Monday, March 21, 2016

Pes Mee, Mihun & Keow Teow

Assalamualaikum.

Setelah draft entry ni diperam dengan jayanya selama 3 minggu,
Maka pagi ni berjaya juga gigihkan jari-jemari tak mulus ni siapkan entry ni.

Kan ayu ada buat entry penyediaan bahan cili + bawang merah + bawang putih kisar
Ni ayu nak share pulak cara ayu buat stok Pes Mee, Mihun & Kuew Teow.
Senang dan jimat masa memasak didapur. 

Alah, cara biasa jer... saja nak bajet hebak memasak
Padahal sendu tak sudah-sudah hahahaha.


1. Tumis kisaran cili kering, bawang merah & bawang putih.


2. Bili bahan-bahan tersebut dah nampak agak garing, masukkan gula melaka.
Gula melaka memang menyedapkan masakan, malah dalam tumisan ayam masak merah pun sedap letak gula melaka berbanding gula putih.

Kalau takder gula melaka, letak jer la gula putih pun.
Ayu suka masakan manis-manis sket, biasa la ore tganu kan.
Lagi pun, masakan yang letak gula melaka dan gula putih nampak cantik dan berkilat.
Nyumsss, menambah selera bila mata tu nampak cantik jer masakan.

3. Masukkan sikit garam

4. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
*Jika taknak masukkan sekarang pun boleh, just masukkan masa nak masak mee/mihun/kueow teow.

5. Tumis sehingga pecah minyak dan sedikit garing.

NOTA: Gunakan api perlahan jer, masak dengan sabar ok hahhaa.

Dah siap!
Sejukkan dulu.
Dah sejuk baru masukkan dalam tappurware dan letak dalam peti ais.

Nampak berminyak sakan tu?
Takper, bila nak masak mi nanti, letak minyak sikit jer atau takyah letak langsung pun boleh.


Stok gula melaka terbaik dari kampung.
Kalau balik besut, mesti borong gula melaka untuk buat masak, buat pengat dan buat kueh.
Kueh? Aku buat kueh ke?
Hahhaa... cam tipu jer hihiiiii.


So nanti bila nak menggoreng me, mihun, kuew teow
Bila dah ada pes ni jimat masa.
Sediakan bahan-bahan lain seperti ayam, udang, sotong,
Sayur segala tu... tumis2 sekejap jer... masukkan bahan dan siap.

Okey korang, bolehlah cuba cara saya buat ni.
Selamat mencuba.



1 comment:

Mar Mansor said...

Amboi banyak betul stok gula melaka dia. Saya suka masak rendang letak gula melaka.
JanjiKita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...