Sunday, March 20, 2016

Cuti Sekolah Dah Abes!

Kemalasan apakah ini?
Cuti sekolah, cuaca panas... rasa nak dok sesaja jer.
Pn laptop konon nak update blog.
Tapi end up dok blogwalking, pilih lagi kat galery lagu
Pastu layan lagu yang ada tak sampai 50 tu jer
Sambil blogwalking, layan fb dan tengok gambar deko kat google image
Wah! Heaven sangat kan jadi mak 2 anak yang kerja dari rumah.

Cuti sekolah ni tak balik Besut.
Plan asal nak balik, tapi since Nenek Jah nak datang sini lagi
Tunggu jer la ambik Nenek Jah terus.
Mungkin seminggu dua lagi kot.
Hariz & Dania dah tak sabar tu.

Esok dah start sekolah.
Minggu ni Nizam ada kelas kat ILSAS.
Rasa nak ganti puasa minggu ni.
Heh! Yer saya selalu lambat ganti puasa.

Dah nak abes dah bulan Mac
Tak lama lagi dah nak bulan Ramadhan.
Semoga cepatlah berakhir musim panas luarbiasa ni.
Kesian anak-anak puasa dan pergi sekolah.
Haus dan letihnya kan.
Mak kat rumah bukan main syok dok dalam ekon dan kipas
Anak kepanasan kat sekolah.
Jangan kata manjakan anak uols.
Dan jangan bandingkan panas zaman kita kecik dulu
Panas sekarang lain macam kan?
Sampai tahap mandi air paip pun rasa air suam.
Dah siap mandi, kuar bilik air dah berpeluh lagi.

Okey, ni bebelan pelepas rindu.
Jumpa lagi. Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...