Tuesday, March 1, 2016

Dekorasi SOHO| Pokok Hidup Menyejukkan Mata

Masa mula-mula plan nak pindah SOHO naik kat bilik.
Ayu memang dah berangan sangat nak deko simple dan ada pokok hidup.
Nak konsep hijau-hijau sesuci lebaran sesejuk mata memandang.

Lagi pun, bilik atas ni panas berwap.
Bila dah pasang ekon, kipas siling dan table fan
(laptop ayu cepat panas, so kena pasang table fan untuk sejukkan laptop!)
Ayu rasa macam sesak jer nafas bila berkurung bersejuk dalam bilik ni.

I need some fresh air!
Pengudaraan yang baik dan kitaran oksigen - karbon dioksida semulajadi.
Wah! Gituuuuu ahahha.

Lagi pun, mata cepat letih dan pedih ngadap laptop lelama.
Dengan sejuk ekon dan kipas lagi, memang lesu mata dan badan.
Jadi... ayu decide nak bawak naik sepokok money plant jenis daun besar.

Jadi... inilah hasilnya!


Sementara beli pasu lagi lawa, letak dulu dalam pasu putih sediada ni.
Pasu pokok ni macam biasa la, pastu plastik kaler oren yang beli kat nursery sekali dengan pokok.
Pokok ni beli kat Nurseri Keratong. RM16 jer, lama dah masa raya tahun lepas.
Ada lagi sepokok, lagi besar daripada ni. 



Subur dan gebu sangat ni. Maklumlah dah bubuh baja kan hehehe.


Nampak tak table fan tepi tu... itulah fungsinya nak sejukkan laptop dan jari jemariku masa buat kerja.
Lampu hiasan putih dah bawak turun bawah semula dah hehe.



Tak cukup dengan pokok besar, pokok kecik pun ado.
Ini just letak dalam pasu berisi air jer.
Ada beberapa pasu money plant kecik ni dah start mati, terlebih siram hahahaa.
Jadi, mana yang elok ayu selamatkan dan buh dalam pasu berisi air ni.
Hari-hari kena salin air, takut jadi tempat nyamuk berumahtangga pulak kang naya!


Semoga pokok-pokok ni doakan untuk saya dan keluarga sejahtera hendaknya.



Lama dah tak gi nursery, rasa nak beli pokok lagi. Ada sejenis pokok yang ayu berkenan nak beli nak letak dalam rumah.

Nanti ayu google dan share kat sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...