Tuesday, March 22, 2016

Mencari Pokok Bunga Lagi

Eh rajin pulak update blog pepetang ni.
Pagi update, petang pun update lagi.
Luarbiasa rajin ni... hehehhee.

Alhamdulillah, hari ni hujan dari pagi.
Walaupun hari ni dan esok dijangkakan panas melampau.
Tapi, kuasa Allah mengatasi segalanya.
Kat Semenyih, dah hampir seminggu kerap hujan petang.
Walaupun cuaca tetap panas, tapi kurang la banding tak hujan langsung.
Pokok-pokok pun mesti hepi dapat minum air :P

Okey, nak citer pasal pergi nurseri lagi hari Ahad lepas sebenarnya haha
Melalut intro pasal hujan dulu kemain panjang.

Ahad lepas, lepas balik lunch ayu mintak nizam singgah nurseri dekat rumah.
Actually, ayu dah boring dah ke nurseri ni.
Pokok sama jer, pastu tak banyak yang sesuai letak indoor.

Tapi, nak jugak singgah cuci mata.
Kot la ada pokok baru yang menawan mata.

Dengan cuaca panas tengahari, memang tak sanggup la lelama.
Buat lintas langsung, terus ajak nizam dan anak-anak balik.

Takder yang berkenan. Jadi tak beli pun.
Sempatlah snap 2 keping gambor, dapatlah jadik 1 entry blog hahaha.

Pokok buluh ni dah ada 2 pokok kat umah. Beli kat sini.
Nampak bunga kertas kat belakang tu?
Bunga kertas kat sini agak mahal, sebab jenis tut kalau tak silap.
Ayu tak minat bunga kertas, dan memang tak pernah ada pokok bunga kertas.



Berkenan pokok keladi ni.
Tapi ada terbaca orang cakap pokok keladi ni beracun.
Tak beranilah beli. 


Dalam otak ni, masih dok ingat pokok ketapang brazil.
Akan kumiliki jua hahaha.

Tunggu ada masa nak pergi nurseri lain pulak untuk survey.
Atau kalau takder, beli jer yang kat nurseri hari tu yang rega RM68/sepokok tu. 
Uhuksss tersedak pasal harga tu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...