun naik tangga ni?

So, alang-alang alihkan mainan hariz kat dapur tu... ayu terus alihkan rak buku di dapur tu bawak ke sebelah SOHO ayu. Oh! 'kotak' rak tv kat kabinet bawah tangga tu dah kosong. Nizam alihkan tv yang letak situ masuk bilik kitorang. 

Since kitorang decide nak pasang ekon kat bilik kitorang dan bilik dania, maka angkut jerlah tv baik naik bilik. Nizam ambik pakej astro yang ada 2 dekoder. Ntah, apa pun i tak amik tau. Asalkan boleh layan channel lain2 kat 2 tv ok dah!

So, bila dah alihkan tv, rak buku pun boleh la letak sini. Jom deko-dekolah sikittttt.

Dah siap alih. 

View dari depan


Letak printer siap-siap senang bila nak guna. Dania suka sangat guna untuk photostat
  


Items deko daun-daun tiruan ajer.


Masa ayu upload gambar ni dalam FB... ramai ingatkan ini pokok pandan hidup. hihiiii.


Deko SOHO kat bawah ni dah tinggal kenangan yer.
Petamg semalam dah selamat ayu pindahkan ke bilik dania.

Ni sedang bersiaran langsung dengan suasana SOHO baru.
Takder apa baru pun. Tukar tempat jer :)

Nanti ayu share.

3 comments:

Rizziela said...

untungnya ada SOHO sendiri.. sy ni bila la nak merasa ada soho sendiri

UMIE SUE said...

cpt update.nk tengok,.hihi

Irda Garmin said...

cantik sis...\