Friday, March 4, 2016

Hunting for Pokok Ketapang Brazil!

Assalamualaikum.

Petang Ahad lepas, kami sekeluarga pun pergilah ke Nursery Sungai Ramal, Kajang untuk makan. Malas masak dihari minggu memang gitu la kekdahnya, kena JJCM. Memang dah cakap kat nizam, nanti jumpa nursery berenti tau, nak beli pokok sepasu.

Ni tak lain tak bukan, nak beli pokok ketapang Brazil. Memang meleleh-leleh ailio dah ni membayangkan cantiknya pokok tu letak dalam rumah *bab berangan aku memang win!

Source: Google Image
Ni la antara gambar yang menikam jantung menusuk ke hati!


Ni 1st time kitorang pegi nursery kat sini. Besar. Pemilik cina, tak ramah sangat so tak cukup best la nak memilih sebab asyik membontot ikut. Tak suka tau style camtu.  Tapi sempat tu mintak izin nak snap gambar hahaha.

Tak banyak pun snap gambar, sebab nak laju-laju kan. 
Memang banyak pilihan pokok kat sini, cuma harga agak mahal berbanding nursery kat Semenyih.
Sewa tapak mahal agaknya sebab kat bandar sket kan banding Semenyih
Memandai aku hahahhaa.


Kawasan pasu pun nak snap. Ini jer pun antara yang snap.


Pastu, akhirnya jumpalah pokok ketapang Brazil idaman kalbu.
Ayu pun tanyalah amoi nursery tu berapa harga pokok ni.

Sekali dia jawab:
"RM68 saja kakak"


Gulppppp! Terus masin masam kelat semua aku rasa ailioku hahahhaa.
RM68 untuk sepasu pokok. Memang tak laaaaa.
Terus tak jadik beli hahahh.

Sedeh mak uols!


Inilah pokoknya.
Memang hampir sebijik sama dengan saiz pokok dalam gambar kat carian google kat atas tu ha.
Memang letoppp sangat ni kalau letak dalam rumah atau dalam SOHO ku.
Tapi apakan daya... harganya tak terjangkau dek akalku.
Baik beli langsir daripada beli pokok hahhahaa.

Takpe, nanti kot dapat ke nursery lain atau Ikea, saya belilah yang murah-murah
Nak jugak pokok ni walau apa jadik.
Kalu rega RM50 memang haku dah rembat dah sepasu. 
Bila RM68 tu rasa macam nyarisss nak cecah RM100, sangat sayang kat duitku.


Jadi... kita beli jerlah apa yang mampu hahhaa.
Pilih punya pilih... memang rambang mataku uols!






Hmmm... akhirnya money plant jugak daku beli!


Nursery ni memang mahal sket la.
Biasa money plant sepasu baru RM5.
Sini RM10 untuk saiz tu.
Saiz kecik cinonet pulak RM6 sepasu.

Total ayu beli sepasu besar dan 3 pasu kecik.
Dah cecah RM28 jugak, kalu tambah RM40 dah dapat ketapang Brazil tu
Apelah ayu ni hahhahaa.

Takper, ada masa lagi kita pegi carik lagi pokok ketapang Brazil murah.
Nak jugak tuuuu... dasar hunting sangat ni.
Camtu la jugak agaknya orang dok beli tudung rega ribu-ribu kan?
Demi minat punya pasal, sanggup!
Walaupun kita yang tak mampu dan tak minat ni rasa tak terjangkau dek akal rega tudung sampai 5k

*Ni dah kenapa libatkan tudung pulak ni hahahhaa.

Okey, nanti saya share gambar pokok money plant ni bila dah siap deko-deko sumbat dalam pasu.
Jumpa lagi.


Catatan Ikhlas daripada daku yang kecewa tak dapat beli Pokok Ketapang Brazil yang super duper mahal..huh!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...