Friday, February 12, 2016

SOHO | The Progress...

Bila nizam dan adik dah angkat meja kerja dalam bilik Dania.
Maka gigihlah iols mengemas dan deko sikit-sikit.
Well, takder tambahan barang baru pun.
Bajet nan ado huhuuuuu. Guna jer la apa yang ada.


Bilik ni asalnya kaler kelabu.
Ayu dah mintak tolong adik cat putih.
Baru nampak lebih luas dan sejuk. Suka!

Bilik ni sempit jer. Ruang tengah antara meja dan katil still muat lagi untuk solat atau duduk bersila buat kerja guna meja jepun hariz.



Cadar pun cadar zaman blaja kat MMU lagi. Berkurun lamaaaaa.
Tapi kain sedap. Ni set comforter jenama Garfiled.
Lama dah carik brand ni, susahnya nak jumpa. Beli kat The Store Supermas dulu.



Ini nak cucuk besi day curtain (kain lace)

Ayu guna langsir blackout (kaler pink).
Ayu letak day curtain ni bahagian dalam. Sebab kalau letak bahagian luar macam yang biasa orang buat, rasa sayang pulak kat langsir ni, sebab cahaya panas sangat rosak kain.
Kalau night curtain takper sebab tebal. Takperlah takder style pun, asalkan langsir terjaga hehe.
Dasar kedekut macam ni ler.

Gambar night curtain pink sebelum pasang day curtain:

Nak tengok apa jadiknya SOHO dalam bilik ni.
Kita tunggu next entry ;P

1 comment:

miss eimanhikmah said...

kite pun dh siap settle setup soho kite..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...