Cuci Toilet Tak Perlu Sental Lagi!

Orang kata, kalau nak tau sesorang tu benar-benar pembersih ke tak.
Tengok ler rupa paras bilik air dia caner.
Ada betulnya tu, sebab dah selalu jumpa.
Deko rumah bukan main meletops lagi.
Atau kalau datang rumah orang, bajet cermat dan pembersih gila.
Berhabuk la, kotor la, geli la.
Sekali, pergi tengok rumah dia, hazab uols.
Jadi, takyahlah nak kerek sangat aku ni pembersih. 
Tu bajet bagus jer sebenarnya tu hikssss.

Well, saya ni pun takder la rajin nak hari-hari sental bilik air.
Nasib baik la umah ni guna 1 jer bilik air.
Sesambil mana atau lepas basuh kasut sekolah dania.
Boleh jer sental sikit-sikit, jangan sampai berlendir sudah.
Bilik air kitorang pun jenis biasa sangat.
Yelah, rumah sewa... redha jer la apa yang ada.
Takkan bilik air pun aku nak tukar segala benda kan?

2 minggu lepas saya ada share kat fesbuk.
Cara saya cuci bilik air (bahagian mozek) dengan mudah dan cepat
Tak payah nak feeling Cinderella sangatlah. 
Guna jer CUCILEX!


Cucilex. Saya beli kat Speedmart 99.
Murah jer, sekali guna habis sebotol pun takper hahahaa.


Cara guna senang jer.

Basahkan lantai mozek bilik air. 
Tuang Cucilex ke serata mozek, especially kat celah-celah sambungan mozek.

Tuang ajer, sekejap jer akan jadi macam ni.
Keladak dan minyak-minyak bekas sabun dan syampu akan keluar dengan bertubi-tubi.



Geli tengok kan? Yarkhhhhh!



Geli berganda-ganda.
Ni baru beberapa hari tak cuci.
Maklumlah, anak-anak suka main sabun.
Asyik dok 'sabun dibilik mandi'



Biarkan lebih kurang 15 minit - 1/2 jam.
Ini asid kuat kot, sebab bau pun kuat.
Jangan kerap sangat guna Cucilex ni, kang janam-janammm mozek lantai korang.
Kitorang umah sewa takper hahahaa. keji perangai!

Lepas tu, BILAS jer.
Simbah dengan air sampai bersih.

Kalau rajin dan nak lantai makin bersih... letak sabun atau pencuci lantai, berus.
Berus sikit-sikit jer memang konfem berkilat bersih lantai.

Lihat hasilnya... bersih uols!
Bahagia rasanya sejak gunakan Cucilex.

Okey. saya tak jual yer. Pegi beli kat Speedmart 99 atau memaner shopping mall ada kot.
Sebab sabun basuh pun ada jugak jenama Cucilex, cuma saya takder rasa nak try pulak.

Okey, mesti korang teruja nak cuci lantai bilik air kan. hihiii.
Okey, babai!

Comments

Popular posts from this blog

De'Xandra Perfume: Top 10 Selling

Idea Deko| Dilema Rumah Sempit?

Resepi Solok Lada Original Terengganu