Saturday, March 26, 2016

Dilema nak tukar sarung sofa



Dari mula-mula tengah pilih sofa masa nak beli dulu.
Kitorang laki bini memang tak berkenan sopa corak bunga-bunga.
Nak yang plain ajer sebab lebih simple dan tak messy.

So, bila beli yang ni masa tu terus tanya kakak promoter.
Kalau tukar sarung kusyen berapa harga.

Tercirit dengar!
Sarung kusyen: RM700
Sarung body sofa: RM700
So kalau tukar keseluruhan RM1400 *belum termasuk GST kot.

Harga tu termasuk kain dan upah jahit.
Okey... tabahlah dengan corak-corak bunga kembang semangkuk ni.
Sampailah sekarang. Memang asik rasa nak tukar, nak tukar, nak tukar!


Then, alhamdulillah. Ada rezeki dari bisnes De'Xandra Perfume.
Boleh la kalau nak tukar sarung full set tempah dengan Fella.

Tapi, rasa sayang pulak nak keluarkan sedebuk RM1400 tuh.
Lagi pun, yang tak berkenan, cuma sarung bunga-bunga jer.
Sarung body sofa saya suka, kaler cream pekat camni.
Boleh match dengan warna sarung sofa sama, warna coklat atau kaler-kaler lain.
Kerana berani main dengan warna.
Tapi, ayu suka kaler cream dan coklat jer. Sejuk mata mandang.


Kelmarin ayu call Fella Design Customer Service.
Hampeh takder jawapan, membazir kredit tepon iols jer.
Nak call dulu tanya sebelum pergi.
Sebab Fella Design HQ Bukit Subang tu jauhhhh.
Kalau branch lain ada pilihan fabrik jugak, nak ke situ jer.

Dah tepon tak berangkat pulok.
Hari ni atau esok plan nak ajak nizam terus ke Bukit Subang tu jer.
Sekali dia kerja pulak. Hmmmmmm.

Ada jugak tanya jiran dulu yang ayu pernah tempah re-upholstery sofa dulu.
Dan erkkkk... sofa tak siap tu hahahhaa
Dia cakap boleh, upah RM350.
Dah ok tu... kain pulak dia cakap 7 meter dah cukup.

Hmmm... nak kena tawaf ke kedai kain pulak yer.
Tapi, tatau lagi nak tempah dengan Fella, dengan dia atau dengan kawan lain.
Ada jugak yang boleh buat.
Cuma nak survey harga dulu, mana lebih berbaloi
Nak fikir jugak kualiti jahitan camner nanti.
Kalau yang dah biasa buat ok la..
Sbab sarung ni jenis ada piping, kalu takder lawa ke nanti?

Dilema... dilema... kang ada jugak takdan tempah duit abes dulu hahaha.
Sementara tu, nak google-lah kaler-kaler fabrik sofa yang lawa.
Tapi rasanya nak warna sama dengan body sofa atau kaler coklat jer.
Senang nak match dengan pelbagai warna atau corak throw cushion. 

Okey... beranganlah dulu!

No comments: