Friday, March 25, 2016

Langsir Alter dah Siap!

Dah siap... padahal dah nak 2 minggu lebih dah pasang.
Entry antar langsir untuk alter saya dah share kat entry ni.

Ini langsir daripada kain yang asalnya kain untuk baju pasang.
Inilah rupanya setelah dicucuk besi dengan jayanya.

2 keping corak bunga halus mulus
Sekeping plain kaler oren.



Nak ganti langsir dalam bilik letak almari baju ni.
Ingat lagi tak, dulu bilik ni kaler coklat + putih.
Dah cat kaler putih + pink... lama dah.
Dulu asalnya bilik Dania, pastu jadikan bilik letak lemari baju.

See, langsir keras kejung!
Kain murah macam ni la, tak cantik hasilnya.
Bukan berlagak, tapi inilah kejadiannya.
Keras kejung kaku kembang kat bawah. Dok lawa lasung!

Sedia untuk make-over-lah sangatttt!



Hasilnyaaa.
Taraaaaa... gambar kabur ler pulak hahaha

Kawan ayu dah cakap, langsir oren tu pendek sikit banding yang bunga.
Memang pun Sue oii, sebab kain oren tu 2 meter jer.
Sebab asalnya nak buat baju melayu hariz masa dia umur 3 tahun hihi
Beli baju ready made, tak jadi la buat baju dia.
Terperam kain tu 2 tahun lamanya sebelum di 'convert' jadik langsir.


Its okey senteng selai pun, kita kasik kaver baekkk punya!

See, dah tak nampak kependekan kain itu hehehhee.



Ni zoom ini corak bunga kain ni.
Cantik dan sweet jer kombinasi kalernya.
So boleh juga gandingkan dengan kain plain warna pink atau merah.
Mix & match gitew.





See, cantik sangat flowly kain ni kan?
Mana tak flowly dah kain licin hahahhaa.
Dekat bahagian besi-besi tu pun kemas jer jadiknya.


Jadi uols, kalau nak kain corak comel-comel dengan kain lembut, bolehlah try beli kain untuk buat baju hihiii. Tapi kena pakai banyak kain la sebab bidang kain ni cuma 45' ke 42'... ntah ler, saya pun tatau bab bidang-bidang kain ni. 

Okey uols, selamat berhujung minggu.
Taip laju-laju, jap lagi bersiap nak gi Tesco nak beli barang dapur.



NOTA PENTING:
Saya jual De'Xandra Perfume :P

Whatsapp/Telegram:
013 - 255 0727

No comments: